Merdeka 2018
Wednesday, August 29, 2018
Bila anak-anak minta ibu buatkan baju bendera ...
Assalamualaikum! Jadi ibu ni kena pandai serba serbi. Omputih kata ape .... multitasking hohoho. Tapi ibu bab jahit menjahit ni ibu surrender awal-awal la. Memang ibu tak pandai dalam bab tu! Jahit tangan reti la ..tu pun senget benget gak sembat aku haha!
Tapiiiiiii bila anak-anak minta tolong jahitkan baju bendera sempena sambutan merdeka kat sekolah, nak tak nak ibu kena paksa diri ibu untuk PANDAI menjahit. Eh bukan guna mesin jahit pun ... jahit cara tradisional je la hehe. Jahit sembat tu reti la ...
Menjahit satu hal ...idea nak buat macam mana baju bendera satu hal lagi. Mira nak masuk pertandingan baju bendera kat sekolah agama. Pastu sambung ke pertandingan baju bendera di sekolah rendah pulak nanti. Kakak je yang nak masuk pertandingan untuk sekolah rendah. Bila tanya kenapa taknak masuk sekolah agama punya? Malu sebab ada budak lelaki kat sekolah .... macam ni la anak ibu ayah, pandai malu dah ye. Tak perlu ibu bebel panjang bab ni lagi hehe.