Breaking

Tuesday, October 04, 2016

Tuesday, October 04, 2016

Dia nak sangat ke Perpustakaan MBPJ


Assalamualaikum!


Taman tasik atau perpustakaan? Diaorang ni dua tempat tu je la yang akan diminta setiap minggu. Tak reti nak minta gi tempat lain, kalau minta bukan dapat pegi pun hehe. Tapi yang ni ..lama dah dia berhajat, lama dah disuarakan keinginan nak kesana. Dan akhirnya, hari tu dapat juga jejakkan kaki ke Perpustakaan MBPJ, Petaling Jaya. 

Kadang-kadang bila difikirkan balik, bakpe payah nau nak bawa anak-anak gi perpustakaan ye. Bukan diaorang minta gi tengok konsert atau perabih duit suh beli itu ini. Gi baca buku je pun ... free pulak tu! Rasa bersalah sangat pulak bila tak dapat tunaikan kali pertama dia minta.


Friday, September 30, 2016

Friday, September 30, 2016

Pentingnya kena hadir ceramah kebakaran!


Assalamualaikum!


Ada satu soalan yang penceramah tu ajukan semalam yang membuatkan aku terfikir, yang mungkin selama ni barangkali kebanyakan dari kita suka ambil enteng benda ni. Berapa banyak antara kita yang ketika duduk buat kerja di pejabat, bila loceng kecemasan berbunyi dan kita masih melakukan kerja di meja? 

Sebab tu bila encik bomba mengatakan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah pasal benda ni, aku tak boleh nafikan kerana itulah hakikatnya. Tapi syukur penerangan dan pencerahan dari encik bomba semalam sedikit sebanyak telah menyedarkan kami yang hadir tentang kepentingan mengetahui tentang latihan kebakaran.


Thursday, September 29, 2016

Thursday, September 29, 2016

Semak Nama Penerima Layak Dapat Dekoder MYTV Basic 2016


Assalamualaikum!


Semalam dapat BRIM kan? Mesti dah habis semalam jugak kan hehe. Apapun tahniah yang dapat 'gaji' BRIM untuk bulan September. Ada satu lagi hadiah untuk penerima BRIM, ni pun aku dapat tahu dari blog Cik Akak ni. Maklumla, aku kan tak layak nak dapat BRIM ni, malas nak cakna lebih. Tapi teringat pulak kat abah! So nak tengok kot-kot abah pun dapat dekoder MYTV ni.


Wednesday, September 28, 2016

Wednesday, September 28, 2016

Semua ok, kecuali ....


Assalamualaikum!


Setiap tahun aktiviti ni wajib bagi aku. Nak pergi buat pemeriksaan di luar memang tiada kerajinan disitu huhu. Kalau aku cakap aku sihat, orang tak percaya. Bila dah ada bukti dan disahkan oleh mereka yang bertauliah haaa tu pun orang masih tak percaya hehehe. Lantak ko la labuuu ...  


Tuesday, September 27, 2016

Tuesday, September 27, 2016

Gejala Diabetes & Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum!


Setiap kali pemeriksaan kesihatan, memang ada rasa cuak sikit yang ni. Sebab aku pernah 'kantoi' 2 tahun lepas bila pakar tu cakap buah pinggang aku bermasalah sebab ada protein dalam urin. Memang risau dah aku masa tu sampai dia sarankan aku pergi buat pemeriksaan lanjut di hospital dan banyakkan minum air masak. Takut punya pasal aku tak pergi huhu tapi aku nekad banyakkan minum air masak lepas tu. Dan alhamdulillah bila check balik, ujian urin aku dah kembali normal.

Orang mungkin nampak luarannya seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi hakikatnya samada kita kurus atau gemuk, kita juga terdedah dengan risiko penyakit buah pinggang. Jangan ingat orang yang ada masalah berat badan je berisiko untuk kena diabetes dan penyakit buah pinggang. Yang kurus pun berisiko!




Apa itu Diabetes?
  • Diabetes adalah keadaan dimana pankeras tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin tidak digunakan secara berkesan. Ketidakseimbangan insulin mengakibatkan paras gula dalam darah badan meningkat, akhirnya merosakkan organ-organ didalam badan

Jenis-jenis Diabetes

1. Diabetes Jenis I
  • Kira-kira 5% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • berlaku terutamanya dikalangan orang muda berumur 20 tahun kebawah
  • disebabkan oleh kegagalan pakreas untuk menghasilkan insulin atau terlalu sedikit insulin dihasilkan
  • mereka memerlukan suntikan insulin

2. Diabetes Jenis II
  • Kira-kira 95% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • biasanya berlaku dikalangan dewasa berumur 30 tahun keatas
  • badan tidak dapat menghasilkan insulin secara berkesan
  • dikawal melalui pemakanan, senaman dan/atau ubat-ubatan/insulin
  • berkaitan dengan kegemukan dan gaya hidup yang tidak aktif

Apakah Paras Gula Darah Saya?

1. Paras glukosa darah normal dikalangan orang yang TIDAK MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 4.4-6.1 mmol/L
Tidak berpuasa - 4.4-8.0mmol/L

2. Paras glukosa darah normal dikalangan orang YANG MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 5.0-7.2 mmol/L

Tidak berpuasa - <10.00 mmol/L

Apakah Tanda-tanda & Gejala Bagi Diabetes?
  • Kerap kencing
  • Terlalu dahaga
  • Letih
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Perubahan penglihatan secara tiba-tiba
  • Kebas pada tangan atau kaki
  • Luka yang lambat sembuh

Apakah Faktor-faktor Risiko Bagi Diabetes?
  • Sejarah penyakit diabetes dalam keluarga
  • berat badan berlebihan
  • umur 40 tahun ketas
  • sejarah bayi besar 
  • sejarah menghidap diabetes ketika mengandung

Apakah Komplikasi Diabetes?
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Penyakit jantung dan strok
  • Komplikasi pada mata
  • Kerosakan saraf
  • Pemotongan anggota badan
  • Mati pucuk

Tahukah anda? Lebih dari 3000 kes baru bagi kegagalan fungsi buah pinggan peringkat akhir dikesan di Malaysia setiap tahun, lebih 55% daripadanya menghidapi penyakit diabetes.

Bagaiamana Diabetes boleh mempengaruhi badan dan buah pinggang anda?
  • Mungkin kerosakan saluran-saluran darah kecil didalam badan anda dan mempengaruhi buah pinggang, mata, kulit, saraf, otot, usus dan jantung. Selain itu, tekanan darah tinggi dan kekerasan pada arteri boleh menyebabkan penyakit jantung
  • Paras gula yang tinggi akan menambahkan tugas buah pinggang, akibatnya kerosakan pada unit penapis dalam buah pinggang berlaku. Ini membawa kepada kebocoran protein dalam air kencing
  • Diabetes menambahkan risiko kepada jangkitan saluran kencing kerana kandungan gula yang tinggi dalam air kencing.

Bagaimana Kita Nak Tahu Jika Buah Pinggang Bermasalah?

Pada peringkat awal, mungkin tiada tanda. Walaubagaimana pun korang boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan protein dalam air kencing. Sekiranya kegagalan fungsi buah pinggang berlaku, anda mungkin akan mengalami :
  • Keletihan
  • Rasa mual, muntah
  • Keletihan
  • Bengkak pada kaki, pergelangan tangan, tapak kaki atau bengkak pada mata
  • Berat badan bertambah kerana cecair tidak dapat dikeluarkan
  • Sesak nafas

Bagaimana Boleh Kita Cegah Penyakit Buah Pinggang Yang Disebabkan oleh Diabetes?
  • Mengikuti rawatan yang ditetapkan bagi mengawal gula dalam darah
  • Mengawal tekanan darah pada 130/80 mmHg
  • Mengawal paras kolesterol melalui makanan dan ubat-ubatan jika perlu
  • Mendapatkan pemeriksaan kandungan proteion dalam air kencing setiap tahun
  • Mendapatkan pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang
  • Merawat jangkitan saluran kencing diperingkat awal
  • Amalkan makanan sihat yang kaya sdengan serat, rendah lemak, natrium (garam) dan kolesterol
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul
  • Bersenam 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Berhenti merokok

Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian dan pemeriksaan awal adalah langkah terbaik sekiranya korang berada didalam risiko tinggi. 


kredit info : www.nkf.org.my

Monday, September 26, 2016

Monday, September 26, 2016

Sesuatu untuk yang berkaki enam


Assalamualaikum!


Kalau dah kena bangkit pukul 3-4 pagi hanya kerana seekor lipas merayap di tepi ko ketika sedang tidur, aku rasa itu sudah melampau! haha. Adehh ... berani sangat dah binatang berkaki enam ni sekarang ye. kalau time lampu rumah menyala dan 'dia' datang memang aku cakap,"ko keluar ko mati!". Pastu 'dia' kuar jugak memang aku libaskan aje dengan pemukul lalat tu.

Tapi kalau time malam bergelap dan semua tengah tido, memang tak dapat la nak monitor dia muncul dari celah mana. Tau-tau buka mata sesungut dia dah melambai-lambai kat kita hahaha ....eiiii!


Saturday, September 24, 2016

Saturday, September 24, 2016

Kupon & Diskaun Untuk Online Shopping Di Paylesser.com!


Assalamualaikum!

Kenapa perlu bayar lebih? Haaa memang ngam sungguh tagline dia! Membeli belah dan boleh berjimat dalam masa yang sama adalah idaman setiap orang kan. Lagi best kalau dapat beli barang dengan potongan diskaun sehingga 90%. Jimat masa, jimat tenaga jimat segala! Ini pun boleh dikira sebagai satu cara untuk jadi pembeli yang bijak! 



Rupa-rupanya ada satu laman web yang menawarkan tawaran diskaun beli belah dan kupon secara online! Di Paylesser.com, korang boleh dapatkan tawaran menarik untuk jenama besar seperti GROUPON, LAZADA, ZALORA, ALTHEA, FASHION VALET dan lain-lain. 

Dari barangan seperti pakaian, barangan kecantikan dan kesihatan, aksesori fesyen, makanan dan restoran, travel dan percutian, perkakas rumah dan hadiah untuk yang tersayang, semuanya dihimpunkan didalam satu laman web dengan diskaun dan potongan harga yang berbaloi untuk 'kaki' shopping macam aku dan kita semua! ;)



Oh ya, untuk dapatkan kupon dan diskaun beli belah di Paylesser.com ni, caranya korang hanya perlu layari laman web dan pilih kategori barangan yang korang suka. Paling best, semua kupon dan diskaun ini adalah percuma! Wowwweeeee ^^

Contohnya, korang nak bawa keluarga pergi makan kat restoran so korang boleh pilih restoran yang menawarkan harga diskaun menarik. Klik je "Get Offer" nanti akan keluar paparan tentang menu yang disediakan dan pakej yang ditawarkan. Senang bukan! ^^




Haa korang jugak yang senang nak rancang apa-apa gathering untuk keluarga. Semuanya hanya dihujung jari! Yang pasti, korang boleh jimat banyak kalau gunakan kupon dan diskaun melalui Paylesser Malaysia. Cepat, mudah, banyak pilihan dan yang penting ada diskaun dan kupon untuk korang. So cepat-cepat terjah laman web tu ye! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.