Breaking

Monday, June 06, 2016

Monday, June 06, 2016

Ramadan Kareem


Assalamualaikum!


Alhamdulillah hari ni hari pertama umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Syukur kita masih diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan pertama bersama yang tersayang. Beberapa hari sebelumnya, banyak berita sedih pemergian insan-insan tersayang ke rahmatullah, samada yang memang aku kenali atau sekadar kenalan di fb.

Yang terbaru, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ikon Islam yang cukup dihormati dan disegani dalam dunia boxing ... Muhammad Ali. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka, al fatihah ...



Dan aku juga tidak terkecuali dari diuji seminggu sebelum berpuasa. Dengan kereta yang masih belum 'pulih' sepenuhnya, satu demi satu kerosakannya. Anak-anak pula sedikit kecewa kerana tak berkesempatan lagi nak balik kampung bertemu atok dan wan mereka. 

Hurmm ...

Sebab tu, sedaya upaya aku berusaha untuk memastikan mereka berdua tidak bosan duduk di rumah. Kebetulan cuti sekolah ni, aku try bawa diaorang pergi event sambil jenjalan tenangkan fikiran. Takkan asyik nak terperap je dalam rumah ... ibu ni kalau terperap mula la nak tido je kan hehehe ...

Dan semalam, aku bawa lagi diaorang gi event .. tapi dekat je la kat KL. Naik bas dan LRT je pun .. so takda masalah lah bab tu hehe ...




Bulan Ramadhan ni, kakak dan adik kena berpuasa tau. Belajar berpuasa setakat mana yang boleh. Kakak dah ada pengalaman berpuasa tahun tahun lepas, insyaAllah takda masalah. Mira pertama kali nak belajar puasa penuh, tapi kalau tak penuh pun takpala dik ... yang penting cukupkan dulu solat 5 waktu tu ...

Selamat menyambut Ramadan al mubarak buat semua umat Islam dari kami sekeluarga. Moga kita diberikan kesempatan untuk merasa nikmat Ramadan dan menambah pahala sebanyak yang boleh! InsyaAllah ...kita boleh! ;)


Friday, June 03, 2016

Friday, June 03, 2016

Jadi ke projek buat biskut raya tahun ni?


Assalamualaikum!


Memang itulah azam aku tahun ini! Kalau boleh aku nak teruskan projek biskut raya aku seperti tahun lepas. Ya Allah ... puas giler buat biskut raya dengan tangan sendiri kot! Penat macam mana pun, lenguh macam mana pun .. bila ko tengok biskut-biskut raya yang ko buat tersusun cantik dalam balang atas meja di pagi raya, hilang terus penat tu! :D

Bukan takda orang dok menjual biskut raya kat opis ni. Bukan takda kawan-kawan promot biskut raya yang pelbagai jenis. Memang aku akui tergoda jugak tengok macam-macam jenis, macam-macam bentuk, macam-macam warna ada hehe .. siap kan aje duitnya, boleh saje!


Wednesday, June 01, 2016

Wednesday, June 01, 2016

Outing 3 Beranak!


Assalamualaikum!

Cuti sekolah dah bermula, kalau ikutkan perancangan awal memang nak balik kampung. Tapi akibat beberapa perkara yang tak boleh dielakkan berlaku di saat-saat terakhir, aku pasrah je la. Kebetulan minggu tu aku ada event kat Sunway Pyramid, so inilah masa yang aku ada untuk luangkan dengan kakak dan adik ...

Start awal tahun kami semua sibuk. Yang tua sibuk ngan kerja hakiki, yang muda sibuk dengan sekolah dan aktiviti. Tahun ni pun aku tak banyak join event. Terpaksa tolak jemputan walaupun dalam hati meronta-ronta nak pergi ... haha! Memilih pun ye jugak, sebab aku takmo 'tamak' kaut semua macam tahun-tahun lepas. Mana nak kejar kerja, mana nak kejar anak-anak, mana nak kejar kerja rumah ... so memang kena 'berkorban' la bab ni huhu. Tapi kalau kena dengan tarikh, masa dan lokasi yang ada pengangkutan awam ... aku tak menolak!


Monday, May 30, 2016

Monday, May 30, 2016

Raikan Cuti Sekolah Bersama "Finding Dory" di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Nak tahu tak, selepas tayangan filem "Finding Nemo" lebih sedekad lalu, akhirnya filem sekuel "Finding Dory" bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi! Dan sempena meraikan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana sementara menantikan tayangannya Jun ini.




Ahad lepas, aku berpeluang membawa Wani & Mira ke LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid untuk mencuba beberapa permainan yang menarik lagi menyeronokkan di sini! Lagi pun diaorang dah lama tak join aktiviti sebegini sebab sibuk dengan sekolah dan sebagainya. Jadi, bila ada masa memang inilah yang mereka nanti-nantikan! hehe ...

Ok, mula-mula korang kena bawa anak-anak mendaftar di kaunter (lihat gambar di bawah). Disinilah anak korang akan diberi sekeping kad yang akan dicop bila mereka selesai melakukan 3 aktiviti kesemuanya. Kat kaunter ni jugak korang kena pulangkan semula kad yang telah dicop untuk menebus hadiah. Nak tahu hadiah apa tu? Jommmm baca lagi ... ;)



Kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah

Dah dapat kad, jom kita mulakan 'pengembaraan' dalam dunia "Dory" :)

Memula, Wani & Mira masuk underwater maze! Permainan dia senang je, cari "Dory" di celah-celah 'batu karang' hehe ...




pintu masuk underwater maze


Tak sampai 2 minit masuk, diaorang dah dapat 2 ekor 'Dory' haha! :p




Ok, aktiviti yang ni best sebab boleh 'memancing' hehe ...




khusyuk dua beradik ni memancing hehe ...:p


Last but not least, aktiviti paling diaorang suka ... mewarna! yeaaaaa ;)







Ramai kanak-kanak yang join mewarna hari tu. Ibubapa pun turut sama bagi sokongan kat anak masing-masing hehe. Macam-macam gelagat diaorang ni, tapi seronok sebab aktiviti santai je, lepas tu dah siap mewarna, boleh dapatkan cop terakhir.



Yeaaaa! inilah hadiah yang kakak dan adik dapat, "Finding Dory" sticker book setiap seorang! Adik memang cukup suka dapat pelekat-pelekat yang comel macam ni hehe :D

Beginilah kemeriahan suasana di Blue Atrium LG2 Blue Concourse pada hari tu. Cantik dan penuh dengan hiasan warna warni seperti di dalam dunia air yang penuh fantasi!






Selain boleh bawa anak-anak join aktiviti di sini, ibubapa juga boleh membeli belah barangan Disney "Finding Dory" dengan tawaran harga hebat! Semua barangan yang dijual bertemakan "Finding Dory" ... comel tau! Jom 'cuci mata' hehe :D











So, tunggu apa lagi! Jom meriahkan ruang legar Blue Atrium LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 27 Mei sehingga 19 Jun 2016 ini. Korang juga boleh join aktiviti yang sama di Ground Floor Main Atrium, Sunway Putra Mall bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2016.

Juga jangan lupa saksikan tayangan filem sekuel "Finding Dory" yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2016. Jom tengok sedikit sedutan filem ini yang sempat aku rakamkan ;)




Kepada adik-adik semua, selamat bercuti ya! Penuhi cuti sekolah ini dengan aktiviti yang best dan bermanfaat bersama keluarga. Juga jangan lupa ajak ibu ayah pergi tengok filem "Finding Dory" ye hehe ;)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Sunway Pyramid Facebookwww.facebook.com/sunwaypyramid
Sunway Putra Mall Facebook – www.facebook.com/sunway_putramall
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall
Twitter - @Sunway_Pyramid

Friday, May 27, 2016

Friday, May 27, 2016

Hati Terobek!


Assalamualaikum!


Ada dua kes yang buat hatiku 'terobek'! T_T




Pertama, terobek kerana diri sendiri yang pelupa! huhu ....

Bagaimana aku boleh lupa hari ni HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN! Patutlah aku pelik semalam budak sekolah agama tu cakap petang ni tak sekolah dah. Arrghhhhh .... anak-anak dah bagi peringat sejak 2 minggu lepas, tapi ibu buat dekkkkkk ingat lambat lagi! >.<

Hidup hidup aku ingat cuti sekolah diaorang minggu depan! Ya Allah .... T_T 

Patutlah kakak dok tanya bila kita boleh balik kampung ... patutlah kakak dok tanya nak balik kampung Melaka ke kampung Perak haha .. hurmm. Sedangkan budak-budak pun terindukan kampung, aku lagi la .... ! T_T 




Kes kedua yang buat hatiku terobek ... bila amik kasut si Mira dari rumah transit petang semalam dan rupanya begini! T_T

'Hayat' tak sampai 12 jam, aku syak reben tu hilang kat sekolah rendah lagi sebab cari kat rumah pengasuh takda. Aku tak pasti la Mira menari atau dia bersilat atas pentas tu kelmarin ... T_T




Ok, dia menari ... sebenarnya berdiri aje ni hehe :p


Kiriman gambar dari WhatsApp cikgu dia semalam haha, ibu tumpang letak dalam blog sebagai kenangan la ye. Terima kasih cikgu! ngeeeeee .... :D

Kakak dia berdiri di belakang pakai kain biru gelap, Mira di depan tu .. muka sedih sungguh! Rasanya time ni dia nyanyi lagu 'Pelangi' nyanyian arwah Sudirman sebab kat umah dia dok nyanyi lagu tu la haha ....



Mira pakai celak ka? haha ....

Balik rumah lepas mandi, solat maghrib dua-dua terbongkang kepenatan. Tak sempat nak 'soal siasat' Mira pasaipa kasut cantik dia jadi lagu tu. Tinggalah ibu sorang pandang dinding sebab ayah pulak kena pergi Subang balik setelkan hal kereta yang tak sudah-sudah!

Anak-anakku ... nanti kita balik kampung bulan puasa ni, insyaAllah .... :)

Thursday, May 26, 2016

Thursday, May 26, 2016

Kalau batuk ... mesti semput!


Assalamualaikum!


Dah 3-4 hari badan tak berapa nak sihat. Memula anak-anak tak sihat, masuk hari Isnin aku pulak start batuk dan selsema. Ingat boleh bertahan tanpa ubat, tapi akhirnya ku telan jugak huhu! Lepas tu bila batuk, mesti semput! Dulu tak macam ni ... bila dah lanjut usia pulak baru datang semputnya hurmm ...

Sekarang ni, selsema dah ok tapi pernafasan aku masih tak berapa lancar. Tarik nafas tu macam berbunyi, lepas tu mencungap bila penat sikit. Dah kenapa ni?? Rupanya kahak tersangkut kat kerongkong lalu menyekat salur pernafasan. Bila buang kahak aku rasa lega, tapi lepas tu 'dia' datang balik! >.<


Wednesday, May 25, 2016

Wednesday, May 25, 2016

Kisah Di Sebalik Produk Kurus Izeara Extravaganza!


Assalamualaikum!


Dah lama aku tak jadi paparazzi ni, tapi disebabkan si Bella punya amukan dah jadi viral satu Malaya so dengan aku sekali nak tumpang tahu cerita sebenarnya hahaha! Biasa, orang kalau tak puas hati dengan satu-satu produk tu dia gi komplen terus pada pemiliknya, tapi si Bella ni pergi buat laporan polis terus ... kemudian naik muat video di media sosial, mau tak haru!

Pasaipa Bella buat laporan polis? Ni pun satu sebab musabab jugak yang buat aku gelak sakan bila mula-mula dapat tahu. Bella buat laporan polis sebab produk kurus Izeara Extravaganza yang dia guna tu tak 'panas'! hahahaha .... adehhh :p



Orang kita selalu beranggapan kalau  produk tu 'panas' maka akan ada tindak balas berlaku. Tapi ada juga produk yang dihasilkan tak 'panas', sebab bila ko rasa 'panas' maka akan jadi tak selesa ketika di pejabat atau melakukan aktiviti di luar. Sebab tu aku tak faham kenapa si Bella melulu buat laporan polis tanpa merujuk kepada pemilik produk Izeara Extravaganza ni.

Cepat nau Bella melatah, sampaikan pemilik produk ni sendiri terpaksa tampil untuk berikan penerangan ...

Penerangan Dari Pemilik Produk Kurus Izeara Extravaganza




Dan disebabkan amukan Bella ni la, penyanyi Siti Nordiana pun sama tampil memberikan penjelasan di akaun Instagramnya mengenai produk Izeara Extravaganza ni ...




Haaaa bertuah si Bella sebab Nana sebut nama dia dalam instagram haha. Rupanya Nana pun pengguna produk Izeara Extravaganza ni, patutlah boleh maintain kurus dan slim sampai sekarang! Nana pun sendiri mengaku produk serum Izeara Extravaganza ni tak 'panas', tak melekit dan tak berminyak

Tak cukup lagi? Nah, testimoni oleh mereka yang telah menggunakan produk Izeara Extravaganza ...

Testimoni Serum Izeara Extravaganza










Kelebihan Serum Izeara Xtravaganza 

  • Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!
  • Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C. Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit
  • Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni. Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari
  • Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!





Haaaa bila baca testimoni-testimoni di atas, barulah tahu cerita sebenar kan! 'Panas' atau tidak tak jadi isu, yang penting hasilnya! Sebab tu Bella cepat-cepat upload satu lagi video minta maaf huhu ... tu la terlajak perahu pun payah nak undur dah, apatah lagi kalau terlajak kata. Tapi, mengaku kesalahan diri itu lebih baik kan .. respek sama Bella!

So, korang yang nak tampil langsing dan bergaya dalam baju raya idaman korang bolehlah mencuba Serum Kurus Izeara Extravaganza ni! ;)


Instagram: @izearaxtravaganza 
Tempahan : 013-777 3617 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.