Breaking

Monday, February 22, 2016

Monday, February 22, 2016

Anak oh Anak!


Assalamualaikum!


Penat dari minggu lepas sampai semalam tak hilang lagi, Tapi penat macam mana pun, menegur anak itu perlu. Ibu bukan jenis yang suka membebel setiap hari ye. Tambah ibu ni jenis pendiam tak banyak cakap .. ehh ye ke hahaha. Tapi ye .. ibu memang tak banyak cakap berbanding dengan ayah awak. Sebab tu ibu tak suka membebel pasal hal remeh macam ni. 

Tapi benda remeh kalau diulang banyak kali boleh mengundang masalah dan menduga kesabaran tau dak. Walaupun banyak kali dah diingatkan, tetap juga benda yang sama berlaku ...! 

Pagi ni awak tertinggal baju sekolah pengawas. Actually, awak tertinggal kain pengawas ... baju ada kain takda! Rupanya awak salah ambil baju ... grrrr! Awak ambil dari almari terus bagi kat ayah, masuk dalam kereta baru perasan kain takda! Langsung tak periksa baju tu takda kain ke ape ke .... Dah nak naik balik ke atas tak sempat dah ....kereta dah la parking jauh, nak berjalan balik masuk ke dalam blok naik tangga memang amik masa. Kalau naik jugak, alamatnya awak lambat la masuk sekolah ..!



Friday, February 19, 2016

Friday, February 19, 2016

Biadab !!!


Assalamualaikum!




Huhuhu .. apa nak jadi ... apa nak jadi ... mak bapak biadab di zaman ini huhuhu. Tergamam aku tengok gambar yang dikongsikan di FB siang tadi. Serius, tak boleh hadam aku baca 'nota pesanan' tu ..... biadab giler!

Wednesday, February 17, 2016

Wednesday, February 17, 2016

First Time Order Makanan Kat Shogun2u !


Assalamualaikum!


Kat opis ni memang banyak kedai makanan, pilihlah makanan apa ko nak semua ada! Tapi nak turun keluar berjalan ke bawah (opis aku atas bukit) dan kemudian kena naik balik memang boleh mengundang kemalasan melampau kadang-kadang tu hehehe! Tapi perut lapar ni .. acaner?

So kali ni aku nak cuba order secara online pulak, bertukar 'angin' sekali sekala apa salahnya ye dak hehe. Sebelum ni aku dah biasa dengan servis penghantaran makanan fastfood tapi kali ni ada sesuatu di Shogun2u membuatkan aku tertarik nak order!




Wahhh nampak muka kak long yang teruja tu? hahaha ... teruja sebab tak sampai satu jam lepas buat tempahan secara online dekat website diaorang, makanan dah pun sampai! Kiranya nak makan on-time pukul 1pm tu memang boleh lah! hehe ...

Tuesday, February 16, 2016

Tuesday, February 16, 2016

Tak Sabar Tunggu Bulan Mac Katanya!


Assalamualaikum!


Baru dua orang tapi riuhnya rumah setiap hari macam ada 10 orang! Tapi kalau tak dengar suara diaorang walau sekejap, mulala hati ibu tak tenang! Teringat waktu kakak dan adik kena tinggal kat kampung dulu ... tiap-tiap malam ibu menggugu-gugu teriak sebelum tido. Siang ibu boleh tahan lagi sebab sibuk bekerja, tapi bila datang malam masyaAllah ... dugaan Dia bagi banyak kuat lah huhu.

Bila dapat bercakap kat telefon, mulala air mata bercucuran. Dah cuba tahan tapi bila dengar suara anak di kejauhan ... adehhh ibu 'kalah' teruk dan teriak sekali dengan anak macam dalam drama tu hehehe.... 



Monday, February 15, 2016

Monday, February 15, 2016

Dapatkan Perfume Selebriti Kesayangan Anda Di QISA BEAUTY!


Assalamualaikum!




Korang suka perfume tak? Giler tak suker ye dak hehe. Orang pempuan ngan perfume dah macam 'kembar siam'. Dalam beg tangan takda gincu boleh tahan lagi, tapi minyak wangi WAJIB ada! hehehe ....

Korang sedang cari perfume? Tak perlu pergi jauh, sebab ada di QISA BEAUTY ada menjual koleksi minyak wangi selebriti kesayangan korang! Woweeeeeeee ..... :D







Pilihan koleksi minyak wangi dari selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Rozita Che Wan (Precious & Gorgeous), Rita Rudaini (Adorable) dan Sheila Rusly (Matahari). Tengok botol, tengok nama pun dah tahu ini perfume selebriti mana punya kan hehe. Acaner nak beli? Haaa meh klik sini :


Facebook : Qisa Beauty

Instagram : qisabeauty

WhatsApp : 019-9009213


Friday, February 12, 2016

Friday, February 12, 2016

Godaan Mee Tomyam!


Assalamualaikum!


Kalau kena time gaji, memang sedap makan tengahari kat AmCorp! Port makan kitaorang tak lain tak bukan ... Kafe Sri Suria! Tambah hari Jumaat, time rehat kan 2 jam setengah, memang sedap layan tekak makan tengahari kat sana haha. Terbayang-bayang je mee kari dia .... perghhhh!

Sedap ke mee kari kat situ? Sedap la bebbbb ... tak percaya try la makan sekali kat situ! Aku dah pernah review sekali kat SINI dan sejak tu aku 'jatuh cinta' terus! Tak pernah aku cakap tak best .... setiap kali pergi mesti balik perut kenyang punye lah hehehe! 

Tapi, minggu lepas aku tukar selera pekena makanan lain pulak. Asyik mee kari je ... kita test la menu lain sedap ke idok kan hehe. Sebelum ni aku dah pernah try kuey tiow goreng dia dan memang sedaaappp! Kali ni, aku nak try mee tomyam pulak!


Friday, February 12, 2016

5 Jam Itu 'Emas'!


Assalamualaikum!


Start dari balik sekolah agama sehingga jam 10.30pm, aku kena 'berkejaran' dalam rumah untuk memasak, gosok baju sekolah, tengokkan homework anak-anak, solat dan mengaji bersama, sediakan makanan malam dan sebagainya! 

Dah tentulah ayahnya pun ada menolong, kadang-kadang dia masak lauk aku masak nasi. Dia basuh baju (sental dalam bilik air) aku tukang sidai. Tapi suami bukan hari-hari dia nak mengadap kerja yang sama je kan hahahaha .... kadang-kadang tu kita sengsorang je jalan laju-laju siapkan kerja rumah hahaha...



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.