Planta
Thursday, May 28, 2015
Telur Goreng Planta Untuk Si Manja Saya #telurgorengplanta
Assalamualaikum!
Telur goreng ... masa kita
kecik-kecik dulu lauk ni la yang menjadi pujaan hatiku hehe. Balik sekolah
letak beg, tukar baju duduk kat meja makan kemudian, "mak ... nak nasi ngan telur
goreng satu letak kicap tau!" hehe.
Berselera aku makan sampai menambah-nambah! Amboiii, kemain aku kan suka-suka
hati je order kat mak kannnn. Tapi, tu time aku kecik lagi la .... umur macam
Mira tu ha.
Bila dah besar panjang, dah darjah 4 dah pandai masuk dapur dan mak dah bagi masak sendiri barula aku masak sendiri telur goreng. Sekarang, anak-anak aku pulak ikut perangai yang sama ni! haha. Hari-hari kakak mesti tanya, "buu... malam ni kita makan apa?". Kalau tak sebut 'telur goreng', memang muncung je la mulut tu hehe.
Aku
keje kat PJ tinggal kat KL. Kadang-kadang sampai umah pun dah Maghrib. Dari
dalam kereta lagi dah fikir nak masak apa untuk anak-anak dan suami ni. Kang
kalau masak lauk yang complicated sangat, kena ambil masa yang lama untuk siap.
Anak-anak pun belum tentu makan lauk tu kalau tak kena dengan selera diaorang.
Malam-malam gini biasanya diaorang lebih suka lauk yang simple dan sedap!
So,
senang citer aku sediakan hidangan istimewa kegemaran kami sekeluarga! Eh
..nampak je simple tau tapi anak-anak aku memang cukup suka lauk telur goreng
terutama bila aku guna marjerin Planta! Perghhh ...sapa pernah goreng telur
guna Planta? Memang sedappppppp! Dari baunya pun dah boleh membangkitkan selera
kita ... patutlah anak-anak aku makan menambah-nambah kalau makan
#telurgorengplanta dengan kicap! hehe.
Cara-caranya
mudah saja:
Hahaha
beginilah kak long kalau di dapur. Nak goreng telur guna Planta senang je kot
...tapi still aku nak tunjuk jugakla. Ni pun satu pendedahan untuk anak-anak
aku juga supaya diaorang rajin masuk dapur satu hari nanti. Lepas ni, kakak dah
boleh buat sendiri telur goreng Planta... nanti ibu pulak order kat kakak yek!
hehehe.
Nak
sediakan #telurgorengplanta ni senang sangat! Yang pertama, cuma perlu panaskan
kuali kecil. Panaskan kemudian letak satu sudu marjerin Planta.
Bila
marjerin dah cair, langkah kedua adalah pecahkan telur dan biarkan ia sebentar
sehingga garing. Bau diaaaaa ....fuh! Mira dari dalam bilik dah jerit, "amboiiiii wanginye .... ni
mesti telur goreng planta kan ni bu!" Tau takpeeeeee .....:)
Tekunnya
ibu menggoreng ...ibu sapa la ni yek! hahaha.... langkah ketiga, goreng sampai
nampak kegaringan kat tepi telur goreng tu.
Walaupun
sudipku kontot, tapi memang berguna ketika memasak hehe. Senang sangat bila
menggoreng guna Planta. Keje memasak di dapur jadi lebih senang, tambah
anak-anak cukup suka hidangan telur goreng Planta ni. Ibu pun tak perlu susah
payah nak fikir lauk lain, sebab dengan telur goreng Planta anak-anak ibu dapat
hidangan yang berkhasiat dan sedap.
Ta-da!
Inilah langkah terakhir. Inilah hasilnya ...telur goreng Planta yang
dinanti-nantikan oleh Mira! Telur
goreng Planta hebat dari segi rasanya, tekstur, aroma, warna dan kurang berminyak
menjadikan ia pelengkap untuk apa saja jenis hidangan atau boleh dimakan begitu
saja.
Hidangan #telurgorengplanta
juga melengkapkan anak-anak kita untuk perkembangan yang sihat. Telur goreng
Planta untuk si manja hebat!
Teruja
Mira tengok telur goreng Planta dia dah siap! Makan ngan nasi atau macam tu je
pun boleh. Yang bestnya, telur goreng ni tak berminyak dan garing di bahagian
tepi. Mira cukup suka telur goreng yang garing dan berbau wangi! ^^
Telur
goreng Planta pilihan kami sekeluarga. Resepi yang mudah dan rasa yang sedap
serta aromanya membangkitkan selera sesiapa sahaja! Memang ada kelainan
menggoreng telur dengan Planta.
Anak-anak
suka ibu bahagia! Terima kasih Planta. Ibu-ibu pun boleh cuba resipi
#telurgorengplanta untuk anak-anak. Gerenti sedap! ^^