Breaking

Wednesday, August 02, 2017

Wednesday, August 02, 2017

Nak Semak Wang Tak Dituntut (WTD)? Jangan Pergi Waktu Ini!


Assalamualaikum!


Cakap pasal duit semua orang mesti nak kan? Lebih-lebih lagi kalau duit tu memang kita punya dan kita boleh tuntut dengan mudahnya. Tapi semak je yang mudah, sebelum nak semak tu kena bersusah-susah sikit la hehe. Sekarang kan tengah viral pasal isu wang tak dituntut ni, jadi berduyun-duyun la rakyat marhaen ambil kesempatan untuk semak kot-kot kalau ada duit 'terpijak' ada dalam akaun-akaun lama sebelum ni.

Bila isu wang tak dituntut ni jadi viral, maka terpanggillah aku untuk pergi sendiri dan semak samada aku masih ada harapan disini hehe. Mana la tau kan ... ada rezeki nak belanja anak-anak KFC hujung bulan nanti heeheeeheeee!

So, dipendekkan cerita aku pergilah ke tempat yang dimaksudkan tu. Aku pergi pagi tau, sebelum kul 9.30am aku dah sampai. Disebabkan aku duduk di KL, maka tempat yang sesuai untuk semak wang tak dituntut ni ialah di Menara Maybank Kuala Lumpur. 

Sampai je terus naik eskalator ke tingkat lobby untuk ambil nombor giliran la. Memey ramai la orang dok beratur masa ni. Aku dengan yakinnya pergi la dekat kaunter nak ambil nombor giliran, dan senyuman bertukar menjadi muncung panjang bila baca ni ...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Hahahaha haaaa murung kejap la bila aku baca notis ni. Ada had rupanyaa! Ada sapa-sapa mention tak pasal benda ni sebelum ni? Kalau aku tau nombor giliran ada had, tidakla aku nak 'korban'kan lelemak dibadan berjalan kaki sejauh (dari LRT Masjid Jamek ke Maybank jauh gak oiii) ini! haha. 

Maka, aku pulang dengan kepasrahan yang tidak terkata hari tu. Masa nak patah balik ke LRT tu, ada akak sorang ni tanya aku,"adik baru habis semak ke wtd tu?", Aikkk ... terserlah sangat ke muka aku yang penuh pengharapan ni?😝

"Tak sempat kak ...nombor dah habis", ringkas aku balas. Selamat la akak tu dan kawan-kawannya tak payah nak mendaki 'bukit' dan turun kembali dengan kehampaan ...macam aku hehe.

Kemudian datang pulak akak lain mencelah,"saya sampai sini sebelum kul 8 pagi kak, pun nombor habis jugak. Yang datang kul 9 ke atas lagi la tak dapat dah", eh ehh macam mesyuarat jemaah dah kami kat situ hehehe. Tapi aku join jugaklah menyembang kot ada info akak tu boleh kongsi.

"Tau diaorang datang ambil nombor giliran kul berapa? dari kul 5 pagi lagi diaorang dah duduk menunggu disini. Yang tido sini pun ada! Kalau akak-akak nak datang, kena datang lagi awal dari tu ..", adehh... hanya mampu berhuhu je la bila dengar akak tu cakap macam tu. Tak kuasa la pulak aku nak 'berkhemah' depan Maybank macam ni. Kalau nak pergi jugak, kena sahur kat sini la nampak gayanya hehe.

Gitulah ceritanya hari tu. Aku tak tahu la pulak tempat lain macam mana, tapi disitu memang begitulah kesnya aritu. Giler ah! Gigih betul deme menunggu dari sebelum subuh sampai ke pagi. Kalau macam kami yang datang lepas pukul 7 pagi ni memey takda harapan lerrrrr!

So, kome kome seme dah gi semak ke belum? Kalau tempat kome tak ramai orang macam kat KL ni, eloklah pergi semak cepat. Macam aku ni nampaknya kena tunggu isu wang tak dituntut ni 'reda' barulah boleh nak pergi balik. Lagipun benda ni takda tarikh luput, so boleh pergi semak bila-bila masa. Jadi, duduk diam-diam la dulu ye duit ...nanti aku datang balik (kalau ada la ...) haha!


Tuesday, August 01, 2017

Tuesday, August 01, 2017

Siapa cakap cabut gigi sakit?


Assalamualaikum!


Banyak benda berlaku pada my kenit minggu ni. Selain amukan dan rengekan yang tak dapat dielakkan setiap hari, minggu ni dia memberikan ibunya ilham untuk bercerita tentang ... giginya!

Ya ... walaupun dah banyak kali giginya 'gugur' ke bumi, namun baru inilah ibu nak selitkan cerita dalam blog. Sebabnya ... gigi Mira telah dicabut sendiri oleh Mira! 


sebelum kejadian ...


Pagi tu pergi meniaga macam biasa. Sebelum tu, dia dah bising cakap gigi depan dia dah goyang tunggu masa nak tanggal, tapi tak tanggal-tanggal jugak. Aku cakap nanti bawa gi klinik biar doktor cabutkan je hehe. 

Masuk dalam kereta, dia dok tunjuk lagi gigi goyang dia tu. Aku cakap ok la, kalau tak tanggal jugak gigi tu, nanti kita gi klinik ye. "Haaa takmo takmo!". Kalau takmo, cuba Mira cabut guna tisu tu, aku cakap. Sekali betul dia amik tisu ...lekat kat gigi tu dan tarik ke bawah! Keluar sungguh gigi dia ... haha!


selepas kejadian ...


Beria dia gelak bila tengok gigi melekat di tisu. Misi berjaya dan tak perlu pergi klinik haha! Gigi kalau dah goyang memang tandanya tak kekal lama dah la tu. Asyik ditayang je kat kita gigi goyang dia tu, last-last aku 'psiko'kan suh cabut sendiri hehe. Takde plak nangis, takde plak sakitnya. Haa kan elok rongak tu ... haha! 

Monday, July 31, 2017

Monday, July 31, 2017

Hujung Minggu


Assalamualaikum!

Hujung minggu korang dimana? Kami kat mana lagi kalau bukan disini lerrrrr! Minggu sebelum tak dapat nak join, sebab 'terbabasss' haha. Tapi minggu ni alhamdulillah ... ku gigihkan juga bangun dan bersiap seawal pukul 3 pagi sebab tak sanggup lagi 'terbabas' macam minggu sudah hehehe.

Satu benda kena tau, kita kalau dah biasa join meniaga macam ni bila 'tertinggal' satu minggu memang bangun pagi rasa macam ...ermmm tak sempurna! Macam tak kena je ... sebab dah biasa walaupun mata mengantuk badan penat, dan kena bangun sepertiga malam dikala orang lain sedang lena diulit mimpi tapi bagi kami penat macam mana pun, tetap berharap dapat pergi sini. Kecuali la kalau Pak Jelan tak sihat atau ada hal kecemasan yang lain, maka nak tak nak kena amik 'cuti' huhu.



Minggu lepas ok. Ruang parkir yang banyak kosong pada minggu-minggu sebelumnya (sebab raya) sudah dipenuhi dengan peniaga baru dan lama. Cuaca pun ok, cuma sebelah pagi tu bila langit gelap dengan awan tebal, dan bunyi guruh berdentum menjadikan hati-hati kami berdebar seketika ... haha! 

Mujurlah awan tebal dan bunyi guruh tu sekadar 'lalu bagi salam' je, dan langit kembali cerah seperti sediakala. Apapun, kalau meniaga konsep terbuka macam ni kita kena sediakan 'Plan B' supaya barang jualan tidak dibasahi hujan 😊










Memandangkan minggu ni minggu gaji, maka ramai yang buat jualan murah untuk barangan masing-masing. Walaupun barang terpakai, tapi masih mendapat tempat dihati pembeli tempatan dan orang luar. Cuma kita kena pandai pilih dan tawar harga yang berpatutan. Janganlah minta harga murah melampau sangat! Depa pun kena bayar sewa tapak tau ... so, tawar harga tu biar win-win situation ye!

Friday, July 28, 2017

Friday, July 28, 2017

Dialah Mira


Assalamualaikum!


Panjang akal ... memang panjang akal budak bertuah ni. Perangai yang dia tak buat masa baby dulu, dia buat sekarang. Itulah Mira ... 

Baru-baru ni, tolong dia siapkan kerja rumah projek sains. Ingatkan bila dia cakap minta tolong ibu guntingkan gambar haiwan tu, maknanya setakat gunting gambar je la. Rupa-rupanyaaaaa kena gantung ngan tali ikat kat pengyangkut baju pulakkkk.


Alhamdulillah siap juga la projek sains dia, walaupun dok merengek! 

Sorry sayang, ibu kurang meluangkan masa dengan Mira dan kakak kebelakangan ni. Ibu cuba untuk duduk bersama kakak dan Mira sama-sama tolong buat kerja sekolah. Ibu cuba berikan pertolongan pada kakak dan Mira setakat yang ibu mampu. Ibu cuma berharap Mira dan kakak belajar sungguh-sungguh dan hargai ilmu yang ada.



Minggu lepas, awak bagi ibu surat cinta ni. Awak buat tiga surat, satu untuk ibu satu untuk ayah satu lagi untuk kawan awak. Ibu tanya untuk kakak takda ke? Awak jawab nanti awak buat lain untuk kakak. Awak nak bagi kat kawan awak tu sebab dia nak pindah sekolah dah. 

Awak kata ibu garang, tapi awak sayang ibu sangat sangat. Allahu .. ibu pun sayang awak dan kakak dunia akhirat. Ibu mana tak sayang anak ... garang pun kerana sayang. Kalau anak orang, takkan ibu peduli ... tapi Mira dan kakak, ibu perlu asuh supaya tak menyusahkan hidup orang lain kelak. 

Love you both 💗💗

Wednesday, July 26, 2017

Wednesday, July 26, 2017

Majlis Amanat & Jamuan Raya


Assalamualaikum!



Walaupun raya dah habis, tetap nak selitkan juga sedikit kenangan raya untuk tahun ni. Cerita di penghujung syawal, lain sikit majlis jamuan raya peringkat opis besar kali ni sebab turut diserikan lagi dengan Majlis Amanat oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



Antara intipati ucapan YB, adalah berharap misi dan visi opis besar dapat dilaksanakan mengikut pencapaian dan teknologi yang sedia ada. 


YB belum sampai lagi masa ni. Geng kiri..😆

Geng kanan ..😆

khusyuk mendengar ucapan amanat YB

Selesai ucapan amanat YB kita ready untuk makannnnnn! Tahun ni takda jamuan raya, so tahun ni dengan KP baru haruslah kita buat jamuan kan!





Alhamdulillah dengan juadah yang tersedia. Ramai puas hati terutama lemang dan ketupat daun. Dua juadah tu staf kitaorang sendiri yang masak dan hasilnya memang terbaikkkk! Ramai puji dan puas hati ...sedap belaka!

Bukan setakat juadah raya, buah durian dan kambing panggang pun hado! Nasi aku tak pandang dahhhh haha! Adehhh... acaner aku nak diet ni. Terpaksala ditunda ke satu tarikh yang tak dapat dipastikan hehe. 




YB berangkat pulang

Di akhir jamuan, ada sesi karoks dan bergambar. Memandangkan suaraku ini tak berapa nak merdu untuk disumbangkan, maka kita bergambar je lah sebagai kenangan di opis. 




Syawal yang dirai telah pun berakhir. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Moga tahun hadapan kita berkesempatan untuk meraikan aidilfitri lagi.


Tuesday, July 25, 2017

Tuesday, July 25, 2017

Jamuan Raya Puspanita MOSTI


Assalamualaikum!


Alamakkk ... raya dah habis tapi cerita raya tak habis lagi hikhik. Takpe la, ni throwback je pun ... mengenang memori manis sementara masih didalam perkhidmatan. Besok dah pencen takdenye nak melalui ni semua lagi dah kan! 




Dipendekkan cerita, tahun ni sambutan raya Puspanita MOSTI dibuat di Lembaga Perlesenan Tenaga & Atom (LPTA) di Dengkil. Lepas tu, setiap agensi dikehendaki menghias gerai makanan masing-masing untuk kategori Gerai Tercantik dan Gerai Terbaik.

Tahun ni gerai kami menyediakan laksa untuk jamuan raya. So, meh kita tengok gambar-gambar yang sempat aku tangkap aritu.

sampai-sampai je sana terus pergi kat meja gerai

jiran-jiran kami

Tadaaaaa .... sebelum laksa sampai!

Laksa sudah sampai!


Dah siap hias gerai, kita masuk dalam duduk dendiam kat meja sementara menunggu ketiba VIP. Lebih kurang kul 11.45am, barulah majlis dimulakan. Diselang-seli dengan persembahan dari setiap agensi, lepas tu sambung makan hehe.




Team Puspanita MetMalaysia


Perut sudah kenyang, hati ada senang, makanan pun sudah tapau ...ehhh hahaha!

Monday, July 24, 2017

Monday, July 24, 2017

Seronoknya jamuan raya di sekolah!


Assalamualaikum!

Inilah komitmen ibubapa bila tiba bulan Syawal hehe. Raya kan sebulan ...katanya. Maka, mak-mak la kena siapkan juadah apa yang patut untuk anak-anak bawa ke sekolah. 

Untuk tahun ini, anak-anak request aku buatkan simpul kasih untuk potluck diaorang. Memandangkan ibu tak dapat nak buat kuih raya tahun ni, maka ok lah! Kita menyimpul je la hehe.


Simpul kasih ni memang sesuai dibuat sebagai potluck juadah raya. Mudah, kering dan tak perlu banyak bekas! 

Tahun ni kakak dan adik hanya pergi jamuan raya sekolah rendah je. Sekolah agama punya kakak awal-awal dah tarik diri taknak pergi kerana jamuan tu dibuat pada pagi Sabtu. Dia pulak gaduh penat. Dah la 5 hari tu direct bangun pagi, so Sabtu tu dia nak bangun lambat sikit la ceritanya.

Yang Mira pulak nak pergi! Oklah, gosokkan baju raya siap-siap pakai dari rumah, dah bermakeup bergincu. Dah sampai depan pagar sekolah dah ...alih-alih dia tarik tangan takmo masuk! Nak balikk ...nak balikkk! Adehhh ... banyak songeh budak bertuah ni tau! Semalam beria cakap nak pergi beraya, bila dah sampai depan sekolah dia buat hal pulak. Dipendekkan cerita, akhirnya dua-dua tak pergi...yennadei! haha.





kelas kakak




Selain jamuan, ada pertandingan pakaian tercantik jugak! Tengoklah adik-adik kita ...ehh anak-anak kita kat atas ni melaram baju raya masing-masing! Wowwww .... kembang di pinggang uollssss! hehe. 

Kakak dan Mira walaupun tak menang, tapi tetap masuk persembahan. Diaorang kalau bab lagu raya memang champion! haha..


Persembahan dari kelas kakak


Persembahan dari kelas Mira


Haaa begitulah cerita raya deme kat sekolah rendah. Sakan bergambar sakan makan dengan cikgu-cikgu deme. Setahun sekali kan ... nak bagi budak-budak gembira menyambut Syawal ngan kengkawan dan cikgu.

Semua gambar dan video kat atas ni adalah perkongsian dari ibubapa dan cikgu. Thank you cikgu!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.