Star Light Kids
Tuesday, August 25, 2015
Star Light Kids @ Avenue K!
Assalamualaikum!
See my happy little 'rabbit' here? Sengih lebar dia haritu sebab dapat ikut ibu pergi event hehe. Sabtu lepas, aku bawa Mira ke pelancaran Star Light Kids yang terletak di Avenue K, Kuala Lumpur. Memula kami berempat nak pergi, tapi disebabkan atas hal yang tak dapat dielakkan, maka Mira je la yang jadi peneman ibu sepanjang event tu.
Salah satu aktiviti yang paling disukai Mira ialah bermain! Tak kira samada di taman permainan atau di dalam bangunan tidak menjadi masalah baginya. Asalkan dia boleh bermain dan bergerak aktif tanpa halangan hehehe.
Kami datang menaiki pengangkutan awam. Disebabkan ia terletak di kawasan tumpuan warga tempatan dan pelancong luar, tak susah nak mencari Star Light Kids ni.
Sampai sampai je terus daftar dulu dan amik goodies bag hehe. Sebelum majlis bermula, ada beberapa aktiviti menarik yang disediakan di luar premis ni.
Jom kita tengok! ^^
Lepas register, kami gi kat booth face-painting. Memula eksaited tengok muka budak-budak lain ada corak cantik-cantik ... bunga la, unicorn la, star la. Tapi akhirnya Mira memilih 'cupcake' untuk dilukis di tangannya hehehe.
'Cupcake' in the making hehe. Ibunya teringin juga tapi kang kena cop 'gila' tak bertempat pulak haha. Tengok je la :p
Yeaaay! Mira punya 'cupcake' dah siappp! ^^
Next, Mira try 'Kids Papers Sand Art'. Yang ni memang dia cukup suka!
Hari tu, photobooth juga turut disediakan untuk mereka yang ingin bergambar kenang-kenangan bersama keluarga masing-masing. Pastu boleh bawa balik gambar tu .... FREE!
bersama mommy blogger Salina Johari
Untuk pengetahuan korang juga, ada beberapa selebriti yang turut turun padang menghadirkan diri di majlis pelancaran Star Light Kids pada hari tersebut. Antaranya, Pak Nil a.k.a Aznil Hj Nawawi, Sasha Saidin, Zahid AF dan Aleesha bersama Tengku Emran
Star Light Kids diasaskan oleh tiga adik beradik, Shaz Lydia, Shaz Elanie dan Shaz Elyza yang berkongsi cita-cita untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan menggembirakan untuk kanak-kanak bermain, belajar, bersosial dan melakukan aktiviti dalam bangunan. Dengan lokasi strategik di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur, Star Light Kids berhasrat dapat mempromosikan ikatan kekeluargaan yang lebih erat dengan penyediaan ruang yang sesuai untuk kanak-kanak dan ibubapa menikmati masa bersama di sini.
Selesai pelancaran, tibalah masanya untuk mommybloggers dan anak masing-masing serta rakan media lain masuk ke dalam Star Light Kids!
Jomm Miraaaaaa!
Sebelum nak masuk ke dalam Star Light Kids ni, kanak-kanak diwajibkan pakai stokin ye. Rak kasut ada disediakan di luar untuk simpan kasut masing-masing. Kanak-kanak yang ingin datang ke sini juga haruslah dipastikan tahap kesihatan mereka. Maknanya, mereka benar-benar sihat la. Jangan time demam datang sini pulak hehe. Sebab, suhu badan akan diambil sebelum boleh masuk ke dalam. Anak-anak juga akan diberikan "hand sanitizer" untuk memastikan tangan mereka bersih.
Benda pertama yang Mira nampak bila masuk dalam .... TRAMPOLIN! hahaha. Lompat lah nak ...lompat laaaa :)
Selain menyediakan tempat bermain untuk kanak-kanak, Star Light Kids turut menyediakan fasiliti-fasiliti lain seperti :
Menerusi pintu kabin ini ...
Kemudahan tandas turut disediakan
Kalau korang bawa bayi, di tandas wanita ada disediakan tempat khas untuk menukar lampin bayi
Star Light Kafe
Senarai kelas yang akan dimasukkan untuk bulan September termasuk Zumba dan Yoga untuk ibubapa, Urban Gardening untuk kanak-kanak dan ibubapa, Yoga untuk bayi dan ibubapa, dan kelas tarian kanak-kanak.
Dah puas main kat dalam Star Light Kids, kami dijemput untuk menjamu selera makan tengahari di Restoran Samba!
Kalau korang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana selepas ni, bolehlah korang singgah di Star Light Kids, Avenue K! Korang boleh pilih 2 servis yang ditawarkan oleh Star Light Kids :
- Per Entry (ibubapa/penjaga boleh menemani anak masuk ke dalam)
- Drop & Shop (ibubapa tak perlu masuk, tapi tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi)
So, jangan lupa datang ke Star Light Kids ye!
STAR LIGHT KIDS
L2-14A, Level 3,
Avenue K, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur
03-21818687
Masa dibuka : 10am - 8pm
Untuk keterangan lanjut boleh layari :
Sebelum nak pergi menjamu selera dengan Mira, sempat lagi aku 'ditarik' oleh wartawan ini untuk ditemuramah bagi slot Bananana Squad hahaha! Tapi, mujurlah dia tanya satu soalan je ... itupun aku jawab dengan kelajuan 80km/j muahaha! So, kalau korang ternampak makcik tudung kuning ni kat dalam rancangan Bananana Squad bagitau makcik yo! :D