Carboot Sale Kota Damansara
Friday, July 21, 2017
Tips pikat hati pembeli
Assalamualaikum!
Setiap minggu pasti ada cerita berbeza di sini. Kadang ada suka, ada duka, ada ceria, ada kepelikan dan bermacam lagi perasaan! Tapi itulah lumrahnya barangkali, bila kita berjumpa dan bergaul dengan orang dari pelbagai jenis latarbelakang kehidupan.
Memula dulu, aku ingatkan berniaga ni hanya aku jual ko beli ....habis cerita! Tapi rupa-rupanya, bila kita meniaga ni kita bukan sekadar menjual barangan tapi berkongsi ilmu! Itu pun salah satu tips memikat hati pembeli jugak kan 😉
Back to the story, pagi tu dimulakan dengan gerimis mengundang hehe. Dah siap susun barang, boleh pulak terasa setitik dua titik kemudian bertitik-titik turun dari langit. Tapi memandangkan ianya hanya gerimis, maka kami tutup je la dengan kain kanvas.
Peniaga carboot semakin bertambah dari minggu sebelumnya, tapi pengunjung yang datang agak berkurangan. Mungkin juga sebab ni masih tengah bulan, jadi orang hanya jalan-jalan tengok barang je.
Mana-mana peniaga pun pasti akan berhadapan dengan risiko sebegini, ye tak? Biasa la tu ... kadang ada turun ada naiknya. Apapun, moh kita jenjalan 'cuci mata' jap!
Setiap minggu, my kenit dan kakaknya juga tidak ketinggalan mengepau hehe. Setelah 3 buah buku komik (3 RM10) dan 2 brooch kecik (satu RM1), beg Frozen ini jadi rembatan terakhir untuk minggu ini ... hohoho!
Kalau suruh cari barang hilang, payah nak berjumpa. Tapi kalau perkataan 'Frozen' ceruk gunung pun dia boleh nampak! My kenit ni masih 'berhantu' dengan kartun Frozen, sanggup meratap merayu minta belikan. Mujur la beg ni RM5 je ... hehe.
Last but not least, one of our customer yang very peramah! Salah satu tips pikat hati pembeli ialah kita kena ada ilmu tentang barangan yang kita jual. Bila ada ilmu, maka senang kita nak berinteraksi dan berkongsi ilmu dengan pembeli. Alhamdulillah ...benda yang dijual simple je, bekas tepak sireh. Tapi, dalam banyak-banyak orang yang datang melihat, memegang dan bertanyakan harganya, bekas tepak sireh tembaga ini akhirnya jadi milik beliau.
Terima kasih daun keladi .... minggu depan datang la lagi 😀