Cerita My Pearls
Friday, April 08, 2016
All The Best Kakak!
Assalamualaikum!
Baru sahaja raikan ulangtahun kelahirannya yang ke-9 bersama adiknya 2 minggu lepas, kakak makin nampak matang dari usianya. Suh bergambar pun dah taknak dah. Dia punya malu tahap gaban, nak kena 'bergaduh' baru boleh amik gambar dia hahaha ....
Gambar ni? Sebab first time dia pakai instant shawl Neelofa kemudian tengok muka sendiri depan cermin pastu senyum hahaha ... tu maknanya dia suka la shawl tu hehehe. Dapatnya dah lama dah dari kontes tahun lepas, tapi hari tu la baru dia nak tergerak hati sarung kat kepala. Elok pulak labuh depan dan belakangnya tu. Kakak ni kalau dia dah suka kat shawl tu, dia akan pakai selalu. Kalau mood 'malas', dia akan pakai tudung sarung je, tapi kalau mood 'jelita' dia datang ... hahaha instant shawl macam Majestic Love dari Neelofa ni memang dia cukup suka! hehehe ....