Cerita My Pearls
Wednesday, September 02, 2015
Antara Marah & Sayang
Assalamualaikum!
Muka happy kerana dua sebab! Pertama, sebab hari tu (semalam) tadika Mira masih cuti dan kedua roti jala dalam mulut! hehe
Time ni Mira umur 6 tahun (ibu bayangkan Mira mungkin berumur 16 tahun atau lebih bila Mira terbaca entri ibu ni haha). Lepas hantar kakak ke sekolah, kita bertiga pergi Warung Pak Yop untuk sarapan pagi. Pagi tu, Mira makan roti jala dan nasi lemak bersama sosej. Kuat makan ... sebab tu ramai orang kata Mira dan kakak kembar, sebab tinggi dan lebarnya sama je hehe.