Breaking

Tuesday, May 05, 2015

Tuesday, May 05, 2015

Asal Malam Je .....


Assalamualaikum!

Dekat-dekat time nak tido ...time tu la baruuuuuu tangan mula nak gerak! Nak buat itu ..nak buat ini ...! Mata ibu dah ngantuk ni ...bantal dah memanggil-manggil. Siang tak cukup tido ... tahukah kamu anak-anakku feelingnya tak sama macam tido malam tau.....ekekekeke. 

Time ni la dua beradik ni baru nak pegang gunting, nak cari kertas, nak guna magic pen ... nak lukis itu nak lukis ini. Siang bantai melompat, berlari dalam rumah ... malam baru boleh duduk diam hehehe. Tapi dalam diam-diam tu ...tangan 'berjalan' jugak! Nak buat semething untuk ayah katanyeeeeeee .....


Tuesday, May 05, 2015

Hilang 4 Hari


Assalamualaikum!


Alhamdulillah selepas 4 hari 'berhibernasi' akhirnya aku bisa kembali menulis di sini. Kemana aku pergi 4 hari yang lepas? Blog tak berupdate ... instagram tak berusik .... twitter jangan cakapla ... dunia maya seolah-olah terlalu asing bagi aku untuk 4 hari tu. Walhal aku kena siapkan job entri yang datelinenya arini! Urghh .... nak tak nak, petang semalam jugak aku gagahkan jugak buka laptop dan mulakan kerja. 

Plan asal sebenarnya nak memulakan misi mengemas rumah! Yesssss .... Pak Jelan dengan semangatnya membentangkan perancangan ni sebelum minggu kejadian. Takyah gi mana-mana, kita setel kasi bersih ini rumah. Kemas apa yang patut ... buang apa yang tak patut! 

Thursday, April 30, 2015

Thursday, April 30, 2015

Benarkan Anak Menyinggah Di Rumah Kawan?


Assalamualaikum!


Habis sekolah kang Mira nak duduk umah A*** kejap. Nak tukar baju kat sana pastu main ngan A***. Alaaaa kejap je pon ... bukannya sampai petang. Mira bukan gi mana pon .... main kat umah dia je. Nanti ibu ayah datangla amik Mira kat situ ....

Bersungguh betul dia merayu kat aku .... dari minggu lepas! Ayat yang sama ... cuma kali pertama dikemukakan permintaan tu, aku menolak! Kali kedua ...dia guna bahasa sopan sikit ...."ibuu... ibu jangan marah boleh? boleh tak Mira nak blablablabla...".....tak 'jalan' jugak ....! hehe.

Lepas tu dia guna cara lain ...kali ni dia minta ngan ayahnya! Biasanya ayah-ayah ni cepat mengalah kalau ngan anak pempuan kan hahaha .... so, dia ingat ngan ayahnya boleh la dapat! Walhal, awal-awal lagi aku dah diskus baekkkkk punye ngan Pak Jelan supaya 'jaga-jaga' dengan permintaan anak dara keciknya tu! Rupanya betul pemikiranku! hahaha ....


Thursday, April 30, 2015

[Review] Cetak Lebih Banyak Gambar Dengan Mizo Venture - Inspire the Perfections


Assalamualaikum!

Bila kali terakhir aku gi kedai untuk cuci gambar? Errmm...tak ingat dah aku hehe. Tapi memang dah lama jugak la ... lebih-lebih lagi sejak ada smartphone ni, semua gambar hanya simpan dalam memory card ataupun thumbdrive. Nak bawa gi kedai cuci kesemuanya ... mau gugur rambutku nak bayar nanti!hehe ...

Tapi hajat hati ni masih nakkan sesuatu yang ada sentimental value. Contoh macam gambar anak-anak, memang banyak giler dalam handphone, iPad dan laptop. Tu belum lagi gambar-gambar dalam Tab Pak Jelan ...! Teringin sangat nak adakan satu album untuk letak semua gambar ni. So, nanti bila anak-anak dah besar, diaorg boleh belek-belek balik gambar-gambar lama diaorang.




So, baru-baru ni aku dapat tahu pasal MIZO Venture yang menyediakan perkhidmatan mencetak gambar secara online di FB. Wow menarik ni ..! Biasanya aku sendiri kena gi kedai gambar, tapi sekarang ni mana ada masa nak singgah menyinggah dah. Balik keje pun dah malam, nak masak untuk keluarga lagi, nak uruskan rumahtangga lagi ...memang takda masa nak menyinggah.

Yang menariknya, MIZO Venture ni servis dia pantas dan sedia melayan kerenah pelanggan yang cerewet macam aku hehehe. Banyak kali jugak aku minta tukar gambar ..tapi diaorang sikit pun tak merungut! Layanan yang diberikan memang tip top dan memuaskan.

Apapun, keutamaan aku selain dari layanan yang baik adalah kualiti dan performance servis yang ditawarkan. Dengan MIZO Venture ... aku sangat berpuas hati sebab apa yang aku nak itulah yang aku dapat! :D


MIZO Venture - Inspire the Perfections

a) MIZO Venture menawarkan photo printing service kepada pelanggannya dengan pakej harga yang cukup berbaloi setaraf dengan kualiti gambar yang dihasilkan

b) Harga yang ditawarkan :
  1. 4R : RM0.50/pc
  2. Instax mini size (plain border): RM0.35/pc 
  3. Instax mini size (pattern border) : RM0.40/pc 
  4. Instax mini size (with caption): RM0.40/pc
  5. The MINI instax mini (2" x3") : RM0.25 (boleh letak caption) [TERBARU]
  6. 8R: RM4
  7. A4: RM5
Kos penghantaran : minimum RM7 (Semenanjung) & RM10 (Sabah & Sarawak)
c) Menggunakan Glossy Photo Paper (265 gsm)
  • kertas foto berkualiti tinggi
  • permukaan yang licin
  • kualiti gambar yang berkilau
  • penghasilan warna yang menarik

d) Tempoh proses : 3-7 hari bekerja untuk menyiapkan tempahan.

e) Segala promosi termasuk free postage/diskaun akan diumumkan di FB MIZO Venture dari masa ke semasa.

f) Tempahan akan diproses setelah bayaran diterima. Tiada COD.

g) Tiada caj GST dikenakan


Bila dah siap pilih gambar yang sesuai, aku terus emelkan kesemua gambar tu kepada mereka. Boleh hantar melalui Dropbox juga. Untuk Instax mini size (pattern border) kita boleh customize sendiri jenis pattern border yang kita nak. Apa itu instax mini? macam mana rupanya? pattern border yang macam mana? haaa ...nantikan aku tunjukkan ye :D

Nak letak caption kat gambar pun boleh! Kita sediakan sendiri caption untuk gambar yang kita nak. Nanti diaorg akan letak kat gambar tu. Kiranya, kalau kita nak buat versi ala-ala komik dalam album kita pun boleh hehe.

 


Tadaaaa ..! ni contoh gambar berukuran 4R. Kualiti gambar yang jelas dan permukaan yang licin. Saya suka saya suka! ^^




Haa ...inilah gambar instax mini size yang aku ceritakan tadi. Yang ni jenis plain border, means border gambar kosong je. Memang cute kecik comei je ...! :)




Yang ni pulak instax mini size (pattern border). Yang ni kita boleh minta diaorang buatkan atau pilih sendiri jenis border yang kita nak. Senang citer, kita boleh cari kat google terus. Kemudian, PM je gambar pattern tu kat diaorang dan akan terus dicetak pada gambar yang kita nak. Kalau taknak letak pattern, nak letak caption pun boleh. 

Perghh ... suka sangat dengan gambar instax mini ni! hehe :D




Tertanya-tanya juga aku besar mana gambar instax mini tu? Haaa ..see! lebih kurang saiz kad pengenalan kita je rupanya hehe. Boleh la nanti gambar ni letak dalam dompet kan. Saya suka saya suka! ^^




Yang ni gambar raya tahun lepas berukuran 8R. Aku suka dengan lighting dan penghasilan warna pada gambar ni. Terserlah kemerahan kami sekeluarga hehehe. 




Yeaaayy! Alhamdulillah ...akhirnya aku dah ada koleksi gambar untuk dimasukkan ke dalam album keluarga. Happy sangat dapat balik sentimental value untuk kenang-kenangan bersama keluarga. Kalau korang tengok, aku cetak banyakkkkkkkk sangat kan! hehe. Sebabbbbb ... bila korang cetak banyak, korang jimat banyakkkkk jugak! :)

Eh ..bukan aku sorang je yang suka dengan servis MIZO Venture ni tau ... :)

TESTIMONI





Yang bestnya, MIZO Venture turut memberi diskaun pada pelanggan yang buat repeat order. Perghh...tak perlu nak bersusah payah gi kedai gambar dah pasni. Semuanya hanya di hujung jari ..! hehe. Mudah...cepat...jimat! :)

So, kalau korang berminat nak tempah dan tahu lebih lanjut mengenai MIZO Venture dan servis mereka, boleh terjah :


Emel : mizoventure@gmail.com




Suka sangat dengan gambar instax mini ni, dapat je terus cari fridge magnet nak kasi lekat kat cpu hehe. Balik rumah sambung lekat kat peti sejuk plak hehe.


Wednesday, April 29, 2015

Wednesday, April 29, 2015

Walaupun Sakit ....


Assalamualaikum!




Tambah sehari lagi MC. Pagi semalam dapat panggilan dari cikgu,"Puan Hanim ... Hazwani macam demam, boleh ambil dia di sekolah?". Cepat-cepat call pengasuh minta tolong ambilkan kakak. Mujur pagi tu dah pesan kat pengasuh awal-awal suh stenbai kalau-kalau cikgu call. Rupanya ramalanku benar belaka ...!

Malam sebelum tu memula selsema je. Pagi tu gabung sekali dengan batuk. Sampai kat sekolah terus jadi demam! Walaupun suhu badan tak panas ...cuma dedar, tapi dia ngadu pening kepala. So, petang semalam singgah kat klinik .. dan terus dapat 2 hari cuti!
Wednesday, April 29, 2015

Berseni Dengan Anak-anak


Assalamualaikum!

Sabtu malam Ahad ...

Boring tengok tv ... takda cerita best! So, jom anak-anak .... ikut ibu buat projek ...projek pendidikan seni! hehe. Petang sebelum waktu kejadian, kitaorg gi kedai bunga untuk cari benang. Harga RM2.15 segulung ... tak termasuk GST! T_T




Tuesday, April 28, 2015

Tuesday, April 28, 2015

Akta Jenayah Sihir Bakal Diperkenalkan Di Mahkamah?


Assalammualaikum!




Alhamdulillah ...

Dulu orang pandang 'ringan' benda ni. Tak kurang jugak yang tak berapa nak percaya. Walhal, ia memang dah lama wujud sejak dulu lagi. Dalam al-Quran pun dah disebut ...(Surah Al-Baqarah, ayat102-103)!

Sihir-menyihir .. dari bab meniaga sampai la ke rumahtangga! Tak puas hati ngan orang tu ...sihir! Tak puas hati orang ni meniaga untung lebih sikit ...sihir! Jeles ex-gf kahwin lelaki lain ...sihir! Seolah-olah hidup takda pedoman ..takleh terima ketentuan. Yang merana ...mangsa ... anak-anak!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.