Breaking

Monday, October 22, 2018

Monday, October 22, 2018

Lepas kelas tambahan


Assalamualaikum! Minggu lepas adalah kelas tambahan terakhir kakak untuk tahun ini. Tahun depan dah tentu akan ada lagi kelas tambahan untuk UPSR. Bertambah sibuk la jadual kita lepas ni ye nak. Isnin sampai Jumaat dah sibuk dengan sekolah, tambah hari Sabtu kena pergi kelas tambahan pulak. Ibubapa yang anak-anaknya nak masuk Tahun 4 & 5 tahun depan kena siap siaga la ye.

Memang diakui, tahun ni kami tak berjalan sangat kemana-mana. Hari Sabtu kakak dah kena pergi kelas tambahan. Kalau takda kelas tambahan pasti ada je aktiviti dia di sekolah tu. Kalau clash dengan aktiviti lain, terpaksa batal yang tu untuk bagi laluan pada aktiviti kakak, terutama kelas tambahan atau program pembelajaran.

Sebab tu kalau kakak cuti panjang atau kakak tiada kelas tambahan ibu pasti akan berehat sepuas-puasnya di rumah! Time ni la pun ibu dapat melunjur kaki berbaring pastu tido haha. 


Friday, October 19, 2018

Friday, October 19, 2018

[VIDEO] Best pulak guna SpeedyMando ni!


Assalamualaikum! Barang-barang Tupperware dari dulu sampai sekarang memang selalu menggugat iman. Makin lama makin hebat rekabentuk dan coraknya. Yang terbaru kita dapat tengok demo guna SpeedyMando oleh kak Mah tukang jual Tupperware kat opis ni hehe.

Barang Tupperware ni kaum hawa memang cukup suka kumpul kan. Sampai jadi bahan lawak kat media sosial kalau mak-mak beli Tupperware orang lain tak boleh usik atau guna.

Tapi SpeedyMando ni kalau dah beli tak guna, rugi sangat wak! Sebab ia banyak membantu kerja-kerja memasak kita di dapur. Lebih-lebih lagi yang suka masak banyak-banyak atau suka jamu orang. Haaa SpeedyMando ni akan memudahkan kerja-kerja menghiris segala jenis bawang, kentang, timun dan lain-lain.

Jom layan video kita!



Thursday, October 18, 2018

Thursday, October 18, 2018

12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah Bermula 2019


Assalamualaikum! Sejak kerajaan Malaysia yang baru dibentuk, banyak perkara yang telah dan sedang melalui rombakan besar-besaran. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam berdepan dengan perubahan ini. 


Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah yang akan berkuatkuasa pada Tahun 2019.




Wednesday, October 17, 2018

Wednesday, October 17, 2018

Betulkah anak sulung suka memberontak?


Assalamualaikum! Persoalan yang hanya anak sulung boleh jawab. Tapi kalau dilihat dalam ahli keluarga ni memang yang sulung selalunya suka memberontak pun hehe. Kita anak bongsu mujur tak berapa nak aktif dalam aktiviti pemberontakan ni haha.

Anyway, anak sulung kita sejak meningkat dewasa banyak benda yang berubah tentang dia. Satu je tak berubah iaitu masih banyak tanya hehe which is good actually. Yang Mira pun sama suka banyak tanya. Kadang-kadang benda tu kita tak pernah amik tahu pun selama ni tapi bila anak tanya mesti kita kena tahu benda tu untuk jawab soalan dia tu. Haishhh ...

Back to kakak ... she's grown up now. Tak lama lagi dah darjah 6. Pemikiran dan karakternya berubah sama sekali. Dia lebih garang dan tegas ... mengenan ibunya barangkali. Ye la, macam Mira cakap, ibu ni suka marah-marah tau. Dah kalau dicakap sekali dua kali tiga kali tak melekat di hati, maunya tak dimarah!


Tuesday, October 16, 2018

Tuesday, October 16, 2018

Review | Eyeliner Chica Y Chico



Assalamualaikum! Minta ampunnn minta maaf ye kakak adik. Kita baru nak share pasal barangan make-up yang kita tebus dari Althea hari tu. Gunanya dah lama tapi baru hari ni ada masa nak taip story kat blog hehe.

Kita ni sebenarnya suka sangat dengan eyeliner, tapi tak suka guna yang pensel sebab setiap kali nak lukis garisan dia tu, nampak comot! So, masa nak tebus reward point hari tu kita dah target nak cuba liquid brush eyeliner di Althea dan kita jumpa One Killer Eyeliner Chica Y Chico!



Thursday, October 11, 2018

Thursday, October 11, 2018

Bukan Hepatitis C tapi ....


Assalamualaikum! Kecik-kecik dulu mak la yang selalu ambil berat sakit pening kita. Yang teman kita pergi jumpa doktor pun mak juga. Yang letak tuala basah di dahi kalau demam panas pun mak juga la. 

Tapi bila anak-anak dah ada keluarga sendiri, duduk berjauhan maka mak dan abah la yang jaga satu sama lain. Itulah satu benda yang kita rasa sedih ... sedih memikirkan dalam usia begini pun diaorang kena pergi sendiri buat sendiri. Sebab tu kita akan sedaya upaya untuk ambil cuti temankan mak ke hospital dan berjumpa doktor.




Tuesday, October 09, 2018

Tuesday, October 09, 2018

Aten Ucuk!


Assalamualaikum! Alahaiiii anak buah kesayanganku ... Aten dah besor dah ye! Dulu kecik cinonet je awak, dengan mulut bak burung muncung ke depan, pipi gebol, badan debab, mata sitap haha awaklah cucu pertama dan permata hati intan payung kesayangan Atok dan Wan. 

Time awak kecik, Ucu sekolah menengah dah tapi perangai masih kebudak-budakan haha! Sebab awak la Atok rajin bawa kami pergi taman haha. Bawa awak main buaian, panjat sana sini. Atok sayang sangat kat awak Aten ... dipeluk diciumnya cucu dia ni.

Tapi bila cucu dah besor Atok sayang dari jauh je la hehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.