Breaking

Friday, August 18, 2017

Friday, August 18, 2017

Senarai 402 sekolah bermasalah


Assalamualaikum!


Memang agak membimbangkan bila kita kerap membaca berita tentang perilaku para pelajar kita di sekolah. Kalau zaman aku sekolah dulu, isu displin dan pelajar hisap rokok di sekolah tu memang dah biasa la dengar. Tapi bila 'main' ngan dadah ni ... hurmm.  

Melihatkan kepada senarai-senarai sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini, sebanyak 402 buah sekolah seluruh negara telah dikesan mempunyai masalah displin dan paling teruk .... dadah!

Dua kategori dikenalpasti, iaitu yang bertanda '1' untuk yang mempunyai masalah displin. Manakala yang bertanda '3' adalah untuk sekolah yang mempunyai masalah displin DAN dadah

Senarai Sekolah Bermasalah Displin & Isu Dadah



Banyak juga sekolah-sekolah yang tersenarai😔. Kebanyakannya kerana masalah displin pelajar. Di Kuala Lumpur, kesemua sekolah yang tersenarai terjebak dengan masalah displin dan dadah. 

Aku try jugakla cari nama sekolah aku dulu. Alhamdulillah, dua buah sekolah ni (Sekolah Menengah Convent Jalan Peel & Sekolah Menengah Aminuddin Baki) takda dalam senarai. Form 1-5 sekolah Convent, kesemuanya murid perempuan. Masalah displin tu mana-mana sekolah pun mesti ada, cuma mungkin sekolah kami tak serius. Kalau bergaduh pun, takat jerit-jerit, jeling-jeling, gertak-gertak je kot hehehehe. Masuk Form 6 kat SAB, semua pelajar sana behave jugakla walaupun sekolah campur lelaki perempuan. 

So, apakah penyebab kepada masalah ini? Siapa yang perlu tampil kedepan perbetulkan keadaan? Apa yang perlu kita buat sebagai ibubapa, guru-guru, pentadbir sekolah, pegawai-pegawai di pejabat pendidikan dan seterusnya di kementerian? Masihkah ia boleh diperbaiki? Masihkah ada harapan-harapan untuk anak-anak kita? 

Jawapannya ada pada kita sendiri. Wallahualam ...


sumber : nst

Thursday, August 17, 2017

Thursday, August 17, 2017

Cegah sebelum parah!


Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni, budak-budak dan gajet seperti kawan baik dah. Ibubapa yang tak bagi anak-anak main gajet ni berapa kerat je. Samada yang bagi atau tak bagi langsung, mesti ada alasan dan sebab mereka sendiri kan.

Kami sendiri pun dedahkan anak-anak pada gajet. Cuma diaorang takda la taksub main gajet atau mengadap game sampai teruk nak mengamuk tetak orang tua macam dalam video yang viral baru-baru ni. Seriau aku tengok video dia ... dah macam orang gila budak tu pegang parang kiri kanan nak katok atok dia. Tak ke giler namanya tu?? 

Yang pasti bukan salah budak tu semata-mata. Ianya bermula dari tangan yang memberi. Ibubapa dan penjagalah yang kena mainkan peranan penting. Kadang niat nak senangkan anak tu berhubung ngan kita melalui handphone dah betul, tapi bila kemudahan disalahguna dan bertukar menjadi 'kegilaan' ... beginilah pengakhirannya! Budak kalau dah leka bermain, memang dia takkan berhenti selagi puas!





Ya... mungkin gajet boleh menyenangkan hidup kita. Tapi ia juga boleh memecahbelahkan keluarga, memisahkan suami isteri, menjauhkan ibubapa dengan anak, kawan menjadi lawan, kejujuran bertukar menjadi kepura-puraan seandainya ia DISALAHGUNA. Dan sekarang ... kerana gajet, cucu nak katok atok pulak?? Allahuakbar ...




Terlalu mengikut kehendak anak-anak dan kebebasan melampau bukan tiket untuk kita menyatakan rasa sayang pada anak. Sebagai ibubapa, mungkin kisah ini boleh jadi satu pengajaran buat kita supaya cepat sedar dan berbuat sesuatu sebelum ia jadi lebih parah!



Wednesday, August 16, 2017

Wednesday, August 16, 2017

Handbag kereta Amliya yang unik!


Assalamualaikum!


Pernah tengok handbag wanita berbentuk kereta tak? Memang unik rekabentuk handbag ni! First time aku tengok  dulu pun terpegun dengan handbag dari Amliya ni. Bukan selalu kita jumpa orang pakai handbag berbentuk kereta kan kan kan! 




Amliya mungkin jenama asing bagi kita. Tapi kalau korang google, Amliya memang menghasilkan handbag dengan rekabentuk unik, tidak sama seperti handbag-handbag lain. Ada yang berbentuk teko, telefon, akordion, kasut tumit tinggi (pun ado!) dan banyak lagi.

Pendek kata, memang pelik sikit la design dia ni. Tapi, cantik jugak kan kalau dapat dijadikan koleksi peribadi. Jom cuci mata lagi ...hehe.












Haaa omei kan! Tali dia tu nampak je pendek, tapi jangan tak tau ada 4 cara nak pakai handbag kereta Amliya ni tau. Macam-macam fesyen korang buat dengan handbag ni.


Cooolll!


Rupanya boleh jadikan sebagai beg galas juga uolls! Yang tu aku baru tau je tu hehe. Handbag Amliya ni dibuka untuk jualan. Aku memang simpan khas untuk yang berminat nak jadikan sebagai koleksi peribadi. Kondisi 9.5/10 seperti yang korang lihat dalam gambar.

Kalau berminat, boleh roger yek ;)

Tuesday, August 15, 2017

Tuesday, August 15, 2017

Handbag wanita


Assalamualaikum!


Sejuk dan dinginnyeeee angin hari ni ye. Mana taknye, hujan selebat-lebat dari awal pagi tadi dan sekarang dah petang pun masih mendung. Kebelakangan ni cuaca di KL agak tidak menentu. Tapi apapun, syukur sejuk sikit bumi Allah ni ye dak.

Hari ni aku nak cerita pasal handbag. Wanita dan handbag berpisah tiada ....kan. So, dalam simpanan kami ada handbag wanita jenama Salvatore Ferragamo yang aku kira tiada lagi dijual dimana-mana butik Salvatore Ferragamo di Malaysia setakat ini. Kalau ada, sila bagitau ye huhu.









Comel kan! Original luar dan dalam. Tali dan klip masih elok dan berfungsi. Ni kalau ada tali panjang memang aku dah pakai. Kondisi 9.5/10 seperti dalam gambar.

Sekiranya ada yang berminat nak beli handbag Salvatore Ferragamo atau korang pengumpul tegar handbag wanita atau korang suka handbag yang authentic macam ni bolehlah roger aku yek. Harga? Korang boleh refer kat google. Taip nombor siri beg ni kat google dan nanti keluarlah website yang papar harga dia. Tapi harga aku idokle mahal begitu ye hehe ... ✌


Monday, August 14, 2017

Monday, August 14, 2017

Selsema dan gatal hidung? sapu je M.R.S ni!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ...selsema pulak aku hari ni. First day pulak tu! Bertabahlah sambil buat kerja sambil bersin sambil tonyoh hidung dengan tisu. Last-last, aku teringat ...ehh bukan aku ada simpan MRS ke??

Bukak beg, seluk dalam sikit dan jumpaaa!





Haaa tanpa membuang masa, tekan sikit kat jari dan sapu sekitar hidungku yang mancung ini hehe. Dari pagi dok bersin tak berhenti. Bila sapu MRS ni, baru terasa nyaman hidung. Bersin dan gatal-gatal hidung pun kurang.

Sebelum raya hari tu aku dah tambah stok untuk kegunaan sendiri, untuk mak mertua dan abah di kampung. Sampai sekarang ada lagi ni! Cer kira berapa lama MRS ni bertahan? Jimat giler uolls!

Hari tu try sapu MRS ni kat kaki abah sebab tiba-tiba kulit dia jadi gatal-gatal merah dan menggerutu macam terkena 'ular air'. Aku sapukan MRS ni kat kulit dia ... alhamdulillah takda menggaru dah dia lepas tu. Kesan gatal tadi 'mati' dan tak jadi merah macam sebelumnya. Terbaikkkk sangat!👍


Friday, August 11, 2017

Friday, August 11, 2017

Perbezaan Antara Sakit Jantung, Serangan Jantung & Strok


Assalamualaikum!



Penyakit yang berkaitan dengan jantung sememangnya cukup digeruni oleh semua golongan. Kalau dahulu, kita biasa dengar penyakit jantung ni hanya dihidapi oleh warga emas berusia 50 tahun ke atas. Namun faktor pemakanan, pencemaran dan cara hidup yang tidak sihat masa kini menyebabkan semua golongan masyarakat tidak mengira usia turut terdedah kepada risiko penyakit jantung.

Pun begitu, kita perlu tahu membezakan yang manakah serangan jantung dan apakah yang dikatakan dengan sakit jantung. Apatah lagi bila ia melibatkan terma yang digunakan oleh orang awam seperti kita. Biasanya, bila seseorang yang kita kenal menghidapi penyakit yang berkait rapat dengan jantung, kita akan menggunakan terus istilah "sakit jantung", sedangkan simptom dan komplikasinya berbeza.

Di hari Jumaat yang mulia ini, aku kongsikan sedikit apakah perbezaan antara ketiga-tiga jenis penyakit jantung in untuk manfaat kita bersama. Baca panjang sikit takpe kannnn 😉



Apa itu sakit jantung (heart attack)?

Sakit jantung terjadi apabila arteri dalam jantung tersumbat (blocked) menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen tidak sampai ke bahagian tertentu dalam jantung. Jika arteri yang tersumbat itu tidak 'dibersihkan' dengan cepat, bahagian jantung yang sebelum ini menerima aliran darah yang banyak akan mula mati. Sekiranya, seseorang itu tidak mendapatkan rawatan, kerosakan akan menjadi lebih teruk. Simptom sakit jantung bermula perlahan dan  boleh berterusan sehingga berjam-jam, berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum kejadian sakit jantung.


Simptom sakit jantung

Antara simptom-simptom yang boleh kita kesan ialah :
  • kerap pening kepala
  • sakit/tidak selesa dibahagian lengan, bahagian belakang, bahagian leher
  • sakit dibahagian dada
  • berpeluh
  • sukar bernafas
  • sakit perut hendak muntah
  • kepenatan yang teruk untuk beberapa hari atau minggu sebelum sakit jantung. Bagi wanita, gejala pedih ulu hati, batuk dan kurang selera makan boleh berlaku.

Apa itu serangan jantung (cardiac arrest)?

Serangan jantung berlaku secara tiba-tiba dan selalunya tanpa dijangka. Ia terjadi kerana kegagalan "elektrik" dalam jantung yang menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur (arrhythmia). Apabila proses pengepaman terganggung, jantung tidak dapat mengepam darah ke otak, paru-paru dan organ lain. Kemudian, seseorang itu akan rebah tidak sedarkan diri dan tiada nadi. Kematian akan terjadi dalam beberapa minit sekiranya mangsa tidak menerima rawatan dengan segera.



Simptom serangan jantung

Antara simptom-simptom serangan jantung ialah :
  • pengsan ketika melakukan aktiviti sukan
  • sukar bernafas
  • kadar denyutan tidak teratur/terlalu cepat
  • selalu berasa sangat letih dan penat
  • kerap pening kepala
  • sakit dibahagian dada

Apa itu strok (stroke)?

Strok atau "brain attack" berlaku apabila saluran darah dalam otak tersumbat. Otak kita tidak boleh menyimpan oksigen, maka ia bergantung kepada aliran darah yang kaya dengan oksigen. Strok terjadi apabila otak kekurangan bekalan darah, dan apabila tisu-tisu ini tidak mendapat bekalan oksigen lebih dari 3-4 minit, ia akan mati.



Simptom strok (stroke)

Antara simptom-simptom strok ialah :
  • beberapa bahagian seperti muka, tangan, kaki menjadi lumpuh/kebas
  • kabur penglihatan secara tiba-tiba 
  • sakit/pening kepala dan badan hilang keseimbangan
  • pertuturan tidak jelas/tidak normal dan kurang difahami



Semoga dengan perkongsian ini, kita akan dapat menambah ilmu yang sedia ada tentang organ jantung kita. Di samping itu, jom kita sama-sama jaga jantung kita dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Amalkan cara hidup yang sihat dan jauhilah rokok dan seangkatan dengannya. Tapi kalau korang ada soalan lebih lanjut mengenai tajuk diatas, sebaiknya korang refer pada doktor atau ahli yang pakar dalam bidang ni. Aku sekadar berkongsi fakta mengenainya.

Cakap pasal jantung ni, aku teringat kat sorang pakcik sedara aku yang kami panggil Pak Ndak Atan yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu akibat serangan jantung. Arwah tidak pernah sakit jantung (setakat yang aku tahu) sebelum itu, dan berita pemergian arwah sangat mengejutkan kami sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....al-fatihah.



sumber : www.heart.org & kkm

Thursday, August 10, 2017

Thursday, August 10, 2017

Lagi testimoni Simpul Kasih Razhani


Assalamualaikum!

Alhamdulillah tempahan Simpul Kasih Razhani untuk bulan puasa dan raya lepas mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Cuma baru sekarang aku teringat nak kongsikan di blog huhu.

Walaupun aku buat secara kecil-kecilan bukan berskala besar macam bisnes orang lain dan cuma separuh masa, tapi syukur sangat simpul kasih ni dapat diterima dan menepati citarasa mereka.


TESTIMONI SIMPUL KASIH RAZHANI



Apa lagi yang dapat aku ucapkan selain alhamdulillah dan bersyukur atas feedback dan respon dari pelanggan. Kalau ada terkurang disana sini baik dari segi rasanya dan layanan kami, kami mohon dihalalkan ye.

Sebenarnya ada beberapa lagi testimoni dari pelanggan yang tak dapat aku nak kongsikan disini. Pasaipa? Pasai aku gatai tangan pi terdelete sebelum sempat aku screenshot ...hahaha bijak kan aku😖. So yang mana masih ada dan sempat diselamatkan je la aku share kat sini huhu. 

Terima kasih yang tak terhingga pada pelanggan-pelanggan samada yang baru atau yang repeat order ngan kami. Tempahan simpul kasih sentiasa terbuka pada yang hendak menempah, cuma kena tempah awal dan bayar awal.

Akhir sekali, majulah simpul untuk yang berkasih ...ehhh hahaha!

Tata titi tutuuuuu ....!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.