Puspanita
Wednesday, August 09, 2017
Jualan Puspanita
Assalamualaikum!
Lepas cuti sebulan sempena Ramadan dan cuti raya, aku kembali ke meja jualan Puspanita! Ni la dia ... kalau dah kemaruk menjual, memang payah nak lepaskan peluang yang ada depan mata hehe. Mujurlah jualan Puspanita ni hanya dibuat pada minggu pertama dan keempat setiap bulan. Means, awal dan hujung bulan time orang dah gaji.
Disebabkan aku dah selalu join jualan Puspanita kat opis ni, maka diaorang tahu port biasa aku hehe. Bukan nak demand ke ape, tapi disebabkan macam-macam benda aku jual, maka kena ada ruang yang besar dan luas untuk letak jubah, beg, makanan dan aksesori lain.
Pernah aku try amik meja kat ruang tengah lobi, tapi macam menganggu laluan orang pulak sebab beg-beg tu kena letak atas lantai. Kalau jual makanan saje bolehlah letak atas meja kan. So, depan lif jugakla penyelesaiannya hehe.
Apa yang aku jual? Semua yang korang tengok kat atas ni la kecuali jubah dan beg atas lantai aku lupa nak amik gambar hehe. Ada yang orang punya dan ada yang aku punya. Cuma yang buat aku terkilan dengan diri sendiri, ialah tiap kali ada jualan Puspanita, simpul kasih aku mesti takda atas meja! 😢
Itulah satu-satunya produk yang aku usahakan sendiri. Bukan tak teringin, tapi tak sempat! Tempahan lain sedang menunggu, jadi aku kena dahulukan diaorang punya. Apapun syukur dengan rezeki Allah, tempahan simpul kasih Razhani tak putus walaupun dah habis raya. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan dan customer yang repeat order ngan kami. Juga terima kasih pada cik abg yang support dan bantu menyiapkan tempahan 😍
Selain aku, rakan-rakan lain turut buka meja untuk jualan masing-masing. Lobi ni tak besar mana pun, paling banyak boleh muat 6-7 meja saja. Itu pun dah kira full house dah tu hehe.
So, sekian saja cerita pada hari ini. Moga yang membaca coretan ni ceria-ceria selalu!😉