Carboot Sale Kota Damansara
Wednesday, June 14, 2017
Minggu kedua bulan enam ...
Assalamualaikum!
Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa. Blog pun sekejap timbul sekejap tenggelam hehe. Tak terdaya nak update cerita setiap hari kerana mengejarkan urusan lain yang lebih penting. Apapun, aku akan cuba sedaya upaya untuk 'menghidupkan' kembali keceriaan blog ini dengan cerita-cerita yang bermanfaat untuk dikongsi.
Ok, minggu lepas macam biasa la kami di CBS Kota Damansara. Cuaca cantik dari pagi lagi, kepulan awan Altokumulus 'meraikan' kedatangan kami disana. Tapi, menjelang siang bahangnya makin terasa! Walaupun dah minum air masak setengah botol time sahur, tetap jugak terasa dahaganya hehe.