Story Kenit
Tuesday, September 13, 2016
Tambang Percuma LRT Selama 3 Hari!
Assalamualaikum!
Selamat hari raya aidiladha! Ada yang dah start keje ke arini? Korang gi keje naik ape? Haaa meh sini nak kabor berita baik untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT terutama laluan KELANA JAYA.
Tak seperti Raya Puasa, Raya Aidiladha tahun ni ada juga warga kota yang tak pulang ke kampung berhari raya. Buktinya, semalam kat Taman Tasik Dato' Keramat masih ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga beriadah diwaktu petang. Rupa-rupanya ramai yang senasib dengan kami ... hehehe.
Masuk tahun ni dah 3 tahun kami beraya haji di KL. Lagipun kena jimat cuti tahunan, maklumla ada lagi 3-4 bulan nak kena hadap ni. Mana nak tau cuti kecemasan ke ape, cuti sedara kahwin ke, aku kenala stenbai siap-siap! Aku rasa bukan aku sorang je yang kes macam ni kan ... haha. Korang yang kena keje tu pun ada yang barangkali bos tak bagi tambah cuti, atau cuti dah habis atau cuti tinggal 2-3 hari je lagi T_T. So, nak taknak .... kembali lah dikau ke opis!