Breaking

Monday, July 04, 2016

Monday, July 04, 2016

Panasnye Melaka weh!


Assalamualaikum!

Ya Allah ... mencabar betul berpuasa di kampung kali ni. Bahang dia satu macam la! Siang panas, malam hangat .. memang tak berasa angin sepoi² ni. Kami lepas maghrib je terus lepak kat balkoni mengharapkan angin sejuk di luar. Dalam rumah memang membahang rasa dia!

Buka puasa pun cari air dulu! Berteguk² minum air nak kasi hilang dahaga tu ... makanan nanti dulu. Kipas kiri kanan pasang, yang di dinding pasang, yang berdiri pun pasang tapi tetap berpeluh huhu ...


 


Hurmm... 'arwah' dah basikal adik. Ayahnya bagitau ni hasil kerja gabungan Mira bersama dua orang sepupunya. Entah ape diaorang buat sampai boleh tertanggal bearing basikal ni. Budak² sekarang takleh nak kata budak lelaki je ganas main ... yang pempuan pun sama ha! 

Tinggal lah satu je lagi basikal yang ada. Tu pun basikal kakak dia dah tertanggal roda keciknya. Kite tengok berapa lama yang ni boleh bertahan hukhuk ...




Hari ni sambung buat biskut raya ... biskut kegemaran kakak la apa lagi .. marmar carrie! Semalam dia dah tolong aku buat biskit Frutty Tutty. Dapat dua telap ...jadikle hehe. Yang penting hari ni kena pulun buat marmar carrie lebih sikit sebab ada orang nak makan ...ngeeee :D

Semalam anak dara tu merajuk sebab tak belikan lagi baju raya diaorg. Belum lagi sayang ... malam sat gi baru kita gi. Siang ibu nak kasi setel biskut raya dan tolong wan sembelih ayam dulu.

Sunday, July 03, 2016

Sunday, July 03, 2016

Kakak diserang ketumbit!


Assalamualaikum!

Ya Allah ... sejak sampai kat kampung minggu lepas sampai ke hari ni, memang aku takleh nak hadap blog sangat. Ade je benda nak dibuat, memang tak menang tangan dibuatnya! Mujurlah boleh update kat fb dan instagram, itupun sekeping sekeping je la aku share hehe ...

Tapi aku seronok dapat balik kampung awal! Bila balik, mesti tak lepas peluang borak ngan mak dan abah sampai larut malam. Korang tahu, malam pertama aku sampai tu kami berborak sampai pukul 4 lebih. Langsung sahur terus! Hehe ... :)

Okla, kita tinggalkan dulu cerita keterujaan aku dapat balik beraya di kampung. Cerita kakak kena ketumbit ni berlaku sebelum kami balik kampung. Haihh .. dekat nak raya ni la 'dia' nak datang T_T

                  

Dah 3-4 hari ketumbit ni ....memula ingat bengkak biasa kot² dia gosok mata terkena kuku ke ape, tapi lama² besar pulak bengkak dan dia mengadu tak selesa. Hurmm .. sebelum balik kampung elokla bawa gi klinik dapatkan ubat dulu. 

Balik dari cari baju raya kat Masjid Jamek, petang tu, aku bawa diaorg singgah klinik kesihatan...



Doktor kata ketumbit. So, doktor bagi ubat krim sapu kat tempat yang benjol tu. Aku tengok benjolan tu ingatkan ada nanah kat dalam, tapi doktor kata bukan. Alhamdulillah beransur pulih dah mata dia walaupun bengkak tu masih ada sikit. 

Oh ya, sebelum gi klinik tu kami gi Masjid Jamek hajat nak cari baju raya...



Kemain beria punya diaorang mencari baju, bila dah junpa yang berkenan dan harga memang kebabom murah ... tetiba saiz pulak takdoppppppp! Haha ..kesian anak² ibu. Penyudahnya, kami balik tangan 'kosong' je la. Nanti cari pulak kat kampung yek ;)

Pada yang dalam perjalanan pulang ke kampung, selamat balik kampung dan berhati² di jalan raya k. Selamat hari raye! ;)


Thursday, June 30, 2016

Thursday, June 30, 2016

Pengalaman Berpantang Makan Sup Ikan Haruan


Assalamualaikum!


Sekarang ni macam-macam isu sedang 'hangat' dibincangkan di Facebook. Dari isu vaksin, romantik atau tidak pasangan kita, wajar ke tidak kita makan di khayalak ramai dalam bulan puasa dan macam-macam lagi la. 

Baru-baru ni aku ada terbaca perkongsian di FB tentang pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah usus 'melekat' gara-gara makan ikan haruan ketika berpantang. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan melahirkan kebimbangan sekiranya ia terjadi lagi.

Aku sendiri adalah antara ibu yang pernah melahirkan anak secara c-zer atau c-section. Dalam blog ni pun aku ada kongsikan pengalaman aku berpantang ketika c-zer dulu.


sumber : google


Anak pertama aku kena c-zer, so memang kena jaga elok-elok luka di perut. Nak makan ubat periuk atau jamu, aku tak berani sebab 'panas' dan bimbang ada efek pada luka nanti. 

Tapi aku tak ambil pati ikan haruan yang dalam botol tu. Aku makan sup ikan haruan yang dimasak ikut resepi yang abah dapat dari kedai sensei. Minyak dari ikan haruan tu berupaya menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat insyaAllah. Dan aku makan bukan sehari ..dua hari ... tapi 44 hari! hehe ...

Alhamdulillah cukup 44 hari, aku kembali bekerja dan luka akibat c-zer tu pulih dan takda rasa sakit walaupun ketika aku dukung anak atau angkat barang berat.

Dua tahun kemudian, aku melahirkan Mira tapi kali ni aku dapat rezeki lahirkan secara normal. Amalan berpantang pun aku amalkan yang sama ketika anak sulung dulu. Aku masih amalkan makan sup ikan haruan dengan bubur dan Gamat Healin selama 44 hari.

Aku tidak berani nak menafikan mahupun mengiyakan pendapat masing-masing dalam isu ni. Ada sebab kenapa ia berkesan kepada orang lain, dan ada sebab mengapa ia memudaratkan orang lain ... wallahualam. Aku cuma berkongsi pengalaman sendiri dan apa yang aku rasa selepas itu.

Bagi aku, sebaiknya amalkan pemakanan yang sumbernya dari alam semulajadi ketika berpantang. Kalau tak yakin dengan yang dalam botol, boleh makan yang dimasak sendiri. Tapi janganlah ditolak terus khasiat ikan haruan tu, sebab kita kan nak luka cepat sembuh kan.

Wallahualam .... :)

Wednesday, June 29, 2016

Wednesday, June 29, 2016

Penulis Jemputan Di Eyriqazz.Com


Assalamualaikum!


Ni pertama kali aku dijemput jadi penulis jemputan di mana-mana blog. Aku tengok trend sekarang ni pun, tak ramai yang offer kongsi artikel sebagai penulis jemputan blog. Kenapa ye? 

Aku pun ada juga pernah terima mesej di FB yang sudi nak jadi penulis jemputan di blog ni, tapi sayang .... mesej tu aku tak perasan selama beberapa bulan sebab termasuk dalam 'others' ... T_T

Tuesday, June 28, 2016

Tuesday, June 28, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Rangup



Assalamualaikum!


Korang suka petai? Korang suka sambal petai? Korang suka sambal ikan bilis petai? Maka kita gengggg! haha sep sikit :p 

Sambal ikan bilis petai ni memang boleh makan ngan apa pun! Makan ngan nasi boleh ..makan ngan roti banggali boleh .. makan ngan pau boleh ... makan ngan roti canai boleh ... ratah gitu je pun bolehhhh!

Ada kawan aku cakap makan petai ni time cuti hujung minggu je, sebab kat rumah mulut berbau petai pun orang tak tau hehe ... ye la, ikut keselesaan orang la kan. Yang penting jangan kasi orang bau tau hahaha :D

Jom skodeng resepi ;)




Sambal Ikan Bilis Petai Rangup

Bahan-bahan :

200gm ikan bilis - dikopek dua
cili kisar - sukatan ikut kesesuaian tahap kepedasan yang korang nak
3 ikat petai - dibelah dua
minyak untuk menumis
sedikit air masak
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali. Goreng dulu ikan bilis yang telah dibersihkan. Bila dah keperangan sikit angkat dan letak dalam pinggan lain dulu.

2. Masukkan cili kisar dalam kuali dengan api sederhana. Kacau sehingga ia pecah minyak. Kemudian masuk sedikit air masak. Sedikit je ye, dalam 2 sudu je sebab aku takmo sambal tu jadi berkuah. Biarkan sambal tu mengering sikit. Sambil sambil tu kacau lagi.

3. Masukkan petai dan biarkan ia masak dalam 10 minit. Kacau perlahan sambil perlahankan api. Letak garam secukup rasa dan teruskan mengacau untuk mengelakkan ia melekat di dasar kuali.

4. Tutup api dan biarkan sambal petai itu menyejuk seketika dalam kuali. Lepas 5 minit macam tu, baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul ratakan ia bersama sambal petai tadi.

5. Siap untuk dihidang!

Haaa mudah kan! Sebelum aku berjaya masak sendiri sambal ikan bilis petai ni, dah beberapa kali aku gagal sebenarnya! Tak sama macam yang mak masak ... ikan bilis rangup, sambal terasa dan sebagainya. 

Dulu sambal ikan bilis aku jadi lembik lepas campur ngan sambal. Bila makan macam ikan bilis tu dah lemau. Rupanyaaaaaaaa ... mak kata kena tutup api dulu biarkan sambal tu sejuk kejap, baru lah campur dengan ikan bilissssss haaaaaa mak duk dapur ko tak nak tengok mak masak ....! hahaha sorry mak :D

Bila dah pandai buat, memang syok la layan ngan nasi dan telur goreng dadar. Makan simple macam ni pun dah nikmat yang tak terhingga ye dop. Korang pun cuba la nanti yek :D

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 27, 2016

Monday, June 27, 2016

Kusyen Edisi Terhad Watsons Sempena Kempen #RayaNiMestiCun Dah Sampai!


Assalamualaikum!



Kalau tengok iklan Watsons kat tv tu, mesti aku terikut nyanyi lagu tema dia #RayaNiMestiCun hahaha :p

Hari tu aku ada kongsikan pasal kempen Watsons #RayaNiMestiCun di mana, korang boleh tebus kusyen atau cadar edisi terhad yang direka khas oleh pakar deko kita, Dr. Eric Leong! Haaaaa minggu lepas aku dah dapat kusyen edisi terhad dari Watsons ni, cantik tak .... wowweeeee! ^^


Monday, June 27, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Ketiga


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-tiga kita berpuasa. Minggu depan minggu terakhir sebelum masuk 1 Syawal. Dekat-dekat nak raya ni semakin tak bersemangat aku nak masak. Sebab asyik teringatkan mak dan abah di kampung. Sebab tu minggu lepas tak banyak juadahnya seperti 2 minggu sebelumnya.

Takpelah ... ini pun dah cukup alhamdulillah ...

Kalau 2 minggu sebelum tu aku obses dengan cendawan shitake, minggu lepas aku obses dengan petai pulak hehe. Cantik pulak petai kat kedai Zam tu, walaupun 3 ikat dia jual RM4 huhu ...



Sambal udang petai



Sup suhun



Telur goreng


Sambal hitam Pahang ... beli ngan mek Sue


Spaghetti goreng telur


Sambal ikan bilis petai


Sup ketam permintaan si sulung

Memula aku amik kepak ayam, ingat nak buat goreng berempah. Sekali aku gi buka peti ikan dan dia ternampak ketam hahaha. Langsung dimintanya buat sup ...dah lama tak makan ketam katanya. Last makan waktu kat kampung Wan masakkan. Kesian pulak dengar kisah sedih dia .... :p



Kuey tiow goreng takda sayur


Sotong goreng berempah



Bila dua beradik tu puasa penuh, apa diaorang nak makan insyaAllah ibu akan cuba usahakan masak. Tapi dengan syarat puasa penuh je! hehe ... 

Selain sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai, semua tu makanan yang diminta oleh kakak dan adik. Syukur diaorang puas hati, walaupun ibu masak tak sesedap wan masak ...

Hurmm rindu wan ... T_T

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.