Story Kenit
Friday, December 21, 2018
Budak yang selalu aku dukung dulu, kini dah jadi suami orang!
Assalamualaikum!
Terimbas kembali kenangan terindah waktu duduk di Cheras lebih kurang 29 tahun yang lalu.
Lebih tepat lagi Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak.
Walaupun indah tapi banyak yang aku tak boleh nak ingat sebab masa tu aku kecil lagi, baru sekolah tadika.
Nak masuk darjah 5 baru pindah ke rumah sekarang.
Antara yang aku ingat, ialah main kat kebun jiran depan blok.
Tapi sekarang kebun tu dah jadi Highway Loke Yew hahaha.
So setiap kali aku lalu situ, aku akan nampak rumah lama aku blok 92.
Zaman dulu, kengkawan aku adalah anak-anak jiran satu blok.
Yang empunya kebun ni adalah salah satunya.
Aku bukan setakat berkawan dengan diaorang, tapi aku suka sangat layan adik diaorang yang kecil sekali.
Anak bongsu...time tu kemaruk nak ada adik.
Tu yang aku suka sangat layan anak-anak jiran yang masih kecil atau baby.
Termasuklah adik kepada kawan aku ni hehe.
Nama dia Syafiq..aku tak pasti umur dia masa tu.
Tapi dia baru nak boleh berjalan kot.
Sukaaaa sangat main ngan dia, layan dia, jaga dia.