Breaking

Monday, June 27, 2016

Monday, June 27, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Ketiga


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-tiga kita berpuasa. Minggu depan minggu terakhir sebelum masuk 1 Syawal. Dekat-dekat nak raya ni semakin tak bersemangat aku nak masak. Sebab asyik teringatkan mak dan abah di kampung. Sebab tu minggu lepas tak banyak juadahnya seperti 2 minggu sebelumnya.

Takpelah ... ini pun dah cukup alhamdulillah ...

Kalau 2 minggu sebelum tu aku obses dengan cendawan shitake, minggu lepas aku obses dengan petai pulak hehe. Cantik pulak petai kat kedai Zam tu, walaupun 3 ikat dia jual RM4 huhu ...



Sambal udang petai



Sup suhun



Telur goreng


Sambal hitam Pahang ... beli ngan mek Sue


Spaghetti goreng telur


Sambal ikan bilis petai


Sup ketam permintaan si sulung

Memula aku amik kepak ayam, ingat nak buat goreng berempah. Sekali aku gi buka peti ikan dan dia ternampak ketam hahaha. Langsung dimintanya buat sup ...dah lama tak makan ketam katanya. Last makan waktu kat kampung Wan masakkan. Kesian pulak dengar kisah sedih dia .... :p



Kuey tiow goreng takda sayur


Sotong goreng berempah



Bila dua beradik tu puasa penuh, apa diaorang nak makan insyaAllah ibu akan cuba usahakan masak. Tapi dengan syarat puasa penuh je! hehe ... 

Selain sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai, semua tu makanan yang diminta oleh kakak dan adik. Syukur diaorang puas hati, walaupun ibu masak tak sesedap wan masak ...

Hurmm rindu wan ... T_T

Friday, June 24, 2016

Friday, June 24, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Mudah Sotong Goreng Berempah


Assalamualaikum!


Cuti minggu lepas kakak request nasi lemak lagi untuk berbuka. Hari tu aku masak, dia punya makan perghhh menambah sampai 3 kali! Serius aku tak tipu ... kakak kalau dia suka satu satu makanan tu dia akan tambah berkali-kali sampai kenyang. Takut pula aku tengok dia makan ..macam nak meletop perut tu dah hehehe ...

Tapi aku tak buat sebab hari tu dah masak lauk lain untuk berbuka. So, semalam la aku masak. Turun je dari bas terus berdesup ke kedai runcit beli bahan-bahan nak buat nasi lemak. Dalam kepala ni dah terbayang sambal sotong ... tapi sambal anak-anak tak makan pulak! Nampak kaler merah konfirm diaorang tak sentuh punya. Sekali aku nampak ....P.E.T.A.I!

Wahhhh petaiiiiiii ...haaaa aku ada idea! Apa kata aku masak sambal ikan bilis petai dan sotong goreng berempah! Nasi lemak kalau takda sambal tak best betoi dak! Sotong goreng berempah tu pulak tak pedas, memang sesuai untuk budak-budak ni makan! Haaaaaaa .... geliga jugak otak ko Nim! hahahaha :p

Sambal petai ikan bilis tu nanti aku cerita lain, sekarang jom skodeng resepi sotong goreng berempah aku ni ;)




Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ekor sotong - saiz sederhana besar
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 paket rempah ikan - aku guna rempah TANJONG
1 biji tomato - dipotong 8
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong dan potong pada bahagian yang lebih kecil. Kalau korang suka telur sotong, boleh masukkan sekali. Panas kuali dengan minyak pada api sederhana, tumis dulu bawang besar dan cili merah sehingga naik bau

2. Sementara tu, gaulkan sotong dan rempah ikan dalam satu bekas. Ratakan rempah di seluruhnya, tak perlu tambah air tau biar dia melekat kat sotong. Bila bawang dah keperangan sikit, masukkan sotong yang dah digaul tadi ke dalam kuali dan kacau rata

3. Bila dah sebati, tambah sedikit je air masak untuk kasi berair sikit. Tambah sikit je jangan banyak tau! Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan sotong masak

4. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Ringkas kan! Orang bujang pun boleh buat lauk ni. Makan ngan nasi kosong pun boleh tau. Kalau korang taknak guna sotong, boleh guna udang atau ayam. Semalam aku bagi kakak cuba makan sotong ni ngan nasi lemak ... perghhh takut tengok dia makan hahaha malam tu kul 10 dia repeat makan nasi lemak dengan lauk ni lagi .... heeee :D

Selamat mencuba! ^^

Thursday, June 23, 2016

Thursday, June 23, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Kari Ikan Pari Style Mamak


Assalamualaikum!


Dari kecil kalau mak masak kari apa pun, mesti letak santan. Mak kata tak letak santan tak sedap! haha memang betul mak, sebab kami sekeluarga dah terbiasa makan kari yang ada santan kelapa. Tapi bila dah kahwin dengan orang utara, baru tahu diaorang masak kari tak guna santan! huhu ....

Aku cakap ni jangan gelak pulak ye, tapi kalau mamak masak kari tak letak santan aku boleh terima lagi, cuma tak pernah lagi jumpa Melayu masak kari tak guna santan hahaha. Dah kahwin baru tau keluarga mertua makan kari tak letak santan hahahaha ...adehhh. Aku ingat lagi kali pertama tengok kak ipar aku masak kari ikan kepala nyut nyut masuk bawang masuk rempah masuk ikan tapi takda santan! Alamakkk ..sedap ke tak letak santan ni? Cayaq semacam je kuah dia. Tapi bila aku makan ... fuh terangkat kari dia! :)

Biasa kalau masak kari ikan takda santan ni, aku serahkan aje pada suami tapi hari tu aku nak cuba sendiri la masak kari style mamak ni ... jom kita skodeng resepi! ;)




Kari Ikan Pari Style Mamak (Takda Santan)

Bahan-bahan :  

800gm ikan pari - dipotong kepada beberapa bahagian
5 biji bawang merah - dihiris halus
5 biji bawang putih - dihiris halus
2 tangkai daun kari (aku tak guna daun kari sebab terlupa nak beli hahaha)
1 biji tomato - dipotong 4
7 batang bendi (boleh guna terung) - dipotong kepala dan ekornya
1 1/2 paket rempah kari ikan - aku guna rempah BABAS
3 sudu rempah serbuk cili - aku guna rempah BABAS
1 asam keping
air masak
minyak untuk tumis
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama dengan daun kari sampai naik bau. Sementara tu sediakan rempah kari dan serbuk cili dalam satu bekas dan dicampur dengan sedikit air

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan campuran rempah dan serbuk cili dan gaul rata dalam api sederhana. Kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan ratakan perlahan-lahan. Sebatikan rempah dengan ikan

3. Campurkan air masak ke dalam periuk dan kacau lagi. Korang agak-agak la nak kuah banyak mana supaya sesuai dengan kepekatan rempahnya. Masukkan bendi dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa. Bila bendi dah lembut boleh tutup api. Masukkan tomato dan siap dihidang untuk berbuka!

Aku suka guna ikan pari sebab ikan ni takda tulang halus. Anak-anak suka makan sebab isinya lembut dan tebal. Paling best aku tak perlu menyiang perut ikan hahaha... Lauk pun jadi lebih tahan lama sebab tak guna santan kan. 

Alhamdulillah percubaan pertama aku masak kari ikan takda santan menjadi! Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar goreng ....fuh korang try masak yek ;)

Selamat mencuba! ^^


Thursday, June 23, 2016

Exam Pertengahan Tahun


Assalamualaikum!


Setel amik repot kad kakak dan adik di sekolah diaorang baru-baru ni. Memula ingat nak suruh ayahnya aje yang pergi amik repot kad anak-anak, tapi si kakak dan adik merayu suh aku datang sama sebab kakak cakap kat surat tu tulis "ibu bapa", so maknanya ibu dan ayah kena datang sekali ... hahahaha boleh tahan lurus bendul anak aku ni :p

Amik result dan jumpa cikgu diadakan di dalam dewan sekolah. Aku amik repot kad adik dan ayahnya amik repot kad kakak. Ramai je yang datang seorang samada ibu atau bapa, tak jadi masalah sebab mungkin anak diaorang sorang je. 


Thursday, June 23, 2016

Wajah Berseri Dengan Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak!


Assalamualaikum!


Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit wajah pasti tak senang duduk kan! Kulit berminyak, kulit kering, kusam dan tidak bermaya antara masalah kulit yang memang ramai dialami oleh semua golongan tak kira wanita atau lelaki terutama sejak remaja! 

Pernah tak korang mengalami masalah memilih produk yang sesuai untuk kulit wajah? Terutama untuk kulit berminyak macam aku ni. Sejak dari zaman remaja lagi, jerawat dan aku memang tak dapat dipisahkan hehe ... sehinggalah aku bertemu dengan produk Nanowhite Fresh




Untuk yang berkulit minyak macam aku ni, kena pandai pilih produk penjagaan kulit yang sesuai. Kalau salah pilih, lagi banyak jerawat yang keluar nanti! Terus takda mood nak beraya nanti huhu ....

Tapi mujur ada rangkaian produk Nanowhite Fresh yang memang diformulasikan untuk kulit berminyak! Haaaa ni yang best dengar ni ... ! 

Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak

Rangkaian produk Nanowhite Fresh adalah rutin penjagaan harian untuk kulit yang lebih cerah dan segar. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan diperkaya dengan Vitamin C, Sea Algae (alga laut) dan Tea Tree Oil untuk mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik hitam dan jerawat sementara mengekalkan kelembapan kulit.

Sebenarnya tak susah nak jaga kulit wajah, asalkan kita tahu jenis kulit dan produk mana yang sesuai dengan kulit kita. Walaupun aku kurang mengenakan solekan pada wajah, tapi kulit tetap terdedah dengan pencemaran dan sebagainya. Jadi, untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit aku gunakan tiga produk dari Nanowhite Fresh ni!
  • Nanowhite Fresh Foam Cleanser
  • Nanowhite Fresh Miracle Mist
  • Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector




Nanowhite Fresh Foam Cleanser aku gunakan dua kali sehari. Kulit jadi berangin dan rasa segar je. Memang sesuai sangat dah dengan namanya! hehe ...




Kemudian aku gunakan Nanowhite Fresh Miracle Mist. Selain berfungsi untuk memberikan hidrasi (kelembapan) pada kulit sepanjang hari, ia juga memberikan keseimbangan kulit yang sekata dan mengurangkan jerawat. Lubang pori-pori pun jadi semakin mengecil ye. Muka yang banyak jerawat pun takda masalah nak gunakannya sebab ia melegakan kulit berjerawat. Korang spray je dan serta merta terasa segar di seluruh wajah. Yang bestnya, aku boleh gunakan Miracle Mist bila-bila masa walaupun ketika berada di rumah, pejabat atau keluar berjalan-jalan, so memang wajib kena ada dalam beg tangan hehe.




Sejuk je rasa muka ni! ^^


Ia juga boleh digunakan sebagai toner juga tau! Lagi satu, Miracle Mist ni sesuai digunakan walaupun selepas kita mengenakan solekan pada wajah. So, tak perlu risau ... dah makeup tu spray je pada muka. Segarrrrrrrr rasa! ^^




Last sekali, aku gunakan Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector untuk mengurangkan kesan bintik hitam, jerawat dan ia juga berfungsi mengurangkan sebum berlebihan yang boleh mengakibatkan jerawat. Picit sikit dan sapu je pada kawasan yang berjerawat ;)




Yeaaaaa! Lengkap dah penjagaan kulit wajahku, semua yang aku perlukan ada pada Nanowhite Fresh. Packaging dia pun cantik hehe. Harganya pula macam mana? InsyaAllah memang harga mampu milik!


Nanowhite Fresh Foam Cleanser 100GM- RM15.90

Nanowhite Fresh Miracle Mist  125ML - RM20.50 

Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector Gel 15ML - RM18.50



So, pada korang yang mempunyai kulit berminyak mungkin boleh cuba rangkaian Nanowhite Fresh ni. Dah dekat nak raya ni takkan taknak kulit wajah korang lebih berseri dan bebas jerawat kan. Korang boleh dapatkan produk Nanowhite Fresh ni di Guardian, Watsons dan pasaraya berdekatan.


Yang ni paling best! Bila korang beli mana-mana produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh, tolong JANGAN BUANG RESIT PEMBELIAN tau sebab ada HADIAH MENARIK menanti sempena Hari Raya ni! 


So, tunggu apa lagi jom serbu Guardian atau Watsons berdekatan dan beli produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh. Simpan resit dan sertai kontes di atas ni, mana tahu gambar kreatif korang terpilih untuk HADIAH UTAMA tu! ^^

Wednesday, June 22, 2016

Wednesday, June 22, 2016

Dulu dia tergagap-gagap mengaji ...!


Assalamualaikum!


Tipu la kalau aku tak risau, lebih-lebih lagi dengan Mira. Tau ... setiap anak tu berbeza tahap penerimaan ilmu dia. Ada yang cepat 'tangkap', ada yang lambat sikit tapi aku cuba sedaya upaya nak bagi peluang pada dia sebab aku tahu Mira boleh!

Memula dulu, aku ingatkan kaedah yang aku ajarkan pada kakak boleh aku gunakan pada adik bila dia start belajar mengaji. Tapi lama-lama aku rasa kaedah tu tak 'menjadi' dengan dia! Dia bukan tak boleh membaca, bukan tak reti mengeja tapi dia ada sesuatu yang kakak dia takda .... gagap!

Gagap ... tak tahu kenapa tapi mungkin lidah tu nak sebut setiap huruf kerana mempunyai bunyi dan cara sebut pun lain. Masuk iqra' 2 dia boleh dah sebut dan eja, masuk iqra' 3 boleh dah baca sikit-sikit .. tu pun yang mana dia tak lancar aku suh ulang dan ulang hari seterusnya. Bila dah masuk iqra' 4 dia tetiba gagap nak baca! Ayat yang bersambung dia terketar-ketar nak baca. Memula aku ingat dia banyak main, tapi bila kakak dia ajar pun ...sama jugak!




Last-last aku suh dia ulang semula iqra' 1. Selagi tak lancar sebutan huruf dan tak kenal huruf bersambung, maka ulangla sampai kenal. Target aku bukan nak dia cepat naik al-Quran macam kakak dia, tapi target aku nak dia faham dan kenal setiap bacaan tu. Nak dia lancarkan lidah dia menyebut setiap perkataan dan ayat tu. Lambat baca al-Quran takpe, asalkan bacaan tak berterabur.

Alhamdulillah walaupun mengambil masa sedikit, dan setelah beberapa kali ulang iqra' 1 sampai iqra' 3 akhirnya anak ibu Mira berjaya juga baca dengan lancar. Terharu ibu dengar adik baca kat sebelah ibu kelmarin .. berkat bulan Ramadan dan beberapa hari sebelum Nuzul Quran ... syukur T_T




Memang aku akui, aku agak garang dan tegas ketika mengajar anak-anak tapi lepas garang garang tu aku pujuk la balik huhu. Tapi walaupun garang ibu sayang anak-anak ibu, cuma bab mengajar tu ibu memang garang dari dulu hehe ...


Tuesday, June 21, 2016

Tuesday, June 21, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Ayam Masak Kurma


Assalamualaikum!


Lama bebenor tak masak lauk kurma ni! Anak mintak sup ayam, tetiba datang idea nak buat ayam kurma. Hari tu aku buatkan diaorang meehoon sup .. diaorang punye melantakkkkkk perghhh ... haha tapi, alhamdulillah seronok tengok diaorang berselera makan walaupun bila aku makan rasanya biasa biasa jek! Entah apa yang kebabom ntah ... tapi tu la budak kan, kalau diaorang kata sedap tu maka memang sedap la aku masak kan hehehe ...

Ayam masak kurma ... hurmm, lama tak makan masakan mak. Feveret aku ni .. eh apa saja yang mak masak memang aku tak tolak. Kecuali gulai telur itik .... sorry i is diet today hohoho :p memang aku takleh masuk lauk yang satu tu huhu ...

Dah dah moh kita tengok resepinye ;)



Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan :

Ayam mentah - separuh bahagian (aku amik 2 bahagian paha)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih - dihiris halus
halia sebesar ibu jari - dihiris halus
3 biji cili hijau - dibuang bijinya
1 paket serbuk Kurma - aku guna Faiza Kurma Powder
1 biji kelapa - diperah 2 kali untuk santannya
1 biji kentang - dipotong 8
1 biji tomato
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk dan letak minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih. cili hijau dan halia sehingga naik bau. Kacau dengan api sederhana

2. Masukkan rempah Kurma yang dicampur dengan sedikit air. Kacau rata sehingga ia pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi

3. Kacau ayam untuk ratakan dengan rempah. Kemudian, masukkan santan ke dalamnya. Santan ni dari 1 biji kelapa, aku perah 2 kali. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan kentang dan kacau lagi kuahnya. Masukkan garam secukup rasa dan boleh tutup api

5. Masukkan tomato dan sedia dihidang! Aku masukkan tomato ni last sebab takmo ia hancur dalam kuah kurma. Kalau korang nak masukkan sekali ngan kentang tadi pun boleh.





Alhamdulillah suka nau budak-budak tu makan lauk ayam kurma ni. First time diaorang makan masakan ayam kurma aku ... dan berjaya menambat hati! Kakak menambah-nambah makan ... adik terangguk-angguk cakap sedap buuuu sedapppp ...hurmm budak tak suka makan pedas gini leeeeee hehehe ....

Selamat mencuba! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.