Breaking

Friday, February 24, 2017

Friday, February 24, 2017

Kursus IMS


Assalamualaikum!


Alhamdulillah kursus dua hari berakhir dengan lancar dan jayanya semalam di opis. Walaupun hanya dua hari, tapi kesibukan yang dihadapi dengan tugas hakiki membuatkan masa begitu pantas berlalu. Mujur makanannya boleh tahan sedap ... haha!

Since ia berkaitan dengan kerja, maka kursus ni amat perlu untuk yang terlibat ... termasuklah aku. Things are gonna slightly change, so nak tak nak we have to prepare from nowBut overall, we like this new changes sebab IMS yang baru akan lebih canggih dan memudahkan kerja masukkan data.





Dan tak lengkap kursus kalau tak amik gambar dengan lecturer kan hahaha! Inilah cikgu kami untuk 2 hari, Mr Lukas Ivica dari Slovakia! Bersusah payah memahamkan kami dengan sistem baru yang akan digunapakai dalam masa terdekat.

It's my first time meeting a lecturer from outside after 13 years of service. But everyone was behaving very good since semua pun dah pangkat mak mak kannnn hehe. Don't worry, niat nak belajar je 😉




Dan semalam, Mr Lukas sempat edarkan sedikit cenderahati buat peserta kursus. Yang bentuk awan tu macam stress ball, genggam bila rasa tangan lenguh. Nampak sangat muka semua muka stres kan ahahaha! Yang panjang sikit tu ballpen dan yang pendek sikit tu ingatkan pen jugak, rupanya screwdriver pelbagai guna. 

Terima kasih pada Mr Lukas dan rakan yang mengajar kami selama 2 hari tentang IMS. Terima kasih untuk cenderhati yang super cute ni! 😍

Thursday, February 23, 2017

Thursday, February 23, 2017

Jual 'Kereta' Online


Assalamualaikum!


Dua hari tak bersiaran di blog, rasa macam ada yang tak kena. Tapi disebabkan tuntutan kerja yang agak teruk jugak, maka terpaksalah masa untuk berblog dikorbankan seketika. Tapiiiii aku tetap aktif seperti biasa di instagram dan fb tau. Cuma bila nak start menaip entri tu rasa culas sikit kekdahnya! 😂

Disebabkan aku takda benda yang boleh dishare di blog hari ni, maka aku nak cerita sikit pasal 'kereta' yang baru-baru ni aku iklankan di fb dan instagram. Lebih tepat lagi wagon! Alhamdulillah, 'wagon' ni bakal menemui tuan barunya nanti hehe. 

Thank you so much Lisa!😍


Tuesday, February 21, 2017

Tuesday, February 21, 2017

Nota Sains Bergambar Darjah 4, 5 & 6


Assalamualaikum!


Sejak masuk darjah 4 ni, boleh dikatakan hari-hari kakak bawa balik homework dari sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah agama. Kadang tu tak cukup masa nak buat ulangkaji sebab nak kena kejar siapkan kerja sekolah dulu. Lepas siapkan homework sekolah rendah sambung pula dengan sekolah agama. Bila nak start buat ulangkaji, otak dah penat!

Sebab tu, aku pesan kalau ada homework buat la time cikgu takda dalam kelas. Dari awak buat bising berborak dengan kawan, baik awak buka buku dan siapkan homework. Dia pulak cakap tak sempat nak buat juga dalam kelas. Bukan sebab berborak, tapi sebab cikgu suruh jaga kelas kalau cikgu ada meeting dan sebagainya. Ye tak ye pulak, lupa ibu yang awak tu pengawas ...heeeee.


Cuma bila kakak takda homework, barulah dia boleh buat ulangkaji. Tapi tu la ...nak menerangkan pada dia tentang satu-satu subjek tu satu hal. Nak memahamkan dia pun satu hal jugak. Tak dinafikan anak-anak memang suka bertanya aku kalau diaorang tak faham, tapi masalahnya ibu diaorang ni garang macam singa bila mengajar! huhu. Tu sebab aku kena cari alternatif lain untuk sediakan nota ringkas bergambar untuk bagi diaorang faham ... kan.

Dalam mencari tu, kebetulan aku terjumpa nota yang sesuai! Syukur terbaca entri kak Moon yang memang sedang mencari nota upsr untuk anak teruna beliau hehe. Terus aku klik dan download nota-nota tersebut untuk simpanan kakak. 




Kredit untuk cikgu ameer firdaus yang buat nota ni. At least bila ada nota bergambar ni, kakak boleh dapat 'tangkap' poin utama untuk setiap topik. Kesian pulak dia asyik rujuk buku je, dah la ayat karangan je dalam buku teks tu ... budak-budak mana nak hadam sangat kalau ayat karangan panjang berjela huhu.

Monday, February 20, 2017

Monday, February 20, 2017

10 Benda Tentang Diri Hazwani Di Usia 10 Tahun


Assalamualaikum!


Lama tak bercerita pasal anakku yang sulung ni. Walaupun setiap hari perlu bergelumang dengan sekolah 2 sesi, kemudian balik rumah sambung pulak ngan homework, tapi masih sempat lagi daku memerhati perubahan demi perubahan yang berlaku pada dia setiap hari. 

Memang ku akui, agak janggal perasaan ini bila anak-anak semakin membesar. Mungkinkah perubahan ini terlalu mendadak bagiku? Kerana aku tak biasa bila sesuatu yang telah lama sebati dalam diri dia bukan lagi menjadi kebiasaan baginya....



Throwback berjimba di Sunway Lagoon

Friday, February 17, 2017

Friday, February 17, 2017

Dua tahun meniaga carboot, ini kali pertama kami kena halau ...!


Assalamualaikum!

Saat mencemaskan bagi kami sekeluarga pagi Ahad yang lepas! Sebenarnya, tiap kali nak pergi sana mesti hati dok dupdapdupdap. Sebelum ni, kami pergi dengan hati yang tenang tapi sejak dua menjak ni, tak boleh nak kawal perasaan berdebar ...berdebar tak dapat parking!

Alkisahnya, pagi tu kami pergi macam biasa ... sebelum 6.30am dah sampai kat kawasan berhampiran. Dari jauh, kami tengok memang hampir semua tapak parking telah penuh dengan kereta peniaga yang berada disitu lebih awal dari kami. Ada yang dah siap susun barang pun, duduk berehat main henpon! 

Tetiba sampai kat pintu masuk, admin letak kon kat tengah jalan dan arahkan kami masuk ikut jalan belakang sebab semua parking di bahagian depan dah penuh! huhu.

Thursday, February 16, 2017

Thursday, February 16, 2017

D.I.Y Payung meniaga


Assalamualaikum!


Teringin nak ada payung meniaga sendiri! Dilema setiap kali meniaga panas terik matahari pasti menerjah ke muka dan badan kami haha. Tengok orang lain redup je duduk bawah payung kan, selesa gituuuu!

So, kami pun pasang angan-angan la nak ada payung meniaga sendiri. Nak beli bajet pulak takda, so kita D.I.Y kan aje payung pantai jadi payung meniaga ye hehe. Walaupun idea D.I.Y ni bukanlah yang dirancang pada mulanya tapi dengan idea geliga dari cik abgku telah membuahkan hasil yang mantop dan menjimatkan! 


Monday, February 13, 2017

Monday, February 13, 2017

[Girl-Talk] - Haid & Senggugut

Assalamualaikum!

Aku tahu hari ini akan tiba jua akhirnya, walaupun bagi aku ia agak awal untuk dia. Tapi bila dia dah buka soalan, maka aku anggap dia dah bersedia untuk tahu lebih lagi tentang 'kawan baik' dia di masa depan.

Zaman kita dulu, umur 10 tahun takda masa nak tanya pasal haid ke, pasal senggugut ke, pasal jerawat ke. Yang ko tahu, balik sekolah tukar pakaian gi main kat padang! 

Nak tanya mak pasal haid? 

Ko budak kecik ...bukan masanya lagi nak tanya soalan tu!

Hehehe ... memang pun. Masa tu fikir, budak kena buat cara budak. Dan topik seperti haid bukanlah topik popular yang mak-mak dulu suka share ngan anak perempuan. Bila dah tiba masanya baru mak cerita. Tapi, mak tak cerita pun ...akak aku yang cerita hehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.