Breaking

Thursday, November 19, 2015

Thursday, November 19, 2015

Di Usianya Enam Tahun ...


Assalamualaikum!


Sejak lebih 6 tahun, inilah kali pertama aku dengar orang cakap muka Mira macam muka aku hehe. Sebelum ni dari kecil sampai besar, kalau pergi mana-mana orang akan cakap muka Mira lebih kepada sebelah ayah dia. Dan kakak lebih ikut muka sebelah aku hehe ....

Tapi kali ni pecah 'rekod', bila aunty kedai gambar tu cakap kecomelan muka Mira ikut muka aku ... ehehe ... terasa kembang kejap hidung aku yang tak berapa nak kembang ni ekekeke :p


Wednesday, November 18, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Bundle Walt Disney!


Assalamualaikum!


Korang penggemar bundle? Haaa kalau korang penggemar bundle, hari ni aku nak kongsikan baju tshirt bundle Walt Disney dari luar negara!

Orang kata baju bundle ni tak bersih, bekas orang pakai dan macam-macam lagi. Walau pun baju second-hand tapi bundle juga ada yang berkualiti dan rare

Jangan tak tahu, ada juga penggemar bundle yang suka kumpul tshirt rare atau keluaran terhad eksklusif dari luar negara. Dulu aku pun pandang rendah pada baju bundle, sampaikan kalau baju tu harganya cecah ratus aku mula persoalkan ... kenapa mahal sangat, walhal second-hand je pun?? Rupanya, bundle pun ada kategorinya yang tersendiri. Dari segi kualiti kain, jahitan dan dari mana ia dikeluarkan! Baju bundle harga RM5 takkan sama kualitinya dengan baju bundle harga RM45. Memang ada beza dari segi kualiti kain, corak dan jenis jahitan. Kalau jahit tangan, lagi tinggi harganya.

Di bawah ni aku kongsikan tshirt bundle Walt Disney dan Mountain Dew dari luar negara. Baju-baju ni suami aku jual, dan harganya tak sama dengan baju tshirt bundle yang RM5 sehelai tu. Yang ni mengikut jenis kain, keluaran dari mana dan dan keasliannya, means bukan made in china la ye hehe ....










Kain sedap lembut memang berbeza dengan tshirt bundle yang RM5 tu. Kalau korang peminat karakter Walt Disney dan tshirt bundle rare macam ni, nak beli boleh PM aku di SINI hehe ...


Tuesday, November 17, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Time Kakak UPSR Nanti ...


Assalamualaikum!


Ok, sebenarnya sebelum UPSR pun ibu dah ada perasaan macam ni. Tipulah kalau ibu rasa tak gementar time kakak amik exam. Tipulah kalau ibu cakap ibu senyum je time semak keputusan peperiksaan kakak secara online. Tipulah kalau ibu kata ibu tak kisah apapun keputusan peperiksaan kakak. Tipulah blablablabla .....

Hakikatnya, ibu kisah ... 
Tuesday, November 17, 2015

Ibu Bagi 5 Bintang!


Assalamualaikum!




Rasa nak lompat bintang je bila tengok anak-anak sendiri dah pandai makan sayur hahaa! Sebelum ni diaorang memang cukup payah nak telan 'benda' warna hijau tu. Sampai 'berperang' ibu ngan anak kalau si ibu suruh anak makan sayur. Kalau masak, aku ngan ayahnya je la yang makan pun ... yang dua beradik tu pandang pun tidak!

Bukan tak diajar, bukan tak digalakkan ... malah kami berdua selalu tunjuk sayur depan diaorang. Kunyah kunyah pastu buat muka 'sedap' ... hahaha. Bila diaorang tanya, "sedap ke bu?" ...eh sedap la sayur ni. Dah la sedap, sihat pulak tu ... ! Tapi, harommmm tak laku ... 'iklan' tak menjadi hahaha!

Monday, November 16, 2015

Monday, November 16, 2015

Berahi Ke Nasi Goreng Kungfu!


Assalamualaikum!




Sejak tengok kawan pejabat makan hari tu, terus hati ini jatuh cinta pada menu terbaru ni hehe. Sebelum ni, asyik order kuey tiow kungfu je ... tapi kali ni aku nak cuba nasi goreng kung fu!

Tersentuh hati dengan kesedapannya sehingga menjilat sudu! Tapi, yang tu aku makan kat carpark dekat ngan opis. Yang malam tadi aku try nasi goreng kungfu kat warung bawah tu ....

Monday, November 16, 2015

Rezeki Berblog Untuk Anak-anak!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, rezeki untuk dua orang puteri kecilku .... 

Lama dah tak join kontes macam ni .... dan ada juga beberapa kontes lain yang aku cuba join kebelakangan ni, tapi yang ni nampaknya berjaya 'lekat' hehe. Tak sangka boleh menang kontes khas mommyblogger untuk #playdohmonth2015 hari tu, sebab aku tahu persaingannya memang sengit dan ramai mommyblogger lain yang hebat hebat belaka. Tapi, dah nama pun rezeki anak-anak .... syukur, ada hadiah untuk dua beradik tu ... ngeeee :D


Friday, November 13, 2015

Friday, November 13, 2015

Misi Perabih Baucar!


Assalamualaikum!




Ternganga mulut tengok budak yang lebih kecil dari Mira selamba hayun badan meluncur dengan kasut ice-skating huhu.

Seawal jam 9.30am kami dah 'berkampung' di Sunway Pyramid minggu lepas. Misi yang utama, nak kasi perabih baucar yang aku dapat dari satu event tak lama dulu. Sebelum tarikhnya luput, baiklah kita menebus apa yang patut.

Lama dah simpan baucar ni, hajat nak pergi ke Sunway Pyramid asyik tak tercapai aje dek kerana kekangan masa dan jalan ke sana yang sentiasa jem! So, time cuti Deepavali hari tu la kami amik kesempatan untuk gagahkan jugak pergi ke sana. Ayahnya kata, kalau nak pergi jugak kena keluar pagi-pagi untuk elakkan jem. Kalau dah tengahari baru nak sampai sana, memang takkan sampai la jawabnya. 'Serabut' tengok orang ramai ...!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.