Breaking

Friday, May 19, 2017

Friday, May 19, 2017

Anmum Materna x Riding Pink | Raikan Para Ibu Dengan Pengalaman Luar Biasa!


Assalamualaikum!

Inilah kali pertama aku berjumpa dengan pemandu wanita yang peramah dan sweet! Apatah lagi rasa terharu diraikan sempena Hari Ibu, dapat merasai pengalaman menaiki Riding Pink semalam.

Bagi aku yang memang tak pernah menggunakan perkhidmatan ala-ala Uber/Grabcar ni, memang agak susah untuk menaruh kepercayaan pada orang luar. Tapi dengan Riding Pink ni alhamdulillah tak rasa risau dah sebab pemandunya adalah wanita!😍


Me with Joyce from@ridingpinkmy. Thank you for the smooth ride!

Inilah Miss Joyce yang membawa aku menaiki Riding Pink semalam. Dari depan office sampai depan sekolah anak, kami rancak berborak mengenai kekeluargaan dan anak-anak. Macam berborak ngan kawan lama pun ada 😅Sudah tentu bila wanita dengan wanita, kita akan rasa lebih selesa untuk berinteraksi dan berkongsi tips. Antara yang dikongsikan ...
  • jantung wanita yang mengandung berdegup  20 kali lebih setiap minit berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini untuk memastikan si ibu dan anak di dalam kandungan mendapat oksigen dan nutrisi yang secukupnya
  • Ibu mengandung memerlukan 600µgⁱⁱ folat sewaktu hamil untuk mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf manakala 1000mgⁱⁱ kalsium adalah penting untuk keperluan mereka sendiri di samping menyokong tulang anak yang dikandung
  • Walaupun kebanyakan ibu menyedari mereka perlu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang untuk diri sendiri dan anak dalam kandungan, agak sukar untuk ibu-ibu yang sibuk mendapat nutrisi mencukupi melalui diet seharian biasa. Contohnya, keperluan harian folat sebanyak 600µgⁱⁱ adalah bersamaan dengan 75 cawan beras ceruh, dan 1000mg kalsium boleh didapati dalam 10 biji kek kacang soya dan 11mg zink boleh diperoleh daripada 52 keping roti putih dan 55 pisang bersaiz besar.
Perubahan-perubahan fizikal ini yang di mana si ibu menyokong pertumbuhan si manja memberi kesan kepada kehidupan sehariannya di mana tubuh si ibu mengalami perubahan luar biasa setiap hari.

Apa itu Riding Pink?

Riding Pink, perkhidmatan pengangkutan wanita yang pertama di Malaysia, ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita dan ibu, menjadi penjana pendapatan tambahan melalui khidmat kenderaan yang selamat bagi pihak wanita.

Berkongsi matlamat yang sama, Anmum™ Materna memberikan keyakinan kepada para ibu  sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, dengan memberikan nutrisi yang sesuai untuk menyokong kehamilan mereka. Dengan visi ini, Anmum™ Materna dan Riding Pink telah memulakan inisiatif ini agar ibu-ibu mengandung dapat menikmati pengalaman yang sememangnya luar biasa.



ANMUM™ MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI

Dari 8 Mei sehingga 31 Mei 2017, 25 ibu mengandung pertama yang mendaftar dengan Riding Pink akan mendapat perkhidmatan pengangkutan menakjubkan secara PERCUMA daripada Anmum™ Materna - sama ada untuk menghadiri pemeriksaan pra-natal, ke tempat kerja, membeli barangan dapur, atau untuk keluar bersantai dengan kawan-kawan. Untuk menjadikan perjalanan ini lebih istimewa, ibu-ibu akan mendapat pilihan lagu istimewa Hari Ibu untuk dinikmati, dan juga nasihat pakar  tentang teknik pernafasan untuk ketenangan diri bagi ibu-ibu terpilih.

Setelah selesai perjalanan, mereka akan menerima pek hadiah ekslusif daripada Anmum™ Materna yang mengandungi pek nutrisi dan hadiah menarik sebagai persediaan untuk hari kelahiran. Bukan itu sahaja, 100 orang lagi ibu yang mendaftar akan menerima potongan RM5 untuk perjalanan mereka dan juga sebuah Kit Vital Mama eksklusif yang dilengkapi dengan produk-produk khas untuk kegunaan ibu dan pilihan lagu Hari Ibu.





Cara Daftar Pink Riding





Sempena Hari Ibu ini, raikan detik-detik kehamilan yang luar biasa bersama Anmum™ Materna dan Riding Pink untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan percuma dan diskaun, selain daripada Kit Vital Mama eksklusif dengan sertakan butiran dan perjalanan  anda kepada kami di anmumpink@gmail.com.

Anda juga boleh melayari www.facebook.com/ConnectedMumsClub/ atau www.facebook.com/RidingPink untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman-pengalaman luar biasa  ini dan kenali ibu-ibu hebat lain.


Thursday, May 18, 2017

Thursday, May 18, 2017

Berniaga biarlah jujur!


Assalamualaikum!


Walaupun barang yang kita niagakan tu barangan terpakai, barangan yang agak lusuh dan mungkin sebahagiannya elok dan sebahagian lagi rosak tapi bukanlah bermaksud kita perlu menipu pelanggan. Kalau rosak, katakan rosak, jangan cakap barang masih elok. 

Aku dan Pak Jelan juga pernah berhadapan dengan situasi begini. Bilamana pelanggan tidak berapa yakin dengan kualiti barangan elektrik yang kami jual. Mereka selalu ajukan soalan, "berfungsi lagi ke buaian elektrik ni?", "elok lagi ke pemanas air ni?".

Wednesday, May 17, 2017

Wednesday, May 17, 2017

Cari apa di bandar ikan patin?


Assalamualaikum!


Bangkit pagi Sabtu, tak tahu nak buat apa. Niat di hati memang nak bawa anak-anak jenjalan, tapi ke mana? Genting Highlands? Cameron Highlands? Teluk Cempedak, Kuantan? Aikkk....naper semua Pahang je ni?? sebab Pahang negeri kelahiran anak kamiiiiiii hahaha! boleh jawab gitu?😝

Haaa dia kalau kita rancang awal-awal ada kemungkinan tak jadi last minute. Tapi bila tak dirancang, tau-tau je dah sampai sana hehe. Di samping jenjalan tengok barang bundle, dapatla aku merasa lauk popular orang Temerloh yang kurindui iaitu .... ikan patin masak lemak tempoyak!😍

Wednesday, May 17, 2017

Tanda ingatan anak-anak sempena Hari Mama


Assalamualaikum!


Selamat hari mama untuk semua mama, ibu, mak, bonda, mommies dan seangkatan dengannya! Walaupun aku tak menyambutnya secara serius, tapi inisiatif anak-anak untuk meraikan dan menghargai ibu mereka tidak patut disia-siakan betul tak?

Secara praktikalnya, tiada sambutan khusus tapi anak-anak memang suka bagi hadiah-hadiah ni hehe. So, orang nak bagi takkan la kita nak tolak pulak kan. Lagi pulak hadiah tu dari anak-anak kita sendiri, apalah salahnya terima, ucapkan terima kasih dan peluk cium mereka tanda kita hargai pemberian dan inisiatif mereka untuk lebih menghargai dan menyayangi kita ...walaupun diaorang tahu kita mak-mak ni jenis yang membebel dirumah hehe.


Tuesday, May 16, 2017

Tuesday, May 16, 2017

Hadiah Wani dan Mira untuk Hari Guru 2017


Assalamualaikum!


Tarikh 16 Mei setiap tahun takkan luput dari ingatan terutama bagi cikgu-cikgu kita yang diraikan sempena Hari Guru. Satu hari tulah hari special buat cikgu-cikgu terima hadiah dari anak-anak murid walaupun tidak diminta. Dan tahun ini, tema Hari Guru ialah "Guru Pembina Bangsa Negara".

Kakak dan adik ofkos ada hadiah-hadiah untuk cikgu-cikgu tersayang. Walaupun persediaannya di saat-saat terakhir ketika ibu sedang sibuk menyimpul kasih di ruang tamu, tapi ibu gagahkan juga kaki pergi ke kedai dimalam hari bersama kakak dan adik membeli hadiah untuk cikgu-cikgu kesayangan haha!



Sambutan Hari Guru di sekolah kakak dan adik tak kurang hebatnya. Tengok je lah cikgu-cikgu diaorang berpakaian sekolah yang dikirimkan dalam WhatsApp oleh cikgu ni ha. Sekali pandang macam murid-murid sekolah pun ada ... sporting giler cikgu-cikgu!😅





Kiriman hadiah Mira untuk cikgu sekolah pagi dan petang. Tahun ni tak payah nak balut hadiah, guna je paper bag masukkan terus hadiah dan kad ucapan dalam tu. Walaupun hanya atas kertas tapi keikhlasan tu yang penting kan kan kan hehe.

Dan pastinya, ucapan kakak untuk cikgu-cikgu dia paling menusuk kalbu. Karangan separuh muka surat seperti biasa hehe, moga cikgu-cikgu dia tersenyum membacanya nanti ngeeeee 😁





Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Terima kasih kerana mengajarkan anak-anak kami ilmu. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa cikgu.


Tuesday, May 16, 2017

DRYPERS Lancar Lampin Edisi Terhad Bertemakan ROBOCAR POLI


Sempena musim perayaan, Drypers mengingatkan ibu bapa supaya memastikan keselamatan dan keselesaan anak-anak sepanjang perjalanan

Assalamualaikum!

Drypers - peneraju utama lampin pakai buang Malaysia milik SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd (Vinda Group) telah melancarkan lampin edisi terhad baharu yang menampilkan rekaan animasi televisyen kanak-kanak popular Korea Selatan, Robocar Poli. Kolaborasi itu diumumkan oleh Drypers dalam satu acara khas di Club @ Bukit Utama, hari ini.

Kolaborasi yang bertemakan ‘Balik Kampung bersama Drypers & Robocar Poli’ itu dilancarkan bersempena musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Mesej keselamatan jalan raya Drypers telah dipaparkan di lebih 750 kedai seluruh negara, termasuklah hentian Rehat dan Rawat (R&R) terpilih. Malah, mesej keselamatan jalan raya turut disertakan pada pek produk Drypers.


Drypers ialah jenama lampin pakai buang pilihan di kalangan ibu bapa Malaysia sejak lebih 17 tahun lalu. Lampin edisi terhad dengan rekaan Robocar Poli ialah Drypers Wee Wee Dry yang dihasilkan dengan keselesaan dan teras ThinDry
yang diperbaharui. Produk ini direka khas untuk penyerapan sekata dan kekeringan sehingga 30 peratus supaya si kecil anda dapat bergerak dengan lebih selesa.


“Robocar Poli ialah antara siri animasi kegemaran si kecil. Selain mempunyai karakter yang comel dan menarik, siri tersebut juga memberikan inspirasi kepada anak-anak supaya mementingkan keselamatan dalam pelbagai situasi, terutama keselamatan jalan raya. Inilah yang memberi ilham kepada kami kerana Drypers sentiasa mengutamakan keselesaan - kualiti yang seiring dengan keselamatan,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd (Vinda Group), Evelyn Chan.

“Kempen Balik Kampung bersama Drypers dan Robocar Poli sempena musim perayaan turut memberikan motivasi kepada kami untuk menitikberatkan mesej keselamatan jalan raya seperti dikongsikan siri TV Robocar Poli sebagai peringatan kepada ibu bapa dan anak-anak supaya kekal selamat dan selesa sepanjang perjalanan.”

“Seperti anda tahu, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kadar maut dan kemalangan jalan raya tertinggi di dunia. Pada 2016, 7,152 nyawa terkorban dalam 521,466 nahas jalan raya(1). Menurut statistik, 19 kematian berlaku di jalan raya setiap hari. Sepanjang dua minggu pertama Aidilfitri 2016, pihak polis merekodkan lebih 20,294 kemalangan seluruh negara dengan 273 kematian(2). Angka dicatatkan itu seakan memberikan kita amaran supaya melakukan sesuatu untuk mendidik pemandu tentang keselamatan jalan raya,” kata Evelyn.



Rekaan Robocar Poli edisi terhad boleh didapati pada jenama lampin terlaris Drypers Wee Wee Dry. Sebagai tambahan, setiap pembelian Drypers Wee Wee Dry (Edisi Terhad) Mega Pek Kembar, pembeli akan diberikan koleksi penuh warna-warni mainan rasmi Robocar Poli. Manakala pembelian Drypers Drypantz Mega Pek Kembar pula akan menerima kemeja-t kanak-kanak Robocar Poli. Malah, kedua-dua jenis lampin berjenama sama itu didatangkan dengan tambahan 12 keping lampin percuma (6 keping untuk setiap Mega pek), sekali gus memberikan nilai hebat untuk pek lampin paling laris itu.

Drypers Drypantz turut diperbaharui dengan padanan superfleksi dan memastikan si kecil kekal kering hingga 10 jam. Dengan ciri baharu iaitu Pita Lekat dan Buang, ia memudahkan lagi pembuangan lampin terpakai.





Bagi ahli Drypers Baby Club, anda berpeluang memenangi hadiah istimewa Robocar Poli sekiranya menjadi salah seorang daripada 500 ahli terawal yang membeli pek Drypers Wee Wee Dry dan mendaftar kod unik di laman web Drypers Baby Club. Ahli Drypers Baby Club juga boleh mendapat maklumat terkini tentang pengumuman hadiah mingguan di laman web tersebut.

Drypers Baby Club ialah komuniti online yang terdiri daripada 250,000 ibu bapa di Malaysia di mana ahli Drypers Baby Club boleh berkongsi tip dan nasihat pada pelbagai peringkat keibubapaan.

Menerusi platform online, ibu bapa boleh mengumpul mata ganjaran melalui pembelian produk Drypers dan menebus hadiah menarik di Drypers Point Shop dengan cara lebih mudah.

Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan dan hadiah, sila layari laman Facebook, Drypers Malaysia. Jika mahu mengetahui lebih banyak tentang jenama ini dan menjadi ahli Drypers Baby Club, sila layari www.drypers.com.my

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.