Breaking

Thursday, November 12, 2015

Thursday, November 12, 2015

Keyakinan Kembali Dengan INTEEMOR dari Ephyra


Assalamualaikum!


Sebelum berkahwin, aku kurang cakna pasal kesihatan dalaman wanita ni. Bila dah kahwin dan melalui beberapa proses kelahiran, barulah aku mula ambil berat sikit-sikit pasal 'barang' dalam badan hehe. 

Memang betul ... bila dah berkahwin dan mempunyai anak ni, badan kita akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit luaran dan dalaman. Sana tak selesa, sini lenguh-lenguh, situ sakit-sakit Masa tu barulah terhegeh-hegeh nak mencari produk sesuai yang boleh selesaikan masalah ni. Tu belum lagi kes period yang tak menentu dan sakit senggugut yang teruk!

Oh, aku takda masalah period yang tak menentu setakat ni. Alhamdulillah, tiap-tiap bulan memang 'datang' hehe. Tapi, yang aku tak tahan tu sakit senggugutnya! Kata orang tua-tua, bila dah beranak ni, sakit senggugut tu akan hilang dengan sendirinya. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, aku mula perasan yang senggugut datang balik!

Mengganggu? memang mengganggu! Tak jadi kerja kalau 'dia' datang menyerang. Kaum wanita saje yang memahami kalau datang senggugut ni, jangan berani disentuh atau dicuit kawan tu .... silap cuit memang melambung periuk belanga hahaha!




So, bila Ephyra memperkenalkan produk INTEEMOR khusus untuk wanita ini aku rasa kenapa tidak aku mencubanya sendiri? Takkan nak biarkan masalah ini (senggugut) berpanjangan lebih lama lagi kan? Aku kena buat sesuatu ... takmo la disebabkan senggugut, semua kerja dan aktiviti aku bersama keluarga tersayang terbatas.




Aku amalkan INTEEMOR ni dah 2 minggu, kebetulan masa tu aku pun baru lepas habis period memang sesuai sangat la timing dia. Oh, bagi korang yang masih tak tahu, INTEEMOR adalah minuman suplimen khusus untuk wanita bagi penjagaan bahagian intim wanita luar dan dalam.

Selain senggugut, masalah yang biasa kaum wanita hadapi ialah masalah keputihan! Walaupun ia bukan satu masalah besar, tapi sedikit sebanyak memang tak rasa selesa sikit la ketika di pejabat ataupun melakukan aktiviti di luar.


INTEEMOR dari Ephyra

INTEEMOR adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan & keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan & kesihatan wanita persis gadis sunti.

Dengan gabungan 16 herba terpilih seperti Manjakani, Kacip Fatimah, Serapat dan makanan Sunnah seperti Madu, Habbatussauda dan Buah Tin dalam satu botol, INTEEMOR melengkapkan khasiat untuk wanita yang mementingkan kesihatan luaran dan dalaman yang lebih baik.




Khasiat INTEEMOR

Khasiat yang terkandung dalam INTEEMOR menjadikan ia sesuai diamalkan oleh semua wanita tak kira samada wanita berkahwin, anak dara, wanita yang berpantang dan ibu menyusu badan. 

Untuk ibu yang masih menyusukan badan, INTEEMOR tidak menjejaskan penghasilan susu ibu malah boleh jadi milk booster lagi! So, memang INTEEMOR boleh jadi satu kelebihan untuk ibu-ibu di luar sana. Jangan khuatir ya ....





Testimoni Pengguna INTEEMOR

Ramai yang dah cuba dan rasakan keberkesanan INTEEMOR. Dari yang punya masalah badan berbau sehinggalah keputihan, semuanya dapat diatasi dengan INTEEMOR.




Bila bercakap tentang masalah dalaman wanita, memang tak boleh lari dari masalah keputihan, senggugut, dan period yang tidak teratur. Ada yang sampai tak datang period berbulan-bulan lamanya! Tapi bila amalkan INTEEMOR, alhamdulillah dengan izin Allah period muncul kembali.  




Nak amalkannya pun tak susah. Hanya perlu konsisten satu sudu/dua sudu 2 kali sehari serta gunakan sudu plastik untuk mengekalkan khasiat madu dalam INTEEMOR, insyaAllah akan dapat lihat kesannya hanya selepas 3 hari amalkan!




Apa rasa INTEEMOR ni ye? Manis ke? Masam ke? Pertama kali aku mencubanya, rasa dia sedap dan tidak meloyakan tekak. Sedang elok je rasa manis madu dan campuran buah, dan takda masalah kalau makan macam tu je! Tak perlu nak minum air lepas tu untuk hilangkan rasa pahit atau masamnya.

Pengalaman Minum INTEEMOR

Dan kesannya? Ok ... ini apa yang aku alami selepas mengamalkan INTEEMOR selama 2 minggu ni. Alhamdulillah memang ada perubahan!

Kebiasaanya setiap bulan sebelum nak datang period, aku akan mula rasa sengal-sengal kat perut. Dan, bila masuk hari pertama 'dia' muncul .. sakit itu makin kuat menyerang. Tapi minggu lepas, bila didatangi period aku tak rasa senggugut langsung! Jujur ... inilah kali pertama aku datang 'bulan' tanpa sakit perut .... hehehe. 

Masalah keputihan selepas period yang dialami sebelum ini pun semakin berkurangan. Tiada lagi kelihatan cecair putih berlebihan yang tidak diingini keluar. Buat pertama kalinya aku rasa lega sangat ... alhamdulillah!





Sejak kehadiran INTEEMOR, aku rasa lebih yakin dan bertenaga. Bukan aku saja, tapi suami pun cakap memang ada perubahan positif yang dia dapat lihat hehe. Bukan kita nak cantik luar dan dalam semata-mata untuk diri kita je, tapi semuanya untuk suami jugak kan hehe. Kalau suami bahagia, automatik si isteri pun bahagia. 

So, sekarang ni memang INTEEMOR saja yang aku amalkan setiap hari. Kalau tidak dirumah, akan kubawa ke pejabat hehe. Kalau korang ada masalah dalaman dan masih mencari produk yang sesuai, aku memang syorkan INTEEMOR dari Ephyra. Ianya minuman botanikal yang mengandungi herba terpilih dan berkualiti serta selamat dimakan oleh penghidap kencing manis

Tak salah kita mencuba kan, bukan sahaja untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita tapi hubungan suami isteri pun semakin erat gituuu hehehe ... insyaAllah. 


Harga (RM/sebotol) : 
RM 49 (Semenanjung Malaysia)
RM 53 (Sabah & Sarawak)
(Tidak termasuk postage)


INTEEMOR TIDAK SESUAI DIAMBIL :

  • Ketika dalam haid
  • Ibu yang sedang hamil


Untuk maklumat lanjut mengenai INTEEMOR, korang boleh hubungi :





Hotline Ephyra : 019.3999.238 / 03.4141.7889


Atau kalau korang nak kenal dengan agen Ephyra, boleh juga PM aku ;)

#makinmantap #makinmanis #inteemor


Wednesday, November 11, 2015

Wednesday, November 11, 2015

Penting Ke Bahasa Arab?


Assalamualaikum!


Bila kakak masuk darjah satu dan Bahasa Arab termasuk dalam subjek matapelajaran yang wajib diambil, ibu akui ibu agak gelisah pada mulanya. Jujur, ibu bukanlah seorang yang mahir dalam Bahasa Arab ni. Kalau subjek Matematik, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan lain-lain tu insyaAllah ibu sedia membantu .... tapi Bahasa Arab .... ibu akui kelemahan besar ibu di situ ....

Tapi, alhamdulillah walaupun ibu dan ayah bukanlah tempat rujukan yang sempurna untuk subjek Bahasa Arab, kakak tidak pernah menunjukkan rasa beban mempelajarinya di sekolah mahupun ketika menyiapkan kerja sekolah di rumah.

Sebaliknya, kakak pula yang jadi 'cikgu' dan mengajarkan ibu nama-nama dalam Bahasa Arab! Time ulangkaji, kakak akan bawa buku kerja Bahasa Arab dan duduk di depan ibu sambil sebutkan sesuatu perkataan tu beserta maknanya sekali. Secara tak langsung, ibu pun terjebak sama belajar Bahasa Arab dari kakak hehe ...

Tiada paksaan untuk anak-anak belajar Bahasa Arab sebenarnya. Kepentingannya sama saja seperti matapelajaran lain, seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Tapi bagi ibu, bukanlah ia patut dilihat dari sudut kepentingan menguasai bahasanya saja, tapi sejauh mana anak-anak ibu boleh belajar mencintai bahasa pertuturan Nabi junjungan kita, Nabi s.a.w ...


Monday, November 09, 2015

Monday, November 09, 2015

Pelangi Senja


Assalamualaikum!


Bukan selalu dapat tengok pelangi secara live kan! Rezeki kami tiga beranak petang tu, sambil menikmati angin petang lepas hujan. Alhamdulillah sempat aku amik gambar pelangi hari tu, buat kenang-kenangan sebab seumur hidup tak pernah amik lagi gambar pelangi lagi hahaha ....


Thursday, November 05, 2015

Thursday, November 05, 2015

Anda Telah Disekat Buat Sementara Waktu!


Assalamualaikum!


Tak pernah aku rasa se-stres begini! Kalau kekeringan idea untuk mengarang tu, aku masih boleh hadap lagi. Kalau kerana kekangan masa tu, tak cukup masa pun aku pasti akan adakan masa untuk berceloteh di sini.

Tapi, bila masalah macam ni timbul ....


Wednesday, November 04, 2015

Wednesday, November 04, 2015

Tahniah Kakak!


Assalamualaikum!


Masuk dua hari aku kena selsema. Cuba untuk bertahan sehingga ke hari ini tanpa sebarang ubat. Nak try test sejauh mana ketinggian tahap antibodi dalam badan aku ni hehe. Bukan sengaja nak menyeksa diri, cuma aku tak berapa suka makan ubat. Selagi aku boleh bertahan sendiri, aku akan tahan....

Masih terbayang berserinya wajah si sulungku petang semalam ... 

"Buu ... kakak ada surat dari sekolah ...."

Dihulurnya kertas tu. Dengan mukaku mendongak ke atas sambil mata tertutup dan tuala basah menutupi hidung basahku, kertas putih bertulis itu aku baca perlahan-lahan ...


Monday, November 02, 2015

Monday, November 02, 2015

Serius ... Jadual Mandi??


Assalamualaikum!


Serius?? ...Like serius betul-betul serius?? hahaha ...

Yeah ... betul la tu. Aku pun serius tergamam ... bila kakak tunjukkan jadual ni minggu lepas! Patutlah sejak seminggu lepas, bangun pagi masing-masing dah tahu siapa patut pergi mandi dulu ... bhahahaha!

Oh my ... budak-budak zaman sekarang memang sistematik sangat kannn! Nak mandi pun kena berjadual bagai. Tapi kalau berebut mainan .. takda sistematik pulak hahaha! Haihhh ....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.