Breaking

Tuesday, October 31, 2017

Tuesday, October 31, 2017

Program Bicara Ilmu Di Masjid Shah Alam


Assalamualaikum!


Ya Allah .. dimanakah kekuatanku untuk menatap blog ku ini haha. Ape le punya pemalas kebelakangan ni, hanya mampu satu hari satu entri je aku ni. Tu pun kalau ada cerita best nak dikongsi. Kalau takda ... aku nganga je la! hehe.

Hari ni last kakak exam. Mira dah habis semalam, dia punya happy la sebab sambung latihan untuk sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah nanti. Jadi dia dan kakaknya kena berlatih menari. Pastu dia dok peringat kat aku suh belikan crown atau tiara tuk dia pakai Jumaat ni. Haihh la anak ... maafkan lah keterlupaan ibu yang sokmo sokmo lupa ni huhu.


Monday, October 30, 2017

Monday, October 30, 2017

Hujung minggu di Perpustakan MPBJ


Assalamualaikum!


Dah lama kita tak berkunjung ke perpustakaan, sampaikan kakak pun dok mengulang soalan yang sama bila kita boleh pergi perpustakaan sebab kakak nak baca buku. Bukan nak menyekat aktiviti kegemaran kakak, tapi jadual padat kita sekeluarga setiap hari setiap minggu menyebabkan ibu terpaksa menangguh sebentar perancangan ke sini.

Alhamdulillah, dapat juga kakak dan adik lepaskan hajat datang melawat 'kawasan' heeeee. Masuk je dalam, masing-masing terus berlari ke rak buku untuk ambil buku cerita yang disukai. 


Friday, October 27, 2017

Friday, October 27, 2017

Batalkah senyum ketika solat?


Assalamualaikum!


Biasa mak-mak kalau ajar anak-anak solat, kita katakan pada mereka yang ketika solat kita tidak boleh makan, minum, bercakap kuat dan ketawa kerana ia boleh membatalkan solat. Lepas tu, anak-anak kita yang cerdik pandai bijaksana ni akan bertanya, kalau tak boleh ketawa kita boleh senyum tak? Siapa anak dia tanya soalan macam tu? Kalau ada, kita genggg! haha.

Memang tak boleh nak agak soalan sebegitu akan keluar dari mulut diaorang kan hehehe. Tapi, sebagai ibu kenalah siap sediakan jawapannya supaya diaorang tak keliru. Andaikata kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti anak-anak korang akan bertanya soalan yang sama korang dah boleh jawab dengan yakin insyaAllah 😉

Wednesday, October 25, 2017

Wednesday, October 25, 2017

Minggu peperiksaan


Assalamualaikum!

Dari dalam bilik riuh dengar suara dua budak kenit tu. Kita suruh dia ulangkaji matematik, tapi kedengaran seperti dua beradik tu tengah bergelak ketawa bergurau senda di meja belajar. Bila kita tanya buat ape yang riuh sangat tu, diaorg senyap kejap pastu bising balik hehe.

Minggu peperiksaan akhir tahun dah pun bermula. Serentak pulak tu dengan peperiksaan sekolah agama. So kita ulangkaji ala kadar je la. Untuk esok, paper matematik so malam ni kukuhkan balik sifir 1 sampai 12. Buat sikit soalan bahagi dan hafal formula. Untuk sekolah agama, katanya esok paper tauhid dan feqah. 

Tuesday, October 24, 2017

Tuesday, October 24, 2017

Bonda Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi & JRM | Dulu & Sekarang



Assalamualaikum!


Haluuuu! selamat hari Selasaaaa! Dah 2 minggu kita berselubung dalam kepanasan ye dak. Ni pun suhu baru 34⁰C-35⁰C, kita dah menggelupur cari aircond cari air. Kalau boleh 24 jam asyik nak beraircond je kan, apatah lagi kalau dalam rumah huhu. Apapun, pastikan korang minum air masak secukupnya ye, dan pastikan anak-anak juga cukup air dan jauhi dari bermain di luar terlalu lama terutama di tengah-tengah panas terik.

Berbalik kepada topik, tak ramai antara kita yang dapat kekalkan rupa dan bentuk badan setelah bertahun-tahun, termasuklah aku! Janganlah tertipu dengan kekurusan aku ni ahahahaha kerana kita semua sama je sebenarnya, bila makin berumur makin kuranglah tahap metabolisma kita. Ditambah pula dengan cara hidup dan pola pemakanan yang tak berapa nak teratur, so yeah ...agak payah nak kekalkan berat dan bentuk badan yang ideal huhu.

Apapun, ni cuma entri santai je ye. Setelah 4 tahun tidak bertemu, bulan lepas aku dipertemukan kembali dengan bonda Rozita Ibrahim di satu seminar dimana beliau turut menjadi salah seorang panel. 


Monday, October 23, 2017

Monday, October 23, 2017

Senarai Penuh TT Jam @ Gathering Rasmi Kelab Pengumpul Diecast Seluruh Malaysia


Assalamualaikum!


Hari tu aku dah share pengalaman pertama kali aku pergi TT JAM @ KELANA JAYA. Memang happening memang havoc! Tapi tu baru satu tempat je, rupa-rupanya ada lagi kat tempat lain. Sesuai sangat la kan sebab peminatnya pun ramai. So, kalau korang nak tahu kat mana lagi tempat korang boleh lepak sambil usha koleksi kereta diecast ni, jom baca sampai bawah!




Friday, October 20, 2017

Friday, October 20, 2017

Macam mana nak start carbootsale ni ye?


Assalamualaikum!


Kami start carbootsale masa Pak Jelan ikut kawannya berniaga di Kota Damansara. Lepas tu, sikit-sikit kami tambah dengan barangan kami sendiri sehinggalah sekarang ni. Kami takda rujukan online waktu tu, apatah lagi nak bertanya kawan-kawan sebab takda yang involve secara tetap dalam dunia carboot ni.

Masa tu tempat yang kami tahu ialah CBS Kota Damansara, walaupun jauh dari rumah tapi disitulah kami bermula dan masih kekal sehingga ke hari ini. Sebenarnya, tak susah pun nak mulakan bisnes carbootsale ni tapi since ada yang bertanya, maka hari ini aku akan kongsikan serba sedikit guide tentang bagaimana nak start carbootsale.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.