Breaking

Friday, February 02, 2018

Friday, February 02, 2018

Gebangnya seperti menteri, pung pang sana tapi habuk pun tarak!



Assalamualaikum!


Pernahkah orang yang macam ni wujud dalam kehidupan anda?  Mesti ramai antara kita pernah terjumpa dengan orang yang macam ni. Eh, tapi ni bukan cerita pasal mana-mana menteri dalam negara kita ye. Takda kena mengena pun hehehe.

Ada ke antara kawan-kawan kita yang suka cakap besar atau gebang lebih sana sini? Atau sedara kita? Fuhh kita pun rasa 'kagum' tambah meluat kalau dengar dia bercakap betul tak. Impiannya besar, janjinya melangit! Tapi, hasilnya? yillek patti.



Tuesday, January 30, 2018

Tuesday, January 30, 2018

Senarai Harga Popia Simpul Kasih Razhani 2018


Assalamualaikum!


Alhamdulillah syukur, produk kecil-kecilan kami iaitu Simpul Kasih Razhani terus mendapat tempat di hati pelanggan. Memang dah ada perancangan nak tukar packaging dari tahun lepas lagi. Alhamdulillah  tahun ni tercapai jugak hajat hehe.

Sebelum ni kami mengalami sedikit kesulitan kerana kebanyakan pelanggan adalah dari luar daerah yang ingin merasai Simpul Kasih Razhani. Tapi apakan daya, penghantaran secara pos tidak mungkin dibuat sebab kami masih menggunakan plastik ketika tu. Bimbang nanti simpul kasih hancur di tengah jalan.

So, bermula tahun 2018 Simpul Kasih Razhani akan dijual dalam balang untuk memudahkan kami membuat penghantaran secara pos sekiranya ada tempahan luar. 



Saturday, January 27, 2018

Saturday, January 27, 2018

Bercakap memang pandai, membuatnya belum tentu pandai


Assalamualaikum!


Tak semua orang dikurniakan kebolehan pandai bercakap dan dalam masa yang sama boleh melakukannya. Ramai orang pandaiiiiiii bercakap, pandai berhujah walaupun hujahnya takda 'isi' tapi bila disuruh buat? Sunyi sepi ....

Dalam konteks ni, manusia ada tiga jenis perangai. Yang pertama,  tak pandai bercakap tapi reti buat. Yang kedua pandai bercakap dan boleh buat. Dan yang ketiga macam sekarang ni lah .... cakap je pandai buatnya tak pandai. Harapkan orang lain yang buatkan untuk kita.




Dalam tiga-tiga tu, yang mana satu kita agaknya ye?

Wednesday, January 24, 2018

Wednesday, January 24, 2018

SUNFEET Pakar Ortotik & Prostetik Anda Kini Di Petaling Jaya!


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak bahagian tubuh kita, yang manakah paling kita prihatin dan selalu menjaganya dengan baik? Mungkin tak ramai yang memilih kaki kerana kita berpendapat penjagaan kaki cukuplah hanya dari segi kebersihan dan pemakaian kasut yang sesuai. Sekurang-kurangnya, aku juga terfikir begitu pada mulanya 😣

Tetapi, tanggapan itu berubah selepas aku berkunjung ke Sunfeet International Rehab Centre yang baru-baru ini telah membuka cawangan barunya di Petaling Jaya. Sebagai ibu, pendedahan tentang penjagaan kaki yang baik amat penting lebih-lebih lagi untuk dua orang anak aku ni. Dah tentu mencegah dari awal itu lebih baik dari mengubati kan.

Pada mulanya, aku agak skeptikal juga kenapa mesti nak ambil peduli pasal tapak kaki kita? Samada ia flat atau tidak? Apakah ia akan mempengaruhi cara kita berjalan dan keadaan kesihatan kita? 

Yang mana satu jenis kaki korang?

Tuesday, January 23, 2018

Tuesday, January 23, 2018

TT Kompleks C, Petaling Jaya Bermula 3 Feb!


Assalamualaikum!


Macam-macam hal lah terjadi dalam minggu ni. Banyak yang berkisar pasal dua beradik tu la. Kakak start je sekolah dah bizi dengan homeworknya. Lepas ni hari Sabtu akan bizi dengan kelas tambahan pula. 

Mira ...? Tak tahu lah apa kene dengan itu anak, perangainya kebelakangan ini sangat menduga betul!
Nak kata baby...dah darjah 3! Tapi merengeknya tak habis-habis. Merajuk nombor satu! Jangan cakap aku tak pay attention kat dia ye. Tahu dia nakkan perhatian, sebab tu time makan, time belajar, tiem tido pun aku ada sebelah diaorang.


Tuesday, January 16, 2018

Tuesday, January 16, 2018

Bila ada peluang meniaga


Assalamualaikum!

Rebutlah peluang tu! Tak kiralah meniaga di kaki lima atau pasar malam atau pasar karat atau kedai atau di perkarangan pejabat, selagi kita ada produk untuk dijual maka ambillah peluang tu. Zaman sekarang kita tak boleh sekadar mengharap gaji saje, kena ada side income untuk terus survive di bumi Malaysia ni hehe.

Setelah sekian lama aku tak join meniaga di pejabat, minggu lepas dapat juga meniaga. Kali ni aku bawakan juga produk makanan kawan punya, selain beg-beg aku tu. Biar banyak barangnya, baru meriah sikit jualan betul tak!


Monday, January 15, 2018

Monday, January 15, 2018

Dua bulan lagi


Assalamualaikum!

Dah masuk minggu kedua diaorang bersekolah. Aktiviti hari-hari memang padat dan kadang-kadang tak cukup masa dibuatnya. Tapi belah malam, aku akan pastikan diaorang tidur pukul 10pm atau 10.30pm paling lewat. Takda maknanya nak layan drama cintan cintun dah sekarang ni. Tidur lagi best! haha.

Jangan diaorang, aku pun tak layan sangat dah drama sekarang ni. Last aku boleh hadap citer Patahnya Sebelah Sayap tu, lepas tu aku tak boleh commit nak tengok drama lain. Balik je dah humban beg terus masuk dapur. Dari pukul 7.30pm sampai pukul 10pm tu aku kena pastikan diaorang dah siap segala homework lengkap dengan makan malamnya. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.