Story Kenit
Tuesday, July 28, 2015
Kita Pindah ...Nak?
Assalamualaikum!
Sekali sekala bila balik kampung, aku akan bangun pagi-pagi buka tingkap dan ... sejukkkkk hawa dingin alam semulajadi menerpa wajah! Allahuakbar ... nikmat sungguh angin sejuk waktu begini! Bila fikir-fikir balik, rasa macam nak duduk terus di kampung! Keindahan dan kesegaran udaranya menyebabkan aku boleh lupa ingatan tentang kerja dan kehidupan di kota!
Dan, jujurnya aku sangat rindukan semua tu! Kehidupan di kota besar tidak setenang di kampung halaman. Dan, bila melihat wajah anak-anak yang ceria sambil menghidup udara pagi yang segar di Taman Tasik tempoh hari, aku sedar bahawa mereka juga berhak untuk dapat yang lebih baik!