Story Kenit
Friday, March 25, 2016
Friday, March 25, 2016
Pasal Blog
Friday, March 25, 2016
Naik Satu Anak Tangga !
Assalamualaikum!
Alhamdulillah ... hajat dan impian aku akhirnya tercapai dengan izin Allah. Penantian selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun langkahnya kadangkala perlahan, kadangkala terbantut, kadangkala gohead gostan tapi aku yakin dengan pilihan ini!
Biarpun hanya part time blogger, tapi macam ni pun dah cukup selesa bagi aku. Mengenang saat memula berblogging dulu, aku tak sangka akan dapat bertahan sehingga kini hehehe ... ye la, memula niat suka-suka je tapi lepas tu aku tekad nak pergi ke depan lagi ...
Thursday, March 24, 2016
Subang Bestari
Thursday, March 24, 2016
Kambing Bakar BBQ Merecik di AA Super Grill, Subang Bestari!
Assalamualaikum!
Memang kena
pada masa dan tempatnya! Awal-awal ibu dah set tarikh yang cun untuk hari
istimewa kakak dan adik. Tahun ni sambutan birthday kakak dan adik kita buat
lain dari yang lain sikit. Selalu sambut sambil makan kek kan, tapi kali ni
kita try Kambing Bakar BBQ! hehe ...
Siapa tak
suka kambing bbq weh! Aku ngan Pak Jelan tolak batu ngan kayu je hahaha ...
kalau bab kambing ni, memang kami tak menolak! Peminat kambing tegar ok! Bila
tau kat Subang Bestari ada satu gerai baikkkkk punya kambing ... apa lagi, jom la
terjah AA Super Grill!
Tak susah
nak cari AA Super Grill ni, kami dari KL ikut Federal je. Disebabkan kami dah
tau selok belok sikit kawasan kat situ (sebab dekat ngan tapak carbootsale Subang
Bestari) so takda masalah! Jangan takut
sesat ke ape, tak guna waze pun boleh jumpa, tapi kalau korang nak waze jugak
cari je AA Super Grill.
Untuk aku dan Pak Jelan. Sorang
sepinggan ye, takda makna nak kongsi-kongsi, memang niat nak pulun sorang-sorang je
sepinggan ni hahahaha .... :p
Untuk
anak-anak. Boleh request taknak letak apa-apa sayur atau bawang kalau
budak-budak tak makan. Kakak dah boleh makan dengan sos, so dia memang ok
dengan blackpepper sauce. Mira pilih
‘kosong’, simply kambing bakar bbq
saje hehehe ....
Takpe,
birthday girls kan ... apa diaorang nak ibu turutkan malam tu. Janji happy dan
kenyang! :)
Tengok ...
tengok .. orang obsess ngan kambing macam ni la. Makan pun dah tak pandang bini
... hahaha :p
My precious
pearls sedang fokus makan nampaknya. Baru masak plak masa tu, memang berasap
lagi la kambing tu hehehe ...
Dah besar
nampak anak-anak ibu ... dulu makan memilih betul, tapi sekarang kambing bbq
pun dah sedap makan. Macam ni memang geng ibu ngan ayah la! hehehe .....
Best ke
Kambing Bakar BBQ AA Super Grill ni? Kalau ikut tekak aku dan Pak Jelan, memang
sedap dan ‘kena’ ngan selera kami berdua. Tak susah nak makan, dah siap potong kecik-kecik dan percuma roti bakar
lagi!
Portion dia pun memang kami puas hati!
Bayangkan sorang makan sepinggan ... perrrghhh #merecik tekak sekarang ni tau
dak hahaha. Sos lada hitam dia memang terbaik ... pekat dan sedap! Rugi
menyesal aku tak beli siap-siap malam tu, sebab ralit sangat berborak dengan
isteri En. Aslam, sampai terlupa nak ‘rembat’ sebotol bawa balik ...hehehe..
Tapi takpe, next time aku tau dah tempat dia kat
mana ... ;)
Sila beli kalau korang taknak
menyesal macam aku! Grrrr ....hahaha
Sos dan kambing frozen juga
ada dijual.
Area
penghantaran: Shah Alam & USJ
Time order
bermula: 1.00 pm
Time Tutup
order: 9.00 pm
Time cancel
order sebelum: 8.00am
Alhamdulillah,
tercapai-capai juga hajat nak makan Kambing Bakar BBQ AA Super Grill, Subang
Bestari ni. Walaupun anak-anak muka kepenatan sebab siangnya sekolah, tapi
banyak juga diaorang makan kambing malam tu hehe ...
Suasana pun
santai dan happening kat sini.
Bolehlah bawa family dan kengkawan
datang makan kambing bakar kan. Yang dukung
anak tu la En. Aslam ... terserlah aura sampai tak berapa nak jelas muka dah
hehehe. Terima kasih ye En. Aslam, isteri dan AA Super Grill sebab sudi jamu
kami dengan hidangan Kambing Bakar BBQ yang #merecik dan superb!
AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI
Jalan Nova U5/N,
Jalan Nova U5/N,
Subang Bestari 40150 Shah Alam
Selangor
Waktu operasi
Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am
Ahad : tutup
No phone : 019-6340294 (En. Aslam)
" Mok Kito Maroh Jual Mahal "
AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR
BBQ juga menerima tempahan untuk majlis korporat, jamuan hari
raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain. Kalau korang
berminat, boleh order awal untuk mengelakkan kekecewaan akibat tempahan terlalu
banyak dan ditutup hehe ...
So, next time tau dah port makan
kambing mana yang boleh kami sekeluarga terjah! Terbayang-bayang sampai mimpi
pun mimpi kambing malam tadi hahaha ... ;)
Wednesday, March 23, 2016
Sanah Helwah
Wednesday, March 23, 2016
Sanah Helwah Girls!
Assalamualaikum!
23 Mac 2016 ... sorang genap 9 tahun, sorang lagi genap 7 tahun hari ni. Semakin hari semakin bijak makin banyak 'akal', makin pandai bergaya, makin pandai menyakat ibu dan ayah.
Hari ni sekolah, cadang nak bagi goodies bag untuk kengkawan di sekolah, tapi ibu mintak postpone ke hari Jumaat ni insyaAllah hehe....
Tuesday, March 22, 2016
Bola Sepak
Tuesday, March 22, 2016
Jom Undi 5 Finalis Logo Harimau Malaysia!
Assalamualaikum!
Walaupun aku bukan peminat tegar pasukan bola tanah air tapi, ada gak sekali sekala aku update citer pasal bola dalam blog aku ni hehe, terutama kalau melibatkan pasukan Pahang, Selangor atau Perak.
Korang tahu tak sekarang sedang berlangsung undian untuk memilih Logo Harimau Malaysia bagi pasukan kebangsaan? Tak tahu? Haaa aku pun baru tahu ni hehehe ..
Cerita My Pearls
Tuesday, March 22, 2016
Semakin hampir ...
Assalamualaikum!
Terasa 9 tahun rasa macam 9 hari baru...
Walaupun sorang keluar ikut 'tingkap', sorang keluar ikut 'pintu', tapi pengalaman dari awal sampai saat ini adalah yang terindah dalam hidup ibu! sobsobsob ....
Cepatnya masa berlalu. Wajah pun dah berubah ....
Walaupun masih 'bercakaran' dan kadang-kadang kakak tak faham adik, adik tak faham kakak tapi ibu boleh dengar saat korang bergelak ketawa, bersoal jawab soalan matematik campur tolak, berborak berdua sambil siapkan homework, berborak pasal kakak-kakak angkat di sekolah, berpakat tuliskan ibu surat bila ibu merajuk ....
Sumpah .... ibu rindu momen-momen bila awak berdua masih bayi masih kecil. Dan sekarang, anak-anak ibu akan melangkah masuk ke usia baru. Dan satu hari nanti, awak berdua juga akan pergi tinggalkan ibu untuk kejar cita-cita dan kebahagiaan masing-masing T_T
Ibu harap .. ibu berdoa anak-anak ibu akan seimbang amal dunia dan akhirat. Jadi anak-anak yang solehah dan jaga ukhwah adik beradik walaupun bila ibu ayah dah takda. Saling jaga menjaga, berkasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Dan paling ibu harapkan ... anak-anak ibu mendoakan ibu dan ayah walaupun jasad kami telah bersatu dengan tanah nanti ....
Sorry ... ter-emo plak entri kali ni. Tengok gambar-gambar ni jadi sebak pulak rasa .... ishhhh ....
Monday, March 21, 2016
Story Kenit
Monday, March 21, 2016
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cure & Care Service Centre (CCSC) !
Assalamualaikum!
Seperti yang pernah aku kongsikan di blog bulan lepas mengenai misi Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), alhamdulillah kerjasama pertama kami dapat disempurnakan dalam program pertama KBBA bersama AADK yang berlangsung baru-baru ini di Cure & Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, Kuala Lumpur.
Selama ni hanya baca di akhbar-akhbar je kan, tak pernah tahu dan tak mahu ambil tahu apa yang berlaku pada mereka ... kehidupan mereka ... perjuangan mereka untuk bebas dadah dan apa yang boleh kita buat untuk menerima mereka kembali dalam masyarakat ...
Di CCSC Chow Kit ini, aku melihat sendiri perjalanan proses rawatan pemulihan yang dijalankan. Aku dan rakan blogger KBBA turut diberi peluang bertemu dengan 'klien' yang datang secara sukarela setiap hari untuk mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan serta melihat sendiri bagaimana mereka mengurus diri sendiri dibantu oleh staf-staf CCSC.
Apa itu Cure & Care Service Centre (CCSC)?
Haaa .. memang ramai yang tak tahu kan? Takpe, nanti aku kongsikan serba sedikit info untuk korang dan moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat manfaat dan sebarkan pada orang lain.
- Dikenali juga sebagai Pusat Pulih & Prihatin, sebuah institusi terbuka komuniti dan disasarkan untuk membantu semua lapisan masyarakat yang menghadapi permasalahan dadah
- Ditubuhkan pada 24 Januari 2011, Cure & Care Service Center (CCSC) Chow Kit di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan yang terletak di tengah² 'hot-spot' Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan pencegahan, rawatan & pemulihan, dan juga penguatkuasaan kawalan penggunaan najis dadah di kalangan golongan gelandangan, pekerja seks, kanak-kanak dan remaja keciciran
- Di sini, 'klien' yang terdiri daripada 'active-user' ataupun yang sedang dalam pemulihan, mendapatkan rawatan kawalan dadah methadone, nasihat perubatan, dan juga sebagai tempat mereka membersihkan diri, makan dan berehat, secara 'day-care'. CCSC Chow Kit dirasmikan oleh Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussein tanggal 13 Mei 2011
- Selain CCSC Chow Kit, terdapat 4 buah CCSC lagi yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur iaitu :
- CCSC Maluri
- CCSC Kerinchi
- CCSC Desa Rejang dan
- CCSC Samping
- CCSC Chow Kit mempunyai seramai 1762 'klien' berdaftar, dan mereka berumur antara 35 hingga 68 tahun
- CCSC juga mempunyai doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi khidmat rawatan dan pemulihan bagi membantu 'klien' mengatasi masalah dadah
Untuk pengetahuan korang, Chow Kit merupakan kawasan 'hot-spot' yang pernah dikaitkan dengan penagih dadah dan beberapa kes jenayah lain. Namun, sejak penubuhan CCSC Chow Kit, keadaan telah berubah dan mereka yang berkenaan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak AADK & CCSC.
Menurut Puan Hamsiah yang bertugas sebagai Penyelaras di sini, selain bertindak sebagai pusat khidmat untuk golongan yang menghadapi masalah dadah, CCSC Chow Kit menjadi pusat day-care kepada 'klien'. 'Klien' yang berdaftar dengan mereka akan datang ke sini setiap hari seawal pagi untuk mendapatkan khidmat rawatan, makanan dan pengurusan diri.
'klien' yang datang ke CCSC diberikan rawatan kawalan dadah methadone dan nasihat perubatan dari doktor. Dan pemberian methadone adalah untuk 'klien' yang menghadapi masalah penagihan dadah jenis opiat seperti heroin.
Dos yang diberikan kebiasaanya adalah 55mg setiap kali rawatan, namun ia berbeza bagi setiap individu mengikut tahap ketahanan mereka melawan ketagihan. Dan, methadone ini tidak boleh digunakan sendiri .. perlu ada pengawasan dari doktor yang berdaftar dengan KKM dan 'klien' perlu minum di hadapan doktor tersebut.
'Klien' di atas ni dah bebas dadah, dapat kerja dan berjaya kembali ke pangkuan keluarga. Tapi pengambilan methadone diteruskan untuk rawatan menstabilkan fizikal dan mental dia. Namun, dos yang lebih kecil diberikan sebab dia tidak lagi berhadapan dengan masalah ketagihan dadah.
'Klien' yang atas ni pula ialah active-user yang masih mengambil dadah. Maka, dos methadone juga tinggi dan dia perlu minum setiap hari. Jika dia masih hisap dadah lagi, maka dosnya juga akan mejadi lebih tinggi.
Di sini lah ruang tempat mereka berkumpul dan berehat selepas mendapatkan rawatan. Untuk pengetahuan korang, konsep 'open-access' atau terbuka yang diamalkan di CCSC ini membolehkan 'klien' datang secara sukarela tanpa terikat dengan sebarang syarat atau perundangan. Tujuannya supaya lebih ramai 'klien' tampil mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan di CCSC Chow Kit secara percuma.
CCSC juga menyediakan program berbentuk pendekatan psikosiosial seperti :
- Kelompok sokongan sosial 12 langkah
- Program Kekeluargaan
- Program Keagamaan & Kerohanian
- Outing/Excursion
- Sukan & Riadah
Sumbangan CCSC Chow Kit bukan sekadar membantu kumpulan sasaran ini dalam proses rawatan dan pemulihan dadah, tapi 'klien' turut diajar untuk berdikari dari bab membasuh baju sehinggalah kebersihan diri. Segala kemudahan disediakan dan mereka boleh menggunakannya setiap hari.
Ada juga yang datang untuk merehatkan diri. Biasanya mereka ni takda tempat lain nak dituju maka disinilah mereka berkumpul samada untuk membasuh baju, mandi, makan atau berehat pada waktu siang.
Apakah CCSC berjaya memulihkan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah? Ya ... malah ada antara mereka yang telah bebas dari najis dadah berpuluh tahun dan kini bertindak sebagai Pembimbing Rakan Sebaya di CCSC untuk membantu 'klien' lain yang sedang berjuang untuk memulihkan diri dari penyalahgunaan dadah
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN di CCSC :
- Kaunseling dan Bimbingan
- Kelompok Sokong Bantu
- Pencegahan Relapse
- Kemahiran Hidup
- Kemudahan Sukan & Riadah
- Khidmat Masyarakat
- Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
- Rujukan dan Advokasi
Secara zahirnya, dadah masih menjadi masalah kita bersama. Namun, realitinya ia masih boleh dibanteras dengan bantuan semua pihak secara aktif. Penglibatan AADK & CCSC dalam membantu golongan bermasalah dengan dadah tidak akan dapat mencapai matlamat seandainya masyarakat masih mempunyai stigma negatif terhadap golongan yang sedang dalam pemulihan ini.
Sokongan ahli keluarga dan komuniti sangat diperlukan untuk mereka kembali berfungsi dalam masyarakat.
Satu pengalaman terbaik yang takkan aku lupakan. Usaha AADK & CCSC telah membuka mata dan hati kami untuk memahami sekaligus mengubah persepsi kami sebelum ini tentang mereka yang bermasalah dengan dadah. Terima kasih AADK, CCSC & KBBA di atas peluang ini, moga usaha murni ini terus mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.wecareweserve.org dan www.adk.gov.my atau lawati sendiri CCSC berhampiran korang.
"DADAH MASIH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA"
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.