Breaking

Wednesday, January 11, 2017

Wednesday, January 11, 2017

Pemandangan dari Jambatan Pulau Pinang ke-2


Assalamualaikum!


Cuti sekolah yang lalu kami berkesempatan balik ke kampung di Perak. Tapi rupanya kaki kami melangkah jauh sikit dari tu bila kebetulan nak pergi melawat pak menakan di Penang.

Umur 34 tahun ni la baru dapat jejakkan kaki di bumi Pulau Pinang huhu. Sedih tak? dah jejak tak berapa nak sedih la kan hahaha. Kang kalau aku cerita lebih-lebih kang, orang cakap aku masuk Penang macam dapat masuk Disneyland USA atau Disneyland Hong Kong hahaha! So, biarlah aku simpan aje kejakunan dan keterujaan aku tu dalam hati.

Tapi tetap jugak nak kongsi gambar pemandangan dari atas jambatan Pulau Pinang ke-2! hohoho 😜


Tuesday, January 10, 2017

Tuesday, January 10, 2017

Duit Belanja Sekolah | Berkongsi pendapat dalam Sinar Harian


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, satu permulaan yang baik untuk tahun 2017 bila diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Siapa sangka perkongsian santai tentang pengalaman menguruskan duit belanja sekolah anak dalam satu entri mendapat perhatian wartawan dari media cetak.

Sebenarnya, aku dipelawa dari tahun lepas lagi tapi temuramahnya sekitar penghujung bulan Disember tahun lepas hehe. 


Monday, January 09, 2017

Monday, January 09, 2017

Selamat kembali ke sekolah!


Assalamualaikum!


Tahun 2017 ni takda yang bersekolah darjah satu dalam keluarga kami. Jadi keterujaannya tu bersifat sederhana je la. Persiapan pun sederhana, hanya sediakan kelengkapan wajib sekolah seperti baju sekolah, kasut sekolah dan buku. Perkakasan seperti alat tulis tu ada yang dah dibeli awal atau guna yang lama punya. 

Pun begitu, aku amik cuti jugak la hari pertama sekolah tu. Sebab nak setelkan hal yuran dan beli buku di bookshop sekolah. Malangnya, masih ada lagi buku yang tak sampai walaupun sekolah dah bukak.


Monday, January 09, 2017

Gambar TV Cantik Guna Digital Terrestrial Receiver!


Assalamualaikum!


Dalam blok aku ni, hampir semua orang pasang astro. Aku punya astro pulak dah tukar ke njoi dan letak kat kampung untuk abah guna. So, selama bertahun-tahun ni la aku 'sengsara' setiap kali tengok tv. Guna ariel dalam, memang selalu la kena alihkan untuk dapatkan siaran yang elok.

Pernah gak terfikir nak buka satu lagi akaun astro, tapi nak membayar tiap bulan tu yang aku tak sanggup! Sebab tu juga kat kampung tu aku tukar pada njoi supaya senang sekali bayar je.


Friday, January 06, 2017

Friday, January 06, 2017

Santai Petang Pantai Klebang, Melaka


Assalamualaikum!


Pantai Klebang - checked! ahahahahaha ... akhirnyaaa sampai jugak aku kat sini! Orang lain yang duduk di luar pun dah sampai sini berdekad lamanya walaupun hakikatnya Klebang ni tak la jauh sangat dari kampung aku.

Kan aku ada cakap dulu, aku ni kalau balik Melaka memang malas dah nak jenjalan ke mana-mana. Paling jauh pun aku gi area Duyong atau bandar. Tak koser nak gi jejauh! Tapi rupanya baruku tau, Pantai Klebang ni takde la jauh mana ..hohoho!


Thursday, January 05, 2017

Thursday, January 05, 2017

Kasut Bundle Melaka | Cari Kasut Di Fit Well Bundle


Assalamualaikum!


Misi pencarian kasut bundle diteruskan dan kali ni di Melaka! Baju yang diidam dah dapat, topi yang diidam dah dapat. Tali pinggang ... haaaa tali pinggang rare kulit original vintage Pak Jelan beli, korang tau harga dia berapa? Bukan sepuloh ringgit, bukan lima puluh ringgit ok! Nak nangis rasanya kalau tau harga dia tapi memang berbaloi la. Yang tu nanti aku cerita hari lain k 😉.

So, hari tu kitaorang jalan-jalan sekitar bandar Melaka lepas berjimba main air di Pantai Klebang. Nama je kampung kat Melaka, tapi itulah kali pertama aku dan keluarga jejakkan kaki di Pantai Klebang hehe. Yang tu pun nanti aku cerita lagi k.



Balik dari Klebang, lalu depan Banda Hilir. Sekali Mira tegur,"eh kasut bundle ..!" Pak Jelan kan telinga sensitif, mana boleh dengar perkataan bundle ni, terus naik 'sheikh' la dia haha. Terus dia pusing stereng masuk simpang dan parking depan kedai tu.

Selalu layan baju ngan seluar je kan, kali ni Pak Jelan nak cari kasut pulak. Biasanya kitaorang layan bundle kat Duyong tu je, ni dah terjumpa satu lagi kat bandar, haruslah 'menjamu' mata. Kot-kot ada yang berkenan dihati dan kena pula dengan harganya ..why not!







Macam-macam jenis kasut ada kat sini. Kasut bola, kasut sukan, sneakers lelaki dan perempuan, kasut jalan, kasut sarung, kasut bertali, kasut kulit, but koboi blablabla. Rambang gak mata Pak Jelan tengok, aku dah naik risau dah hehehe ...











sedang menerai. Kaler dah sama dah dengan kasut sendiri,
 tapi saiz pulak tak ngam! hehe

boring duduk saje sebab kasut budak takda *sujudsyukur*


Harga kasut kat sini kira berpatutan juga la kalau kena dengan taste kita. Aku suka susun atur dalam kedai ni, teratur dan selesa. Ruang dia luas dan deko simple je. Kasut yang diidam Pak Jelan pun dah dapat. 


Van of The Wall




So, kalau korang ada di Melaka bolehla singgah kat Fit Well Bundle ni 😉 

Wednesday, January 04, 2017

Wednesday, January 04, 2017

Shell Out KL | Reaksi Mira bila makan di Shell Out, G Village Desa Pandan


Assalamualaikum!


Haluuuu .. apa habaq semua? Seronok bercuti? hehe. Hari ni  aku nak start 2017 dengan entri pertama aku pasal makan shell out!

Sesetengah orang agak sensitif bab ni betul tak. Bayar mahal-mahal tapi makan alas kertas je. Setengah orang boleh terima, yang penting harga berbaloi dengan kesedapan dan kelazatannya.

Semua tu terpulang kepada masing-masing, yang mana boleh terima dipersilakan makan asalkan halal. Yang mana tak boleh pun jangan dipersalahkan kerana itu juga pilihan kita sendiri. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.