Breaking

Monday, November 23, 2015

Monday, November 23, 2015

Steamboat Empire di Cyberjaya!


Assalamualaikum!


Teringin nak makan steamboat, tapi tak tahu restoran mana yang best kat KL ni. Bila aku tahu ada satu restoran steamboat baru dibuka di Cyberjaya, terus teruja nak bawa anak-anak ke sana! Kebetulan mereka 'dicutikan' hari tu ... so memang langkah 'kanan' la ikut ibu hehehe ..

Amboii jauh nau sampai ke Cyberjaya nun! Bagi aku jauh atau dekat, kalau berbaloi dengan rasa dan nilainya sampai ke Perlis pun aku sanggup pergi hehe. Lagipun, pengangkutan awam kan ada .. naik je ERL dari KL SENTRAL ke PUTRAJAYA SENTRAL, kemudian naik bas sehingga ke Gem In Mall, Cyberjaya. Tu kalau naik pengangkutan awam, kalau korang pandu sendiri lagi senang ... hanya wazekan aje!




Lebih menarik lagi, hari tu kami bukan setakat bertiga je tau tapi turut ditemani rakan blogger, Mek Sue Izza yang sangat dirindui hehe. Dah lama tak jumpa mek ni, so hari tu kita 'dating' sama-sama sambil layan steamboat!


Eksaited nak makan steamboat, 
tapi masing-masing masih boleh kontrol ayu hehe


Saat aku melangkah masuk ke dalam restoran ini, terpegun melihat dekorasi dalaman yang menarik dan ruang yang luas! Susun atur meja yang besar dan selesa, kita boleh pilih nak duduk di sudut yang mana mengikut keselesaan. 



Cantik kan!

Luas dan selesa



Suka dengan hiasan dinding yang unik dan menarik!

Selesa! kami pilih duduk di sini hehe




Suka tengok susun atur atas meja ni. Dapur steamboat pun canggih! haha ... hanya perlu tekan tekan kat tepi meja tu untuk tentukan suhu kepanasan yang kita nak. Kakak dan adik pun pandai dah bersteamboat! hehe ...

Eh ... mana kakak dan adik???




Kanak-kanak dan bermain berpisah tiada hehe. Dua beradik ni teruja bila masuk ke dalam mini playground ni! Iye, kat Steamboat Empire ni memang disediakan mini playground untuk kanak-kanak ye. So, korang kalau bawa keluarga tak perlu risau nak kejar anak kecil dalam restoran. Biarkan aje mereka bermain-main di dalam ni, dan korang boleh layan steamboat sepuasnya! hehe ...

Oh sebelum tu, Steamboat Empire menawarkan 3 jenis hidangan iaitu, Empire Buffet, Ala Carte dan Empire Grill.

Ok dah, cukup la tu. Perut dah lapar, jom kita layan steamboat! :)



Pelbagai jenis seafood dan fishball boleh didapati disini! Terdapat lebih 60 pilihan semuanya. Rambang mata nak pilih, kalau boleh nak cuba semua, tapi kami pilih sikit-sikit dulu, jangan jakun sangat ye hehe.





Bagi yang suka makan salad, ada pelbagai jenis dressing yang boleh dinikmati di sini. Layan diri, so pilihla nak letak apa dan letak banyak mana asalkan makan! hehe :D




Minuman panas, sejuk dan aiskrim turut disediakan untuk para pelanggan! Semuanya layan diri, korang makan la puas-puas!




Untuk kami berempat ... kalau nak ikutkan tak cukup lagi ni hehe. Korang boleh pilih sup atau tomyam, tapi aku rekomen korang amik tomyam. Serius, tomyam dia berasa dan sedap! Budak-budak boleh pilih sup ... nyummmm nyummmm!


Model 'tidak berbayar' berposing sebelum acara makan steamboat :)


Masa untuk steamboat! Aku sorang je bizi pandang bawah haha ... 



Telio pandang semua ni! Arghhh .....




Ada dua pilihan sos yang boleh dinikmati bersama steamboat, iaitu Empire Original dan Empire Spice. Empire Original lebih kepada rasa sos Thai yang pedas dan Empire Spicy ada rasa cili padi sikit. Kedua-duanya sedap!

Steamboat Empire turut menyajikan hidangan lain seperti ....


Nasi Goreng

Butter Prawn

Lamb Skewer

Kerabu mangga dan kerabu epal

Pilihan puding beraneka jenis

Sushi pun ado!

Otak-otak

Dim Sum

Chicken Wing

Aiskrimmmm!!! Ada dua pilihan, perisa durian dan coklat


Amacam? banyak tak kami makan ... hehe. Larat ngan tak larat je nak ngadap semua ni. Yang pasti, aku suka sangat dengan layanan mesra staf-staf di Steamboat Empire ni. Sentiasa tersenyum dan kejap-kejap datang ke meja kami offer makan itu dan ini. Sampai penuh dah meja, masih juga dia bawa dim sum dan otak-otak untuk kami. 

Suasana di sini pun sedap mata memandang, selesa untuk seisi keluarga makan besar, meraikan ulangtahun hari kelahiran, anniversary atau sekadar makan berdua bersama pasangan. Anak-anak pun tak gaduh bosan, boleh je nak main di dalam bilik yang disediakan. 




Alhamdulillah, sedap dan puas layan steamboat di Steamboat Empire, Cyberjaya ni. Layanan baik dan mesra staf disini melengkapkan hari terindah kami berempat pada hari tu hehe. Rasa nak repeat je, bawa suami pulak datang makan di sini. 

Oh, semua bahan makanan disini telahpun mendapat sijil pengiktiran Halal oleh Jakim ye.  


Empire Buffet 
Lunch Session (11.30am-3.00pm)
Weekday : RM22.90
Weekend : RM25.90

Dinner Session (6.30pm-10.00pm)
RM25.90

Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun adalah PERCUMA!

Ala Carte 
RM15.90/seorang

Harga termasuk Salad Bar, Dessert, Ice Cream dan Minuman ringan

Empire Grill

Chicken Wing : RM3.90 (2 ketul)

Ikan Bakar : RM2.90 (1 ketul)

Otak-otak : RM1.90 (1 keping)


Berpatutan bukan? So, kalau korang nak bawa keluarga makan steamboat, bolehlah singgah makan di Steamboat Empire, Cyberjaya ni.

Steamboat Empire
Lokasi: G.10-G.13, 
Gem In Mall, Mutiara Ville,  
Persiaran Sepang, Cyber 11,  
63000 Cyberjaya. 

GPS Coordinate: 2.922486 , 101.634869 / 2°55'20.9"N 101°38'05.5"E


Thursday, November 19, 2015

Thursday, November 19, 2015

Di Usianya Enam Tahun ...


Assalamualaikum!


Sejak lebih 6 tahun, inilah kali pertama aku dengar orang cakap muka Mira macam muka aku hehe. Sebelum ni dari kecil sampai besar, kalau pergi mana-mana orang akan cakap muka Mira lebih kepada sebelah ayah dia. Dan kakak lebih ikut muka sebelah aku hehe ....

Tapi kali ni pecah 'rekod', bila aunty kedai gambar tu cakap kecomelan muka Mira ikut muka aku ... ehehe ... terasa kembang kejap hidung aku yang tak berapa nak kembang ni ekekeke :p


Wednesday, November 18, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Bundle Walt Disney!


Assalamualaikum!


Korang penggemar bundle? Haaa kalau korang penggemar bundle, hari ni aku nak kongsikan baju tshirt bundle Walt Disney dari luar negara!

Orang kata baju bundle ni tak bersih, bekas orang pakai dan macam-macam lagi. Walau pun baju second-hand tapi bundle juga ada yang berkualiti dan rare

Jangan tak tahu, ada juga penggemar bundle yang suka kumpul tshirt rare atau keluaran terhad eksklusif dari luar negara. Dulu aku pun pandang rendah pada baju bundle, sampaikan kalau baju tu harganya cecah ratus aku mula persoalkan ... kenapa mahal sangat, walhal second-hand je pun?? Rupanya, bundle pun ada kategorinya yang tersendiri. Dari segi kualiti kain, jahitan dan dari mana ia dikeluarkan! Baju bundle harga RM5 takkan sama kualitinya dengan baju bundle harga RM45. Memang ada beza dari segi kualiti kain, corak dan jenis jahitan. Kalau jahit tangan, lagi tinggi harganya.

Di bawah ni aku kongsikan tshirt bundle Walt Disney dan Mountain Dew dari luar negara. Baju-baju ni suami aku jual, dan harganya tak sama dengan baju tshirt bundle yang RM5 sehelai tu. Yang ni mengikut jenis kain, keluaran dari mana dan dan keasliannya, means bukan made in china la ye hehe ....










Kain sedap lembut memang berbeza dengan tshirt bundle yang RM5 tu. Kalau korang peminat karakter Walt Disney dan tshirt bundle rare macam ni, nak beli boleh PM aku di SINI hehe ...


Tuesday, November 17, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Time Kakak UPSR Nanti ...


Assalamualaikum!


Ok, sebenarnya sebelum UPSR pun ibu dah ada perasaan macam ni. Tipulah kalau ibu rasa tak gementar time kakak amik exam. Tipulah kalau ibu cakap ibu senyum je time semak keputusan peperiksaan kakak secara online. Tipulah kalau ibu kata ibu tak kisah apapun keputusan peperiksaan kakak. Tipulah blablablabla .....

Hakikatnya, ibu kisah ... 
Tuesday, November 17, 2015

Ibu Bagi 5 Bintang!


Assalamualaikum!




Rasa nak lompat bintang je bila tengok anak-anak sendiri dah pandai makan sayur hahaa! Sebelum ni diaorang memang cukup payah nak telan 'benda' warna hijau tu. Sampai 'berperang' ibu ngan anak kalau si ibu suruh anak makan sayur. Kalau masak, aku ngan ayahnya je la yang makan pun ... yang dua beradik tu pandang pun tidak!

Bukan tak diajar, bukan tak digalakkan ... malah kami berdua selalu tunjuk sayur depan diaorang. Kunyah kunyah pastu buat muka 'sedap' ... hahaha. Bila diaorang tanya, "sedap ke bu?" ...eh sedap la sayur ni. Dah la sedap, sihat pulak tu ... ! Tapi, harommmm tak laku ... 'iklan' tak menjadi hahaha!

Monday, November 16, 2015

Monday, November 16, 2015

Berahi Ke Nasi Goreng Kungfu!


Assalamualaikum!




Sejak tengok kawan pejabat makan hari tu, terus hati ini jatuh cinta pada menu terbaru ni hehe. Sebelum ni, asyik order kuey tiow kungfu je ... tapi kali ni aku nak cuba nasi goreng kung fu!

Tersentuh hati dengan kesedapannya sehingga menjilat sudu! Tapi, yang tu aku makan kat carpark dekat ngan opis. Yang malam tadi aku try nasi goreng kungfu kat warung bawah tu ....

Monday, November 16, 2015

Rezeki Berblog Untuk Anak-anak!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, rezeki untuk dua orang puteri kecilku .... 

Lama dah tak join kontes macam ni .... dan ada juga beberapa kontes lain yang aku cuba join kebelakangan ni, tapi yang ni nampaknya berjaya 'lekat' hehe. Tak sangka boleh menang kontes khas mommyblogger untuk #playdohmonth2015 hari tu, sebab aku tahu persaingannya memang sengit dan ramai mommyblogger lain yang hebat hebat belaka. Tapi, dah nama pun rezeki anak-anak .... syukur, ada hadiah untuk dua beradik tu ... ngeeee :D


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.