Breaking

Friday, April 24, 2015

Friday, April 24, 2015

Raikan Detik-detik Indah Ibu Dan Anak Bersama Kempen Drypers 'Moms Of Malaysia'!


Assalamualaikum!




Anugerah terbesar bagi seorang wanita adalah saat ketika dia melahirkan bayi yang dikandung. Sebagai seorang ibu, itulah merupakan detik terindah dalam hidup sejak hari pertama aku bergelar ibu. Setiap saat yang berlalu aku ingin abadikannya sebagai satu kenangan indah bersama si kecil samada ketika bermain dengannya, memandikannya dan walaupun ketika memakaikannya pampers!

Dan, menyedari hakikat bahawa ikatan ibu dan anak sebagai hubungan semulajadi paling erat, Drypers cuba untuk mendekati para ibu dalam menyampaikan mesej raikan detik-detik terhebat bersama anak melalui kempen Moms of Malaysia yang telah pun selamat dilancarkan semalam.




Pelancaran kempen Moms of Malaysia bertempat di Blue Concourse, Lower Ground, Sunway Pyramid dan berlangsung sehingga 26 April 2015. Aku turut berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis yang turut meraikan beberapa selebriti dan ahli-ahli Drypers Baby Club yang telah pun mendaftar secara online atau semasa acara kempen berlangsung.  

“Setiap ibu ada definisi tersendiri bagi detik hebat bersama bayi mereka. Ia adalah interaksi unik antara ibu dan anak yang menjadikan sesuatu detik itu begitu bermakna.

“Tugasan harian penting seperti memandikan bayi atau menukar lampin adalah peluang untuk saling bercinta dan belajar bersama. Inilah teras kempen Drypers Moms of Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.




Drypers ialah jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd dan kini menjadi jenama lampin pakai buang pilihan ibu-ibu Malaysia sejak 15 tahun lalu. Oleh itu, bagi menghargai peningkatan jumlah pelanggan setianya, Drypers membuka kelab online Drypers Baby Club pada 2014 mempunyai bilangan komuniti ibu bapa hampir 100,000 keahlian seluruh negara. Kelab online tersebut juga satu-satunya komuniti  seumpamanya dan Drypers menjangkakan bilangan keahlian meningkat sekali ganda menjelang tahun hadapan.

“Sebagai peneraju jenama lampin pakai buang bersama kewujudan sebuah kelab yang mana kedua-duanya bercirikan sokongan dan pendidikan, kami merasakan kepentingan
untuk mengingatkan dan menggalakkan wanita supaya menghargai pengalaman keibuan mereka secara menyeluruh bagi apa sahaja detik kecil setiap hari, termasuk peristiwa besar dilalui sepanjang anak-anak membesar.

“Kami tidak hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, kami juga secara aktif memberikan galakan kepada ibu bapa supaya saling bantu-membantu dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan sihat,” kata Evelyn.





Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu, Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.  


Bagaimana mendaftar untuk menjadi ahli kelab Drypers Baby Club?

Ibu bapa boleh menyertai Drypers Baby Club dengan membuat pendaftaran diri semasa acara kempen berlangsung atau secara online di laman www.drypers.com.my untuk menjadi sebahagian komuniti keibubapaan yang memberikan sokongan dan galakan kepada wanita dalam pelbagai peringkat keibuan.

Ahli-ahli akan berkongsi tip dan nasihat keibubapaan serta menerima e-mel yang dikemas kini secara kerap daripada Drypers mengenai perihal penjagaan anak. Ahli-ahli juga bakal menikmati program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk pendidikan.



Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati.





Jadi, ibubapa yang belum lagi mendaftar sebagai ahli Drypers Baby Club cepat-cepatlah mendaftar keahlian hari ini sehingga 26 April 2015 dan jadilah sebahagian dari komuniti Drypers di samping menikmati program ganjaran yang berbaloi-baloi! Kalau korang datang ke Sunway Pyramid, korang boleh datang terus ke Blue Concourse dimana kaunter pendaftaran juga disediakan di situ. 

Kalau nak daftar online pun boleh juga! ^^



Pendaftaran Drypers Baby Club di acara kempen semalam.




Lepas mendaftar, korang boleh terus shopping pampers Drypers kat sini. Kalau nak tahu, harga Drypers di sini lebih murah berbanding korang beli dekat pasaraya. Dan, Drypers turut memperkenalkan produk terbarunya, Drypers DryNights (plastik hitam) yang mampu menyerap lembapan sehngga 12 jam! Macam yang kat atas ni, harga Drypers DryNights 24 keping saiz XXL cuma berharga RM24.90 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Kalau beli kat luar harganya adalah RM29.90 (lebih kurang) termasuk cas GST. 

Ada lagiiiiiii ...! Setiap pembelian melebih RM50 akan menerima hadiah istimewa dari Drypers iaitu bantal bayi yang comel! So, ibubapa yang dah kehabisan stok pampers di rumah boleh tarik suami korang ke Sunway Pyramid hari ini dan daftar keahlian Drypers serta borong pampers dengan harga yang cukup hebat! ^^

Terus terang, Drypers adalah jenama pampers yang aku telah gunakan untuk kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Sebab aku sukakan kualiti dan ketahanannya menyerap air terutama pada waktu malam. Tak perlu nak bangun pukul 2-3 pagi untuk salin pampers baru. Anak pun tidur nyenyak dan tidak terganggu. Dan tentunya sebab harga pampers Drypers ni berpatutan sangat nak dibandingkan dengan jenama lain hehe.  




Terima kasih Drypers atas jemputan dan penghargaan :)


Maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh dilaman Facebook Drypers Malaysia :



Thursday, April 23, 2015

Thursday, April 23, 2015

Rileks Ibu ... Rileks!


Assalamualaikum!


Semalam boleh pulak dia buat 'drama' swasta dengan ibu. Kesnya, kakak dia duduk rapat ngan dia dalam kete kat seat belakang. Pastu dia marah kakak dia suh ke sana sikit ... sempit katanya. Yang kakaknya pi marah balik sebab tak puas hati adik tu cakap sambil marah-marah begitu. Aku yang duduk di depan ni pun 'panas' telinga dengar dia kata gitu kat kakak dia. So, aku pun cakap leklok kat dia jangan marah kakak begitu .... cakap leklok ngan kakak. Bila aku cakap macam tu, boleh pulak dia sentap kata kita tak sayang dia, sayang kakak aje hohoho ...

Hurm .... ni baru dua orang! Dan disebabkan kedua-duanya perempuan la maka aku kena hati-hati selalu. Kena pandai tackle perasaan mereka dan bermain dengan psikologi! Adeh .... aku ni bab-bab tackle perasaan ni yang lemah ni huhu. Kalau ngan anak lelaki tak tau la camna nak handle ni hehe. . Kang kalau kita layan lebih adik sikit, si kakak merajuk. Kalau kita manja skit ngan kakak, si adik buat muncung itik berak kapur ..! huhu.

Wednesday, April 22, 2015

Wednesday, April 22, 2015

Bosan Kalau Tak Lompat!


Assalamualaikum!


Kalau dulu celik je mata, benda pertama yang dicarinya ialah iPad! Yang dihadapnya tak lain tak bukan cerita kartun Korea tu ... tak pun cerita kartun Hagemaru .... tak pun kartun Boboiboy ... tak pun kartun Upin Ipin ... pastu tengok budak-budak main permainan masak-masak!

Ada sekali tu aku intai-intai diaorg dok khusyuk tengok something kat Youtube .... rupa-rupanya gi tengok orang Korea makan sotong kurita hidup-hidup! lorrrrr ....siap buat bunyi "eeee....boleh ke dia makan tu? eeee ....!" si adik bercakap .... adehh ....

Tuesday, April 21, 2015

Tuesday, April 21, 2015

Macam betul-betul je dia buat tu!


Assalamualaikum!




Ahahaha .. ! tersengih-sengih mak dara tengok anak daranya cuba nak 'tangkap' gambar makanan sendiri. Bersungguh-sungguh pulak tu ibu nengok, siap bengkok-bengkok badan dan kepala nak cari 'angle' yang sesuai sebelum ketik button 'kamera' .... muehehehe.
Tuesday, April 21, 2015

Bila teringin kan ....


Assalamualaikum!


Balik petang semalam tetiba teringat kat benda tu. Anak mintak lama dah ... tapi mintak kat maknya. Ni maknya nak try mintak kat ayahnya pulak hehehe.

"Jom yong tau foo nak? kakak dah lama nak makan ...."

"Ni anaknya yang mintak ke ... ibunya yang nak?"

Hurmm.... anaknya yang mintak. Ibunya cuma menyampaikan je. Tapi kalau ayahnya nak belanja ibu sekali apa salahnya ... menumpang sekali hajat anak hehehehe :D



Monday, April 20, 2015

Monday, April 20, 2015

Anak Patung Tanpa GST!


Assalamualaikum!




Nah ..! hamik mung stok anak patung untuk kakak dan adik sehingga mencapai umur akil baligh ... hehehe. Dah akil baligh sok takleh nak main-main timang lagi tau. Ni pun dok mikir mana nak disumbat semua anak patung ni ...! >.<
Monday, April 20, 2015

Video Lama


Assalamualaikum!



Ya Allah ...! Akhirnya aku dapat balik semua video anak-anak aku dari akaun fb lama. Akaun fb yang lama dulu telah dibolosi oleh hacker.... hurmm. Syukur alhamdulillah .... Pak Jelan berjaya 'menyelamatkan' semua video ni, kalau tak habislah kenangan kakak dan adik masa kecik-kecik dulu huhu.

.




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.