Breaking

Saturday, December 26, 2015

Saturday, December 26, 2015

Sembonia & Carlo Rino Perkenal Koleksi Beg Tangan Terbaru!


Assalamualaikum!


Memasuki minggu-minggu terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2016, pastinya ada di antara kita yang masih tercari-cari beg tangan terkini untuk dijadikan koleksi idaman sempena tahun baru nanti. Tambahan pula, Sembonia dan Carlo Rino baru saja melancarkan koleksi beg tangan terbaru di bawah jenama masing-masing bagi memenuhi kehendak pencinta beg tangan khususnya wanita!




Baru-baru ini, aku berpeluang hadir ke satu pertunjukan fesyen dua jenama besar yang gah iaitu SEMBONIA & CARLO RINO yang berlangsung di SOGO, KL. Kedua-dua koleksi yang diperagakan memang unik dan ekslusif, sesuai dengan kehendak dan gaya wanita moden masa kini tapi  masih mengekalkan sisi feminin dalam setiap corak yang digayakan.

Nak tengok lagi? Jom ...!









Carlo Rino yang bakal meraikan ulangtahunnya yang ke-30 pada tahun hadapan, ingin memastikan jenama yang telah dibina kukuh di negara ini akan terus mendapat perhatian dari penggemar koleksinya terutama kaum wanita. Untuk itu, Carlo Rino berhasrat untuk menawarkan lebih banyak stail, program penghargaan, promosi eksklusif dan koleksi edisi terhad sempena sambutannya yang ke-30 nanti.

Sehingga ke hari ini, Carlo Rino telah mempunyai 32 butik dan ia akan bertambah kepada 35 butik pada tahun 2016 di pusat-pusat membeli belah terkemuka negara. 

Pertunjukan fesyen diteruskan dengan peragaan koleksi SEMBONIA yang tampil dengan beberapa konsep dan warna pastel yang menarik serta corak Butterfly yang cantik!

Keeping A Balance


 Capturing the Zeitgeist





More than Pads






Selesai pertunjukan fesyen, aku terus melangkah ke bahagian SEMBONIA, yang memang meriah dengan tag harga diskaun sehingga 50%! Fuhh .... ini memang boleh bikin mata rambang beb! :D



















Amacam ... betul tak aku cakap? Rambang mata tengok pilihan beg tangan yang ada di SEMBONIA ni! Koleksi corak dan warna pun memang sangat trendy dan menarik, sesuai dengan wanita masa kini yang sukakan kelainan dan unik!






So, korang tunggu apa lagi! Jom serbu SOGO, KL atau mana-mana cawangan Sembonia yang terdekat dan dapatkan koleksi beg tangan terbaru yang cantik ni! Memang berbaloi tau!



Tuesday, December 22, 2015

Tuesday, December 22, 2015

Kebakaran Yang Disangka LRT Cetus Panik!


Assalamualaikum!


Siaran terlambat .... ingat nak update semalam jugak, tapi disebabkan ada hal kecemasan dan aku terpaksa bergegas pulang ke rumah maka terpaksa ditangguh ke hari ni huhu ....

Tengah dok khusyuk isi borang cuti separuh hari kelmarin, tetiba kecoh opismate berlari dari meja ke tepi jendela berbidai untuk melihat dari gerangan manakah kepulan asap hitam pekat naik menjulang dari arah Stesen LRT Taman Jaya!


Tuesday, December 22, 2015

Kelainan Aiskrim Premium Honey Créme!


Assalamualaikum!


Dalam keluarga kami memang ada penggemar aiskrim! Terutama kakak dan adik ... memang aiskrim dan mereka berpisah tiada! Kalau boleh tiap kali singgah pasaraya Speedmart pasti dua beradik ni akan minta aiskrim kegemaran diaorang. 

Baru-baru ni aku dapat jemputan review aiskrim Honey Créme bertempat di Desa Sri Hartamas. Dengar kata aiskrim di sini lain dari yang lain! Nak tahu juga apa kelainannya berbanding dengan aiskrim  biasa di pasaran. Dan yang menariknya, aiskrim premium Honey Créme ini adalah jenama dari Taiwan yang kini telah menembusi pasaran aiskrim di Lembah Klang dengan membuka cawangan pertamanya di Desa Sri Hartamas. 

So, tunggu apa lagi ... jom kita makannnnnn!



Wajah eksaited dua beradik nak makan aiskrim



kaunter order dan bayaran


Deko hiasan dalaman Honey Créme ni berkonsepkan cafe. Antara daya tarikan bila korang masuk ke dalam cafe Honey Créme ni, ialah korang akan nampak madu lebah yang diletakkan dalam almari kaca ni. Unik kan? :)





Kakak, adik dan ibu pun dah tak sabar nak merasa keunikan aiskrim premium Honey Creme ni. Jom kita ke kaunter! ;)



Ada dua jenis aiskrim yang boleh korang pilih, iaitu dalam kon (cone) atau cawan (cup).




Konsep ordernya, korang perlu order di kaunter dan bayar dan resit bernombor akan diberikan sebagai rujukan. Korang kena pegang resit tu dan staf diaorang akan panggil berdasarkan nombor pada resit. So, korang kena alert bila staf diaorang panggil ok.

Lihat jelah kehadiran pada hari pembukaan Honey Créme hari tu, memang ramai wakil media dan bloggers yang dijemput untuk merasai aiskrim premium Honey Créme. Agak sesak sikit dalam restoran tu, tapi semua eksaited bila aiskrim yang diorder siap! :D



Staf Honey Créme sedang sibuk menyiapkan order pelanggan.



Ada 2 jenis toppings yang korang boleh pilih, 
samada macaroon atau pun madu lebah asli.


Kami sempat menikmati beberapa jenis aiskrim di Honey Créme ni. Yang terlebih terujanya dah tetnulah bukan dua beradik tu, tapi ibunya hehehe. Selain kandungan bahannya terdiri daripada susu organik dan krim terbaik dari Korea, aku teruja tengok persembahan aiskrim yang lain dari yang lain! 

So, untuk first round kami order ....



Organic Cotton Candy
RM12.50


Masuk je dalam Honey Creme, kakak dah tahu nak order apa. Dia memang suka aiskrim dan cukup gemar makan gula kapas. So, pilihan pertama dia ialah Organic Cotton Candy sebab ada kombinasi keduanya hehe.




Adik pun order yang sama. Tak boleh tahan tengok kakak punya aiskrim yang 'gebu' tu hehe



Dark Chocolate
RM12.50


Pak Jelan pilih Dark Chocolate, tapi kali ni aku kasi tambah toppings macaroon untuk jadikan ia lebih manis hehe. Habis licin Pak Jelan makan!



Organic Mixed Grains
 RM13.50


Aku pula memilih Organic Mixed Grains, yang penuh dengan kekacang halus dicampur dalam aiskrim organik, memberikan rasa lemak yang sedap dan rasa nak makan lagi dan lagi! Aku suka yang ni! :)

Untuk round ke-2 ....



Organic Cotton Candy (Cone)
RM12.50

Adik masih setia dengan Organic Cotton Candy, tapi kali ni dia nak makan dalam kon pula hehe .



Honey Comb
RM14.50


Honey Comb adalah aiskrim yang menjadi hidangan signature Honey Créme. Sesuai dengan namanya, Honey Comb menggunakan madu lebah asli sebagai toppings, memberikan rasa lebih manis tapi tidak melekat di tekak. Bagi aku, walaupun ia manis tapi masih boleh diterima :)




Popcorn
RM12.50

Aku rekemenkan korang try aiskrim Popcorn ni! Kombinasi popcorn di bahagian bawah dan atas aiskrim memberikan rasa lengkap pada aiskrim ni. Popcorn pun crunchy dan segar. Serius, aku suka yang ni!




Chocolate Beans
RM13.50

Mula-mula tengok macam biji kopi hehe, tapi rupanya biji coklat. Kombinasi biji coklat dan aiskrim memberikan rasa rangup dan unik bila digigit biji coklat tu. Aku suka juga yang ni :)




Kalau korang perasan, aiskrim yang disediakan di Honey Créme ni semuanya berwarna putih. Ini kerana Honey Créme ingin mengekalkan keaslian warna dan rasa aiskrim yang sebenar. Sebab tu tiada pewarna dan perasa tiruan dicampurkan, hanya tambahkan toppings yang sesuai untuk menjadikan ia menarik dan sedap untuk dinikmati sesiapa sahaja!




Kalau korang ingin berkunjung ke Honey Créme dan merasakan sendiri kelainan dan keunikan aiskrim organik premium di sini dengan toppings yang pelbagai dan menarik, bolehlah datang ke :


Alamat: No. 20, Jalan 27/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 
Isnin - Khamis: 12 tengah hari - 10 malam
Jumaat - Ahad: 12 tengah hari - 11 malam
Telefon: +603-6206 2879

Facebook: HoneyCremeKL
Instagram: HoneyCremeHartamas


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.