Breaking

Thursday, November 03, 2016

Thursday, November 03, 2016

Suami kata dia suka doktor tu ...


Assalamualaikum!


Masuk ni dah dua kali cik abe dapatkan rawatan di klinik gigi ni. First, masa dia kena cabut gigi dulu ..doktor yang sama jugak. Kelmarin pun doktor yang sama buat rawatan filling dan scalling. Tak syak lagi dia memang suka doktor tu ....

Sebenarnya, dia suka doktor tu punya servis laaaa! hahaha. Amboiiii, jangan fikir yang bukan-bukan ye tak baik tauuuu :p


Wednesday, November 02, 2016

Wednesday, November 02, 2016

Deeja Cosmetic Untuk Wanita & Lelaki Yang Inginkan Kulit Putih Gebu


Assalamualaikum!


Kalau kulit normal, insyaAllah tiada masalah untuk memilih set penjagaan wajah yang sesuai. Tapi kalau ada masalah kulit, maka kena sensitif sikit bab ni. Penggunaan produk yang tidak sesuai akan memburukkan lagi keadaan! 

Sebab tu sebelum aku guna sesuatu produk, aku akan pastikan adakah ia sesuai untuk kulit aku yang berjerawat dan berminyak ni. Haihh ... masalah jerawat ni memang masalah sejagat dari dulu lagi. Ingatkan dah masuk 3 series, takda la timbul lagi jerawat kat muka ni. Tapi aku bersyukur sekarang ni jerawat yang timbul pun seketul dua je hehe.



Keayuan semulajadi dalam 5 hari ... siapa tak nak kelihatan cantik dan ayu kan? Menariknya, produk skincare Deeja Cosmetic ni sesuai untuk kulit muka :

  • berjeragat
  • berjerawat
  • pigmentasi berminyak
  • kusam
  • gelap
  • berparut

Walaupun aku jarang bermake-up tapi kulit tetap kena jaga dengan baik. Kalau tak, memang jerawat mudah nak menimbulkan diri dan bila ia terjadi ... aku akan lebih stres! So, aku cuba guna produk Deeja Cosmestic ni untuk lihat dan rasakan keberkesanannya.

Set penjagaan wajah Deeja Cosmetic ni mempunyai 5 item kesemuanya, iaitu sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano (malam). Setiap satunya mempunyai fungsi untuk melindungi dan memperbaiki kulit wajah agar sentiasa kelihatan bersih dan cantik sepanjang hari setiap hari! 


Sabun pembersih muka 
(RM12.00 Semenanjung Malaysia / RM15.00 Sabah Sarawak)


Rutin setiap pagi, aku akan cuci muka menggunakan sabun pembersih muka terlebih dahulu. Nak lagi jimat, korang boleh potong 4 sabun ni dan simpan untuk kegunaan di pejabat. Aku suka guna sabun ni sebab ianya wangiiiiiiiii sangat! Eh bukan tu je ye ... sabun ni menjadikan kulit aku kurang berminyak. Lepas basuh, kulit rasa lembut dan lembap je. Dan haruman dari sabun ni boleh jadi macam satu terapi setiap kali aku basuh muka tau. Kalau time cuci muka, kawan sebelah pun cakap wanginye sabun aku guna ni. Haaaa inilah sabun Deeja Cosmetic! ;)

Antara kandungan yang terdapat dalam sabun Deeja Cosmetic ni ialah lobak, susu dan air mawar. Patutla bau wangi je kan! Ia bertindak membersihkan kulit wajah dan menyingkirkan sel-sel kulit mati sekaligus mengatasi masalah kulit berjerawat, berjeragat, gelap dan berminyak. 


Toner Nano
(RM22.00 Semenanjung Malaysia / RM25.00 Sabah Sarawak)


Ok, lepas cuci muka boleh sapukan toner nano pula. Gunakan kapas dan pedap pedap je pada muka. Aku pakai toner nano ni kulit rasa segar dan lembap sepanjang hari. Paling penting, ia tidak melekit, cepat meresap dan tidak menyebabkan kulit berminyak. Wangi pulak tu, sebab kandungan utamanya Aloe Vera dan air mawar.


Krim Siang
RM28.00 Semenanjung Malaysia / RM30.00 Sabah Sarawak)


Krim siang ni memang aku tak miss pakai setiap hari. Sebelum ni memang aku takut nak guna krim muka waktu pagi, sebab takut kulit akan jadi berminyak kalau berpeluh sikit. Tapi bila aku guna krim siang Deeja Cosmetic ni, rasa serasi pulak dengan kulit. Dengan sapuan nipis dan rata ke seluruh muka, dan boleh terus sapukan bedak macam biasa. 

Krim siang ni juga boleh dibuat sebagai alas bedak tau. Lagi satu, ia bukan sekadar krim muka tapi mengandungi SPF 35 untuk melindungi kulit wajah dari sinar UV selain mengecilkan liang pori dan memberikan tona kulit yang sekata.

Antara bahan utamanya biji Almond, biji tomato dan Aloe Vera. 



Krim Malam
(RM28.00 Semenanjung Malaysia / RM30.00 Sabah Sarawak)


Krim malam ni untuk penjagaan waktu malam la. Lepas cuci muka dan sapukan toner, aku sapukan krim malam ni secara nipis dan rata ke seluruh wajah. Antara fungsinya ialah, merawat kulit yang rosak, mencegah jerawat dan memudarkan jerawat.

Kandungan krim malam ni terdiri daripada 4 bahan utama iaitu AHA (Alpha Hidroxy Acid), Vitamin E, Retinoid Acid dan juga Gliserin. 


Krim Nano Malam
(RM28.00 Semenanjung Malaysia / RM30.00 Sabah Sarawak)


Untuk melengkapkan penjagaan kulit wajah, lepas sapukan krim malam aku sapukan juga krim nano ni secara nipis. Kulit aku memang jenis berminyak dan berjerawat, jadi bila guna krim nano ni memang ada perbezaannya. Kulit aku jadi lebih halus dan lembap serta kurang berminyak bila bangun pagi.

Tapi kalau korang mempunyai kulit sensitif atau jerawat terlalu banyak,  try gna pembersih muka, toner nano dan krim malam je dulu. Kemudian boleh selang-selikan dengan krim nano ni. 


Testimoni Deeja Cosmetic




Alhamdulillah, seperti aku mereka yang dah guna juga memberikan respon positif terhadap produk Deeja Cosmetic ni. Bukan senang tau nak cari produk yang sesuai dengan kulit kita, lebih-lebih lagi kalau jenis kulit bermasalah.


Cantik, gebu, flawless macam tuan punya produk, Sherry Ibrahim. Tak nak ke?? hehe. Produk Deeja Cosmetic sesuai untuk semua jenis kulit, SESUAI UNTUK LELAKI & WANITA, telah LULUS KKM, HALAL & MESRA WUDHU'




So, korang yang ada masalah kulit macam aku jugak dan masih mencari produk skincare yang sesuai bolehlah mencuba Deeja Cosmetic ni. Aku memang dah cuba dan alhamdulillah serasi dengan kulit wajah aku. Jerawat pun dah semakin berkurangan ... sukaaaaaaaaa sangat! ^^

Mana nak dapatkan produk Deeja Cosmetic ni?

Facebook: Deeja Cosmetic HQ
Instagram: @deeja_cosmetic_HQ
Telefon: 019-694 5950


Tuesday, November 01, 2016

Tuesday, November 01, 2016

Harga minyak naik, pengguna kereta macam kami terkesan!


Assalamualaikum!


Rata-rata yang mendapat tahu tentang kenaikan harga minyak bulan November ni sangat kecewa dengan berita tersebut. Minyak naik harga bermaksud lepas ni harga barang keperluan, makanan dan perkhidmatan akan turut naik! Yang hidup mewah kena ubah ke sederhana, yang sederhana kena ubah ke berjimat cermat, yang dah berjimat cermat nampaknya kena 'ikat perut' pulak la ye! >.<


Friday, October 28, 2016

Friday, October 28, 2016

Boat Noodle Jaya One, PJ


Assalamualaikum!


Baru nak try makan #meesampan ni. Maklumla, kalau nak pergi sendiri memang payah nak sampai, mujur kawan ajak boleh la test tekak makan boat noodle ni. Sementara kaum Adam pergi solat Jumaat, kami berlima naik bas free dari PJ ke Jaya One. Jaraknya kalau nak diikutkan memang dekat dah, tapi disebabkan kami naik bas maka jadi jauh la sikit. Pukul 1.00pm baru sampai di lokasi ...huhu.




Friday, October 28, 2016

Sedikit kelainan di Carbootsale Kota Damansara


Assalamualaikum!


Saban minggu, suasana carbootsale di Kota Damansara memang meriah. Meriah dengan peniaga, meriah dengan barang. Untuk minggu lepas, kami nak cuba kelainan sikit dengan meniaga kasut. Haaa rupa-rupanya banyak juga koleksi kasut-kasut lama kami anak beranak yang masih elok tapi dah tak muat tersimpan rapi di rumah tu. 

Cari punya cari, banyak pasang jugak kami dapat kumpulkan. Ada yang kasut berjenama, kasut kulit, kasut kanak-kanak kepunyaan dua beradik tu tapi masih elok dan boleh dipakai. 


pelanggan pertama kami :)



Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat la baik. Redup elok je sepanjang pagi. Seronok tengok peniaga-peniaga semangat kemas barang masing-masing kat tapak meniaga. Kami siap je set up barang pelanggan pertama kami datang. Akak dan abang kat atas ni nak beli seterika rupanya. Tak sempat aku nak snap gambar seterika tu hehe. Terima kasih kerana sudi datang beli ngan kami :)


Tuesday, October 25, 2016

Tuesday, October 25, 2016

Harap-harap janganlah dia menipu orang lagi ...


Assalamualaikum!


Pernah tak ko didatangi oleh seseorang yang cakap dia dalam kesusahan dan perlukan wang sebab blablablablabla? Pernah tak ko tengok riak muka dia seolah-olah dia benar-benar perlukan bantuan ko masa tu ... terutamanya dalam soal duit?! Ko tak kenal dia, dan dia tak kenal ko tapi atas dasar sesama Islam dan atas dasar kemanusiaan, maka ko berniat nak tolong dia.

Memula tu aku tak syak apa-apa yang pelik sehinggalah ....

Semuanya bermula bila kami on the way balik dari kedai printing, kami didatangi oleh seorang gadis! 

Monday, October 24, 2016

Monday, October 24, 2016

Dan header blog pilihanku adalah ...


Assalamualaikum!


Lama dah tak cakna pasal blog ni. Benda yang dah lama aku nak tukar sebenarnya adalah header blog aku ni. Header lama tu pun aku yang buat, tapi orang dah tak letak gambar banyak-banyak macam tu kan haha :p

Aku suka konsep header yang simple dan soft, sesuai dengan kematangan umurku (hehe). So, plan aku nak letak bunga setopok, nama blog dan niche blog. 



Ni yang aku malas nak design sendiri! Adeee je yang tak kena serba serbi. Ye la ... orang tangan tak berseni, memang ada kekurangannya. Tu pasal la aku takut nak minta tolong orang buat kan. Sendiri buat pun dah 7-8 kali tukar design. Padahal konsep nak simple dan soft, yang penting mesti ada bunga! hehe ...

Ini header pertama yang aku design haritu. Berjam-jam nak siapkan dia saje! Jenuh aku meng-google watercolor flower , yang cantik sikit dan menepati citarasa corak bunga ni je. Nampak ringkas giler kan! Sepatutnya dia jadi senang la sebab takda corak 'sarat' atau kena lukis doodle bagai. Tapi, aku nak siapkan ni je ... dekat 3 jam! Tu nak kate ... tangan tak berseni hehehe.




Akhirnya, beginilah rupa header rasmi blog aku. 

Header baru , semangat baru :)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.