Breaking

Tuesday, April 19, 2016

Tuesday, April 19, 2016

Kenangan Berharga Sepetang Bersama Blogger 2016


Assalamualaikum!


Kali pertama join ialah dua tahun lalu di SBB 2014 bertempat di Saloma Bistro, KL. Alhamdulillah, tahun ni aku berpeluang join Sepetang Bersama Blogger 2016 pada 16 April yang lepas dan lokasinya masih di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Dewan Grand Campbell, Hotel Grand Campbell KL. 




Sebenarnya bila bercerita pasal #SBB2016 ni, ia mengingatkan aku kembali kemeriahan suasana #SBB2014 walaupun setelah 2 tahun berlalu. Kiranya masih tak boleh move on orang kata hehehe. Walaupun ketika itu aku hanya baru 2 tahun bergelar blogger dan baru nak berjinak-jinak mengenali rakan-rakan blogger lain tetapi impaknya terhadap diri ini sangat besar terutama dalam meluaskan hubungan networking sesama rakan.

Apapun, aku bersyukur kali ini dapat join SBB edisi 2016 dan tentunya tujuan aku tak lain tak bukan adalah untuk meluaskan hubungan networking bersama rakan blogger lama dan baru yang selama ini hanya kukenali di alam maya.






Hampir penuh semua meja dalam Dewan Grand Campbell hari tu. Ada yang aku memang dah lama kenal dan pernah bersua di SBB 2014 sebelum ni, dan ada blogger yang baru pertama kali join SBB 2016. Bukan setakat rakan blogger je yang hadir memeriahkan SBB 2016 ni, tapi rakan media lain turut bersama memeriahkan dan menggamatkan Dewan Grand Campbell hari tu.

Paginya dimulakan dengan mini forum perkongsian ilmu blog oleh panel-panel yang dijemput. Antaranya yang aku ingat ialah En. Hasrul Hassan yang datang jauh dari Perak. Antara yang dikongsi info mengenai kuasa blog dan media sosial serta kepentingan mempelajari ilmu SEO.




Sambil-sambil dengar para panel berkongsi ilmu tu, sarapan pagi kopi Codi dah tersedia di atas meja, salah seorang penaja SBB 2016. Aku tak biasa minum kopi terutamanya di waktu pagi tapi kopi Codi ni boleh tahan juga rasanya, just nice tak terlalu pahit atau manis hehe. Mungkin sebab tu 'jodoh' kami panjang hahaha ....

Sebenarnya kan ... memang hajat dihati hari tu nak bertegur dengan semua rakan blogger di meja masing-masing. Memang aku nak singgah dari meja ke meja, tapi bimbang kalau aku berjalan nanti menghalang dan mengganggu fokus orang lain yang sedang menghayati perkongsian panel di atas pentas pula hehe. Sebab tu yang mana aku sempat jumpa atau ternampak aku akan tegur dulu. Aku memang pemalu tahap gaban bab ni hahaha ... tapi kali ni lebih baik berbanding #SBB2014 dulu la, sebab kali ni ramai yang aku dah kenal dan walaupun berjumpa kali pertama tak jadi hal sebab yang penting aku tahu diaorang peramah hehehe ...

Alhamdulillah, aku dikurniakan rakan-rakan blogger yang baik dan peramah di fb dan di realiti :)




Serius, tak banyak gambar yang aku rakamkan hari tu. Gambar dengan Memey, duta Ephyra ni je la gambar yang aku amik pun hehe. Yang lain ada dalam henpon kengkawan atau dengan jurugambar rasmi CSV Production & Kotak Lensa. Kalau ada, nanti aku tepekkan di sini ye. Sama tinggi rupanya aku ngan Memey ni, tak pasti pulak kalau dia pakai high heels hari tu, tapi tengok gambar ni dah macam kakak ngan adik dah rasanya .... Memey kakak, aku adik hahahahaha :p




Makanan? sodappppp! Mujur aku tak gi menambah sebab dari nasi sampai ke lauk dia memang menepati citarasa dan selera tekak Melayu aku ni. Dah macam kenduri orang kahwin pun ada ni hehe ..

Lepas makan dan solat Zuhur, slot perkongsian ilmu diteruskan dengan kehadiran figura popular dan berjaya dalam bidang masing-masing berkongsi tips bagaimana mereka akhirnya menjadi usahawan dan jutawan berjaya dalam bidang masing-masing. Antara panel yang ditunggu-tunggu kehadirannya tak lain tak bukan, Adi Putra! Yang menunggu untuk selfie dengan dia pun cukup ramai! Mujur aku bukan salah seorang darinya ... hehehe :D




SBB2014 aku cukup bertuah kerana dapat bawa balik henpon Motorola Moto G sebagai hadiah, dan tahun ini di SBB2016 aku bertuah juga dapat bawa balik hadiah hehehe ... hadiah ape? 




Hadiah tahun ni, produk minuman CODI yang terdiri daripada 2 kotak Codi Cafe & 1 kotak Codi Teh Tarik. Pak Jelan cukup suka minum kopi Codi ni, so aku bagi terus kat dia 2 kotak buat minum di rumah dan opis hehehe. Aku punya teh tarik leeeeee :D

Terima kasih kepada penaja SBB2016, Asia Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) untuk hadiah ini!




Ada juga persembahan ringkas Upin & Ipin! Haihh ... ni kalau kakak dan adik tengok ni mesti diaorang suka! Memula ingat nak bergambar kenangan dengan maskot-maskot Upin Ipin ni tapi bila difikirkan balik .... hurmmm tak payah la, kang ada yang merajuk 3 hari sebab jeles! hehehe ...

Video Upin Ipin yang aku rakam hari tu pun tak tunjuk kat diaorang lagi hehe ... 



credit picture : KotakLensa



credit picture : KotakLensa


credit picture : KotakLensa


credit picture : KotakLensa




Paling tak boleh blah ... gambar atas ni hahaha! Tiga-tiga bersemangat nak bawa balik hadiah TV 32inci dan akhirnya tiga-tiga menganga hahaha. Tapiiiii kitaorang still bawa balik hadiah juga hari tu kan kan kan! :D





Haaaa itulah yang dapat aku kongsikan untuk SBB2016 kali ini. Seronok, terharu dapat jumpa rakan-rakan blogger yang sekian lama tidak bersua. Ada yang last sku jumpa SBB2014 pun ada! hehehe ... yang datang jauh tapi tak sempat bergambar bersama pun ada ... tapi walaupun takda gambar, puas hati dapat jumpa dan berborak.




Terima kasih Denaihati Network untuk SBB2016. Tahniah kepada semua rakan blogger yang menang hadiah gempak yang best-best! Terima kasih pada semua penaja yang terlibat dalam SBB2016 kali ini. Jangan susah-susah cari aku dalam gambar ni sebab memang takda hehe ... terpaksa meninggalkan majlis sedikit awal sebab kena bergegas pulang untuk ke tempat lain pula.

All the best to all fellow blogger friends ... andai panjang umur moga kita dapat bersua kembali di masa akan datang insyaAllah .....

:)

Friday, April 15, 2016

Friday, April 15, 2016

Anak Punya Cerita


Assalamualaikum!


Dah 2 minggu ibu tunggu kain sekolah agama Mira .. tak berjumpa jugak! Cerita kain sekolah hilang, bertukar dengan budak lain bukan benda baru. Tiap-tiap tahun aku alami benda yang sama dengan kakak, dan tahun ni dengan Mira pulak!

Tapi rasanya bukan aku sorang je yang alami benda ni, kebanyakan ibu yang hantar anak ke transit mungkin sedang menghadapi benda yang sama ... macam mana kita 'jaga' barang-barang sekolah anak dengan baik sekali pun, tetap hilang jugak!

Pelik aku ... takkan parents tu tak boleh cam barang anak sendiri? Takkan tak boleh tengok material kain jenis ape, jenama sama ke tidak, ada tulis nama ke tidak? Mira kalau tersalah bawa balik barang kawan dia pun aku dah marah ....



Thursday, April 14, 2016

Thursday, April 14, 2016

Tukar Kad ATM Baru


Assalamualaikum!


Aku : "Cik, boleh tak saya nak tukar kad ni?", sambil tunjuk kad ATM Maybank aku ...

Pegawai Bank (1) : "Ohh boleh ... sekarang ni pun kita masih bagi free lagi pada siap yang nak tukar kad baru .. jap yek saya bagi nombor ..."

Pegawai Bank (2) : "Sedih saya tengok kad awak dik, macam kanser stage 4 dah ....", pastu dia mengekek ketawa ...

Hahaha ....

Amboiii brader ... diagnosis mengalahkan pakar kanser pulak! Takat plastik je yang hampir nak tertanggal pun, bukan kad tu patah dua ke ape :p



Wednesday, April 13, 2016

Wednesday, April 13, 2016

SPARKLING RIBENA® BAHARU PENUH DENGAN KEBAIKAN VITAMIN C SEMULAJADI DALAM TIN SEDIA MINUM!


Assalamualaikum!


Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya memperkenalkan Sparkling Ribena® Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum! Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang disyorkan, Sparkling Ribena® adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia tanpa mengira usia!





“Ribena® jenama yang telah menjangkau lebih 75 tahun dan kami sentiasa mengolah semula rasa kegemaran ramai ini untuk menyesuaikan citarasa yang berbeza,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau , Malaysia, Singapura & Hong Kong, SBFM. “Dengan Sparkling Ribena® Can, pengguna boleh menikmati keenakan ini dalam cara baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat dan menyegarkan!


“Selain aktiviti ‘sampling’ unik untuk merasai Sparkling Ribena® Can, kami juga berhubung dengan pengguna melalui strategi pemasaran 360°
yang merangkumi promosi jualan, iklan televisyen dan interaksi dengan pengguna untuk memberikan pengalaman produk ini kepada seluruh rakyat Malaysia,” tambah beliau.


Bertepatan dengan prinsip syarikat untuk membekalkan keenakan rasa buah terbaik, Sparkling Ribena® adalah bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ia juga bebas kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa!




Untuk tempoh terhad, pengguna boleh menikmati sampel percuma Sparkling Ribena® di lokasi pilihan sekitar Lembah Kelang dengan Jelajah Mini Cooper Ribena®. Sertai kami, ambil gambar dan muat-turun dalam talian di media sosial anda dengan hashtag #AlwaysGood!





Sparkling Ribena® Can baharu dijual pada harga RM2.00 dan boleh didapati di semua pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik “Suka” Di Laman Facebook Ribena® Malaysia (www.facebook.Com/RibenaMalaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).





Tentang Ribena®

Ribena® telah dicipta oleh Dr. Vernon Charley pada tahun 1938. Namanya diperoleh daripada nama botani anggur hitam – Ribes Nigrum. Pada tahun 1955, Ribena® menembusi Malaysia dan tidak lama kemudian menjadi minuman kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia serta menjadi jenama popular sebutan ramai dalam kalangan pengguna Malaysia. Diperbuat daripada buah anggur hitam yang diperoleh dari ladang-ladang di New Zealand kerana warna ungu pekatnya, Ribena® terkenal dengan khasiat kebaikan semula jadinya dan rasa yang enak, diperbuat tanpa pewarna tiruan. Ribena® boleh didapati dalam bentuk kordial dan sedia diminum.


Tentang Suntory Beverage & Food

Suntory Beverage & Food Ltd (SBF) merupakan syarikat minuman ringan antarabangsa terkemuka, dengan ibu pejabat di Jepun dan tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo, dengan platform bersepadu di lima kawasan serantau utama: Jepun, Eropah, Asia Tenggara Oceania dan Amerika. SBF mempunyai pelbagai produk dan pada tahun 2012, telah menjadi pembekal minuman ringan terbesar di seluruh dunia dan kedua terbesar di Jepun. Visi SBF adalah untuk menjadi syarikat minuman ringan terkemuka di dunia yang dikenali kerana jenama-jenamanya yang unik dan berkualiti. Pada 31 Disember 2013, SBF memperoleh hak untuk Ribena® dan Lucozade™ dan anak syarikat Suntory terbaharu di Malaysia memulakan operasi pada Januari 2015.

Tuesday, April 12, 2016

Tuesday, April 12, 2016

Resepi Mudah & Lazat Ayam Goreng Berempah Tanjong!


Assalamualaikum!


Selalu bingung nak masak apa untuk keluarga? Begitu jugalah aku setiap hari hehehe. Bila ada yang nak makan pedas, ada pulak yang tak makan sambal, bila ada yang teringin nak makan kari, ada pulak yang nak makan sup hahaha ... 4 orang 4 selera berbeza! Tu baru 4 orang huhu ....





Tapi aku tahu satu lauk kesukaan keluarga kami ... A.Y.A.M G.O.R.E.N.G B.E.R.E.M.P.A.H! ahhaaa lauk ayam goreng berempah memang budak-budak ni suka. Kalau ayam insyaAllah .. masak apapun diaorang suka! hehe ...

Resepi aku kali ni simple sangat ... sebab keluarga aku suka makan yang simple-simple! Tapi walaupun simple, aku pastikan ia sedap, lazat dan menepati selera kami sekeluarga. Jommm kita mula memasak!

Nak masak ayam goreng berempah memerlukan rempah yang boleh membuatkan masakan kita lebih mudah dan hasilnya ..wallahhhhh! Dan kali ni, aku pilih produk Rempah TANJONG! Tapi memula sekali, kita kena sediakan bahan-bahannya dulu ;)

Resepi Ayam Goreng Berempah Tanjong

Bahan-bahannya :

  • 1/2 ekor ayam (bahagian paha) - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah Kari TANJONG
  • 1 sudu besar rempah Kari Daging TANJONG
  • 1 sudu kecil Kunyit TANJONG
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Nota - bahan yang bertanda * dikisar terlebih dahulu




Cara-caranya :

1. Basuh ayam sebersihnya dan potong kecil. Toskan airnya. Ikut suka nak buang kulit ayam tu ke tidak, tapi kalau aku, memang aku tak buang sebab anak-anak suka makan kulit ayam yang digoreng

2. Bahan-bahan yang dikisar tadi digaulkan bersama ayam. Gaul rata dan masukkan rempah Kari Ikan Tanjong, Kari Daging Tanjong, Kunyit Tanjong, serbuk cili dan gaul hingga sebati

3. Masukkan daun kari dan garam secukup rasa. Kemudian perap untuk seketika. Tapi aku perap ayam ni semalaman sebab nakkan rempah dan bahan-bahan kisaran meresap masuk dengan sempurna 




4. Panaskan kuali bersama minyak sederhana penuh, dengan api sederhana ayam yang diperap tadi digoreng

5. Angkat ayam tadi dan toskan. Serdak-serdak rempah yang masih berada di dalam kuali jangan dibuang, sebaliknya angkat dan toskan juga dan hidangkan bersama ayam tadi



Tadaaaa! dah siap ^^


Senang tak? Senang giler kan! haha ... bahan-bahan pun senang sebab aku guna yang asas je. Sesuai bebenor makan dengan nasi lemak atau nasi kukus atau nasi briyani atau nasi putih panas-panas! Takda letak jintan manis atau jintan putih sebab anak-anak nak makan kan, yang penting aroma dan rasa rempah itu meresap ke dalam daging ayam tadi. 

Nak guna Rempah TANJONG ni pun cukup senang, malah tekstur rempahnya lebih halus dan cepat larut memudahkan kerja ketika nak gaul dengan ayam.




Bagi mempromosikan lagi produk TANJONG keluaran tempatan, pihak syarikat telah menyertai satu pameran di Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) baru-baru ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Di sana, Chef Liza turut menunjukkan demo memasak menggunakan rempah TANJONG. Mantoppp! 

Untuk pengetahuan korang, produk TANJONG ni dulu dikenali sebagai PELADANG, tapi kini telah melalui penjenamaan semula di bawah nama baru iaitu TANJONG. 





So, korang kalau nak memasak lenkali gunalah Rempah TANJONG ye. Aroma dan rasa rempahnya yang asli membuatkan aku masih terbayang-bayang akan kesedapan dan kelazatan ayam goreng berempah aku tu hehehe ... sampai sekarang masih teringat lagi!

Nak lagi best, korang boleh tonton TV1 setiap Ahad dalam Segmen Niaga, bolehla belajar dan cuba semua masakan menggunakan Rempah TANJONG. Boleh pakat-pakat dengan suami lepas ni nak masak apa kan hehe ...

Oh ya, rempah TANJONG boleh didapati di MYDIN dan D'MART ye. Lepas ni, aku nak try masak kari atau kurma pulak dengan Rempah TANJONG ni :0

SELAMAT MENCUBA! ^^

Monday, April 11, 2016

Monday, April 11, 2016

DRYPERS BERIKAN KESELESAAN KEPADA 120 ANAK YATIM SEMPENA KEMPEN MOMS OF MALAYSIA 2016


Asslaamualaikum!


Lebih 60 orang terdiri daripada ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia (MOM), Elaine Daly, pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd meluangkan masa selama dua hari untuk melakukan transformasi ke atas Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat yang menempatkan 120 kanak-kanak menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa.




“Perkara penting Drypers MOM 2016 kali ini adalah melibatkan ibu bapa dalam program Share A Little Comfort, iaitu inisiatif yang membolehkan ahli Drypers Baby Club menderma mata ganjaran Drypers dan mengerah tenaga dalam usaha mengubahsuai kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.”

“Mata ganjaran Drypers Baby Club yang disumbangkan akan digunakan untuk membuat kediaman dan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim”

“Saya sangat gembira melihat begitu ramai sukarelawan meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan kanak-kanak tersebut dengan persekitaran lebih kondusif, selain merasai pengalaman keselesaan dan kasih sayang yang selayaknya diterima,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.  

“Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat (RYAS) merupakan rumah pertama program ini. Kami menggesa semua rakyat Malaysia yang penyayang untuk turut serta bersama dengan kami dalam tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016”

“Ada dua cara anda boleh membantu – menderma mata ganjaran Drypers Baby Club dengan matlamat mencapai 1 juta mata ganjaran Drypers atau menjadi sukarelawan untuk membantu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaharuan,” tambahnya lagi.

Penyokong Drypers MOM 2016, Elaine Daly yang juga seorang ibu baru, turut menyertai ahli lain membantu kerja pengubahsuaian seperti baik pulih, mengecat, dan menambah perpustakaan baharu. Rumah anak yatim tersebut yang beroperasi dengan sumber dana daripada pemilik budiman sangat memerlukan pengubahsuaian. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) kali ini.




Sasaran Program Share A Little Comfort kendalian Drypers – jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd, adalah untuk menyediakan rumah yang lebih selesa kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Justeru Drypers menggesa ahli-ahli Drypers Baby Club untuk menderma mata ganjaran Drypers danmenjayakan usaha yang bermakna ini. Mata Ganjaran Drypers (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam jumlah 100, 300 atau 500 poin menerusi akaun online Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers. Matlamat utama ialah mencapai 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000, iaitu jumlah besar yang akan digunakan dalam program pembaharuan untuk menjadikan kediaman selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Menerusi program CSR ini, Drypers mahu mengetengahkan fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat sedikit keselesaan. Dalam erti kata lain, keselesaan yang diberikan ialah tanda diri mereka disayangi. Itulah sebenarnya apa yang mereka mahukan, iaitu untuk dicintai dan disayangi. Jadi, bersamalah kita menjadikan ruang hidup mereka benar-benar seperti rumah. Saya sangat berbesar hati melihat sokongan sepenuh hati daripada ahli-ahli Drypers Baby Club. Saya harap lebih ramai ibu bapa akan menderma mata ganjaran Drypers dan menyertai kami meneruskan kerja-kerja penuh bermakna ini,” kata penyokong MOM 2016, Elaine Daly.



Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara ibu dan si kecil. Ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik yang berharga bersama bayi mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall, Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.

“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016. Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambahnya.

Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak di muka mereka sambil menikmati snek percuma.




Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort, di mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan daripada  ibu bapa. Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.




Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.


Friday, April 08, 2016

Friday, April 08, 2016

All The Best Kakak!


Assalamualaikum!


Baru sahaja raikan ulangtahun kelahirannya yang ke-9 bersama adiknya 2 minggu lepas, kakak makin nampak matang dari usianya. Suh bergambar pun dah taknak dah. Dia punya malu tahap gaban, nak kena 'bergaduh' baru boleh amik gambar dia hahaha ....

Gambar ni? Sebab first time dia pakai instant shawl Neelofa kemudian tengok muka sendiri depan cermin pastu senyum hahaha ... tu maknanya dia suka la shawl tu hehehe. Dapatnya dah lama dah dari kontes tahun lepas, tapi hari tu la baru dia nak tergerak hati sarung kat kepala. Elok pulak labuh depan dan belakangnya tu. Kakak ni kalau dia dah suka kat shawl tu, dia akan pakai selalu. Kalau mood 'malas', dia akan pakai tudung sarung je, tapi kalau mood 'jelita' dia datang ... hahaha instant shawl macam Majestic Love dari Neelofa ni memang dia cukup suka! hehehe ....



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.