Carboot Sale Kota Damansara
Thursday, December 01, 2016
Hanya sempat meniaga beberapa jam je ...
Assalamualaikum!
Memasuki fasa musim tengkujuh, bulan November & Disember bakal menyaksikan episod hujan lebat dan keadaan cuaca yang tak menentu. Sepanjang dua tiga minggu dalam bulan November ni pun, aku perasan hujan turun waktu awal pagi sebelum Subuh ataupun lewat malam. Pun begitu, kami masih berkesempatan mencari rezeki meniaga di tapak carboot kebiasaan kami.
Sebelum 6.30am kami dah sampai di tapak carboot. Saat nak masuk parking dah boleh nampak ramai peniaga yang sampai lebih awal dari kami sedang sibuk susun barang niaga masing-masing. Malah, ada yang sanggup tido dalam kereta semata-mata nak cop tapak parking disitu.