Breaking

Friday, October 05, 2018

Friday, October 05, 2018

Jejak kasih selepas lebih 50 tahun terpisah!


Assalamualaikum! Terharu ... sedih ...sebak bila mengenang kembali pertemuan mereka pada petang itu. Betapa lama mak menunggu saat itu hadir dalam hidupnya dan alhamdulillah doa mak dimakbulkan Allah swt. 

Dalam hidup kita ni, dari zaman kanak-kanak sampai ke tua pasti ada perjalanan kehidupan yang kita takkan boleh lupakan sepanjang hayat. Begitulah mak ... di usia yang hampir 70 tahun, akhirnya hajat mak untuk bertemu keluarga yang banyak berjasa padanya dulu tercapai. 


Dari kiri belakang : Uncle Musa, Uncle Rose, Uncle Mud, Mak & Uncle John (Zulkifli)

Thursday, October 04, 2018

Thursday, October 04, 2018

Rasa macam nak lari dari KL ni!


Assalamualaikum! Berita sedih pagi ni telah viral di media tentang kembalinya ke rahmatullah keenam-enam anggota bomba yang telah lemas ketika misi menyelamat mangsa di sebuah lombong di Puchong. Innalihiwainnailaihirojiun ... salam takziah dan al fatihah buat kesemua mangsa lemas, moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beroleh ganjaran yang tinggi disisi Allah swt.


Wednesday, October 03, 2018

Wednesday, October 03, 2018

Face painting untuk Mira


Assalamualaikum! Teringin benar dia bila nampak ada orang buat face painting tu hehe. Minggu lepas kami hadir di satu majlis sambutan birthday di PJ. Kat majlis tu ada servis face painting untuk kanak-kanak, so Mira nampak macam berminat sangat nak mencubanya. Tapi dia takmo lukis dimuka sebab esok sekolah katanya hehe, so lukis kat tangan je la.

Tuesday, October 02, 2018

Tuesday, October 02, 2018

Benda nampak kecil tapi impaknya besar!


Assalamualaikum! Ingat tak dulu-dulu zaman kita sekolah rendah, semua murid mesti ada buku catatan kecil. Kemana saja pergi kena bawa. Masuk perhimpunan kena bawa, catit segala arahan yang cikgu beri dalam tu. Kalau ada kerja sekolah yang perlu disiapkan atau barang yang perlu dibawa ke sekolah, catit dalam buku tu juga. 

Tapi budaya tu macam dah tak wujud sekarang. Dah senang, nak senang lagi! Tangan kosong takda pegang buku atau kertas. Jangan kan kata murid-murid, perangai begini boleh pergi sampai ke orang dewasa. Masuk meeting melenggang kangkung! Pergi seminar tangan kosong. Harapkan orang lain bagi kertas dan pen untuk kita catit info. Kalau takda, takdala.

sumber : mstar

Monday, October 01, 2018

Monday, October 01, 2018

UPKK & SPM


Assalamualaikum! Bermula bulan September, anak-anak kita akan menduduki peperiksaan yang penting iaitu UPSR yang dah berakhir minggu lepas, UPKK bermula dari hari ini sehingga Khamis, SPM & STPM yang akan bermula dalam bulan November nanti.

Parents nervous tak?? tentulah nervous kan...biasalah tu anak-anak amik exam, mak pak yang lebih dramanya hehe. Tapi itulah keseronokan jadi ibubapa betul tak. Kita berkongsi perasaan tu dengan anak-anak dan dalam masa yang sama kita bagi motivasi kat diaorang untuk berusaha sebaik yang boleh, berdoa dan bertawakal.


Thursday, September 27, 2018

Thursday, September 27, 2018

Zaman sekarang anak sudah pandai marah ibu!


Assalamualaikum! Begitulah nasib kaum ibu di zaman ini. Zaman serba canggih, zaman semua di hujung jari. Kalau dulu mak-mak dan ayah-ayah je yang berhak marah anak, tegur anak, rotan anak. Tapi sekarang itu semua dah terbalik!

Perlukah ibu dimarahi? Perlukah mengajukan soalan seperti itu? Tak pasal-pasal ibu rasa bersalah bila Mira ajukan soalan tu pagi tadi. Terkejut ...tergamam ....terdiam. Emosi terganggu sekejap dan soalan itu tak berjawab sehingga kini.

Salahkah? salahkah akuuuuuu...????


Wednesday, September 26, 2018

Wednesday, September 26, 2018

Tegur selagi boleh, cegah sebelum parah!


Assalamualaikum! Tak yah tengok jauh-jauh ...tengok ahli keluarga kita sendiri sudah. Abah kite pun dulu 'galak' nak mencuba produk-produk 'kesihatan' ni. Asal ada yang keluar kat tv, dia pasti akan cuba beli sebotol. Masa dia beli sebotol, dia tak cerita kat kita. Dah berbotol-botol ambil, berbulan-bulan telan baru dia bukak cerita hehe.

Minum jus tu, dia kata serasi. Kemain bercerita betapa tekanan darah dia boleh turun, kencing manis terkawal. Tapi lepas 5-6 botol, pergi cek balik tekanan darah ... apasal makin tinggi?? Haaaa tak berhenti takat situ! Tak serasi jus ni, dia try beli jenama lain pulak. Yang famous tu laaa!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.