Parenting & Tips
Wednesday, October 17, 2018
Betulkah anak sulung suka memberontak?
Assalamualaikum! Persoalan yang hanya anak sulung boleh jawab. Tapi kalau dilihat dalam ahli keluarga ni memang yang sulung selalunya suka memberontak pun hehe. Kita anak bongsu mujur tak berapa nak aktif dalam aktiviti pemberontakan ni haha.
Anyway, anak sulung kita sejak meningkat dewasa banyak benda yang berubah tentang dia. Satu je tak berubah iaitu masih banyak tanya hehe which is good actually. Yang Mira pun sama suka banyak tanya. Kadang-kadang benda tu kita tak pernah amik tahu pun selama ni tapi bila anak tanya mesti kita kena tahu benda tu untuk jawab soalan dia tu. Haishhh ...
Back to kakak ... she's grown up now. Tak lama lagi dah darjah 6. Pemikiran dan karakternya berubah sama sekali. Dia lebih garang dan tegas ... mengenan ibunya barangkali. Ye la, macam Mira cakap, ibu ni suka marah-marah tau. Dah kalau dicakap sekali dua kali tiga kali tak melekat di hati, maunya tak dimarah!