Breaking

Friday, July 03, 2015

Friday, July 03, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Almond London


Assalamualaikum!


Nak membuatnya pun tak sukar sebab hanya perlu gentel, bakar kemudian celup dalam coklat cair dan siap untuk dingapp! hehe. Istimewanya Almond London ini, ia menggunakan kacang badam yang dipanggang. Memang kalau siapa suka kombinasi kacang badam dan coklat, inilah biskut raya yang tepat untuk raya anda! ngeeee :D

Secara peribadi, Almond London adalah kegemaran aku juga. Tambah kalau kita buat sendiri boleh celup berapa tebal coklat kita nak hehe. Jom la kita try resepinya pulak! ^^


Thursday, July 02, 2015

Thursday, July 02, 2015

Teringin Lama Dah Tu ..!


Assalamualaikum!


Kesukaannya pada barangan kecantikan atau makeup memang tak dapat dibendung lagi. Kalau balik dari mana-mana event berkaitan kecantikan, pasti akan dibeleknya goodies bag kita dan tanya 1001 soalan apa benda yang ibu bawa balik ni... huhu

Kali ni dia terjumpa set eye shadow dalam almari. Set eye shadow tu aku beli masa dia umur 4 untuk konsert tadika. Beli khas untuk dia dan kakaknya ok! Aku memang tak pakai la benda alah tu ... tu yang bertahan sampai sekarang tu muahahaha.

Entah macam mana dia boleh terjumpa pulak benda alah tu pada suatu hari. Tapi bukan aku la yang sorok ... cuma bila dia tanya aritu mana gi eye shadow dia, aku diamkan aje haha. 


Thursday, July 02, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Marmar Carrie


Assalaualaikum!


Tahun 2015 merupakan titik permulaan untuk aku buat biskut raya setelah 4 tahun 'berehat'. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak buat biskut raya sendiri, tak mo bergantung pada biskut tunjuk tunjuk ni. Walaupun itu memang perancangannya .. tapi masa akan datang kita takkan tahu kan huhu.

Masa aku buat biskut ni, mak sempat bercerita time dia dulu kalau nak belajar buat biskut ni takda orang nak ajar. Yang tak sudi nak share ilmu pun ada, sanggup buat sorok-sorok, so mak belajar buat kuih dulu pun melalui pemerhatian sendiri. Balik rumah salin semula bahan dan resepi tadi kemudian baru try buat sendiri. Kiranya zaman kita ni lebih beruntung sebab senang sangat nak dapatkan resepi, tinggal lagi rajin ngan tak rajin je nak buat kan hehe. 



Wednesday, July 01, 2015

Wednesday, July 01, 2015

Buka Puasa Hari Ke 10 & 11


Assalamalaikum!


Minggu lepas kami balik kampung dengan dua sebab utama. Pertamanya, nak berbuka ngan mak dan kedua nak buat kuih hehe. Selalunya kami berbuka takda nasi, tapi balik kampung aritu, mak masak special sikit untuk anak bongsunya ni hehe.

Elehhh ...dah tua bangka pun still nak guna terma bongsu ke kak long! Eh suka hati iolss lerrrrrrr ...hahaa :D


Wednesday, July 01, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Part 2


Assalamualaikum!


Duapulohpatjam telah berlalu ...dan dua jenis biskut raya telah siap! Tinggal lagi kurang duapulohpatjam je lagi dan aku kena berkejar untuk siapkan dua jenis lagi huhu. Penat memang penat tak boleh nak kata laaaa weh! haha. 

Bagi yang terlepas sila terjah Part 1 dulu hehe. Malam tu sebelum nak mula menggentel Almond London, aku sempat terbongkang kejap atas sofa dek kerana keletihan melampau! hehe. Ye la ..buat keje tanpa henti, hanya berhenti untuk solat kemudian sambung. Bazar Ramadhan pun Pak Jelan yang pergi sorang, masak mak yang masak hehe ...tapi mak dah bagi green light supaya aku teruskan jugak buat kuih ...so kita teruskan je bebeh! hehe. 


Tuesday, June 30, 2015

Tuesday, June 30, 2015

Mesej Ini Mampu Menceriakan Hari Raya!


Assalamualaikum!





Tersengih-sengih bila baca mesej dari redOne tadi hehe. Ini sudah bagusssssss! Memang kalau time raya nanti, banyak gambar nak kena ambik ni ..gambar makanan, gambar family, gambar orang lintas jalan, gambar orang bersalaman blablablablabla hehehe ....
Tuesday, June 30, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


Anak-anak punya pasal ... bajet ciput punya pasal ... bonus punya pasal dan untuk kepuasan sendiri punya pasal jugak, maka aku nekad nak buat biskut raya sendiri tahun ini! Tak mampu dah aku nak beli biskut tunjuk tunjuk ni. Duit bonus aritu dapat ... aku salurkan sebahagiannya untuk beli bahan-bahan buat biskut raya.

Maka, menujulah kami pulang ke kampung halaman terchenta minggu lepas hehe. Barang-barang buat kuih semua aku tinggalkan di kampung hasil dari perpindahan aku dari Kuantan ke KL 4 tahun lepas. Kat KL takda tempat nak letak ... so, kat kampung la letaknya huhu. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.