KidZania Kuala Lumpur
Wednesday, December 09, 2015
Luang Masa Cuti Sekolah Di KidZania Kuala Lumpur!
Assalamualaikum!
Cuti sekolah kali ni kakak dan adik berpeluang kembali ke KidZania Kuala Lumpur meluangkan masa bersama kerana kebetulan ibu dijemput untuk hadir ke forum keibubapaan di sana. Kami sekeluarga pula tak kemana-mana sepanjang cuti ni, so memang peluang yang baik untuk kakak dan adik berseronok selagi sekolah belum dibuka.
Tapi takda la nak berseronok doplohpatjam sampai tak tengok buku. Ini hanya sebahagian dari aktiviti yang tak dirancang sebenarnya .... kebetulan. Kakak dan adik pula dah besar panjang, senang sikit nak helon ke sana sini hehe ....