Sukan Tahunan
Tuesday, April 04, 2017
Sukan Tahunan Sekolah 2017
Assalamualaikum!
Tahun ni, sukan tahunan sekolah kakak dan Mira diadakan lebih awal sikit berbanding tahun lepas. Kali ni kami pergi bertiga je sebab Pak Jelan kena pergi meniaga di CBS Kota Damansara. Memang setiap Ahad adalah hari kami meniaga, tapi disebabkan tahun ni sukan tahunan juga dibuat pada hari Ahad, maka kami terpaksa 'berpecah' sekejap demi memberi laluan dan sokongan pada anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam sukan.
Cuaca pagi tu ... hujan sederhana lebat! Start dari petang Sabtu membawa ke pagi Ahad. Kami bertiga pergi naik pengangkutan awam, tapi mujurlah anak-anak pandai bawa diri so alhamdulillah kami berjaya sampai di sekolah dalam jam 8am gitu.
pemandangan dari LRT Dato Keramat