Online Shopping
Wednesday, August 30, 2017
Chh..Chh..Chilindo!
Assalamualaikum!
Tergagap-gagap nak menyebutnye ye hahaha! Apapun, aku pun dah sama dah 'terperangkap' dalam 'sangkar' Chilindo ni. Orang lain dah 'reda', aku baru nak cerita. Agak teruk juga penangan Chilindo ni ye, memula suka suki je bid sana bid sini, sekali terrrmenang pulak! Banyak pulak terrrmenang tu hehehe.
Oh, sebelum tu ini bukan entri berbayar ye. Ye, aku bayar tapi bukan dibayar hehe.
Tengok barang-barang yang ada kat website www.chilindo.com tu boleh tahan juga menggodanya. Apatah lagi kita yang bid harga! Sapa paling tinggi dia menang. Tapi nak menang pun kena menang dengan cara yang bijak. Jangan terlampu eksaited ko bid, last-last harga tu tak berbaloi dengan kualiti barang yang ko dapat. Mau menangis tak berlagu nanti!
Tips bida (bid) barang di Chilindo
Sebelum aku bid, aku dah baca komen dan feedback dari pelanggan lain. Sebab tu untuk mengelakkan rugi besar, aku tetapkan harga yang aku nak bid untuk satu-satu barang tu. Misalnya, bawah RM5 je untuk barang kecil. Paling tinggi aku bid hanya setakat RM8+. Melainkan barang tu besar seperti basikal atau barangan elektrik baru ko boleh bajet untuk bawah RM30 pulak. Pastikan kualiti barang yang kita nak bid tu sesuai dengan nilai yang kita letak. Kalau rajin, survey dulu harga barang tu di website lain. Agak-agak ko tak boleh menang dengan harga tu, ko bagi dulu pada orang lain dan ko cuba bid sekali lagi sampai la ko berjaya dapat harga ko nak.
Ya, aku bid macam tu la. Jangan kerana kita nak sangat barang tu maka kita bid harga tinggi melampau sedangkan ko boleh beli dengan murah lagi di tempat lain. Paling penting, ko baca dulu description barangan kat bawah tu barulah ko decide nak bid ke tak atau ko rasa nilai bid ko tu berpatutan atau tak. Jangan barang dah sampai dalam tangan baru ko menangis sebab dapat tahu barang yang ko bid sampai seratus lebih tu rupanya diperbuat dari plastik! huhu.
Jam Tangan Fesyen Putih
Jam Tangan Fesyen Hitam
Super Sealer Mudah Alih
Tali Pinggang Kulit Lelaki
Set Pemutar Skru
GO SHOT F2 3D Telefon Pembesar Skrin
Cermin mata hitam
Cermin mata hitam-kuning
Light Brown Aviators
Ada 9 barang kesemuanya! Barang kecik-kecik je aku pilih, sebab baru first time beli kan. Tak tau lagi kualiti macam mana tu, sebab tu la aku bid rendah-rendah je hehe. Tapi pada aku, lebih baik beli banyak barang dari hanya satu dua barang je. Sebab rasa macam tak berbaloi pulak ko bid lampu suluh RM3.00 tapi kos penghantaran sampai RM8! Better ko beli banyak, tapi kos penghantaran dia tetap sama.
Barang yang menang bid!
Total nilai kesemua barangan ni bawah RM60 termasuk kos penghantaran. Kat situ dia tulis tambah RM8 untuk penghantaran, tapi kalau ko pilih untuk COD, ko kena tambah lagi RM4 so jumlah kos penghantaran RM12. Setakat ni, 9 barang aku bid 9 barang sampai ke tangan dengan selamat.
Aku pilih kaedah pembayaran secara tunai iaitu melalui COD, sebab cara tu lebih selamat berbanding secara online. Dah ada barang depan mata, baru bayar. Kalau barang tak sampai lagi, at least duit ko tak lesap macam tu je kan haha!
Haaa banyak dah tips aku bagi ni. Yang penting, ko kena ingat kemampuan ko berbelanja. Bab kualiti nanti aku cerita hari lain k.
Okla, selamat berchilindo!