Breaking

Tuesday, February 12, 2019

Tuesday, February 12, 2019

Kisah Angpau Hazwani


Assalamualaikum!

Bizi! bizi! bizi!
Tapi kena ada waktu juga untuk blog kesayangan.
Gong Xi Fa Cai to all my chinese friends!

Seronok budak-budak cuti sekolah seminggu kan.
Ibu pun seronok pi keja jalanraya kosong hehe.
Pagi gerak lambat pun takda masalah.
Lima belas minit dah sampai.
Balik petang lagi best.
Sebelum kul 6 dah sampai umah.
Nikmatnyaaaa!

Siap masak, sebelum kul 7 boleh duduk rehat jap.
Tapi malam ngantuknya tetap sama hehehe.

Alkisahnya Hazwani.
Dia dah eksaited yakmat dari hari pengumuman.
Katanya pusat tuisyen dia akan bagi angpau.
Berapa?
Tiga puluh ringgit!
Wowww! kakak kayooo!
Kami pun ok lah.
Adik dah siap sedia nak pau haha.
Kakak pulak ada plan dia.
Kejap nak beli barang sekolah.
Kejap nak belanja ibu.
Kejap nak simpan beli beg.
Mana satu niii?? :p



Friday, February 01, 2019

Friday, February 01, 2019

My New Makeup Line from ALTHEA !


Assalamualaikum!

Hello Februari!
Yesssss! My Luna Box is here!
My source of happiness dah sampai!
Never fail to make me smile.
Never tired to give me surprise.

Kali ni they have new makeup line for you ladies!
Rugilah kalau tak grab sekarang.
Tengok kali pertama terus jatuh cinta!




Setiap kali terima parcel merah jambu dari Althea, saya pasti akan buat video unboxing
Tak tahulah kenapa, tapi keterujaan tu tak pernah padam dengan Althea haha.
Mesti happy mesti ceria kalau dari Althea!
Coz I know they have everything I need for my makeup and skincare.




New makeup line from Althea yang korang harus jatuh cinta!

💖 Watercolor Cream Tint Set
💖 BCLxAlthea Eye Palette
💖 Spotlight Eye Glitter
💖 Skin Relief Spot Film Gel
💖 Flawless Creamy Concealer Set









Tak sabar nak try different shades of lip tint tu. 
Ada 4 uolls!
I can mix match with the concealer.
Nice!
Not forgetting the BCLxAlthea Eye Palette dan Eye Glitter for a glamorous look!
And Skin Relief for those yang have pimples like me but wanna look fantastic when apply makeup.
Awesome!

Wait for my tutorial and review ya!
Wish me luck! haha.

#AltheaAngels,

Hanim

Thursday, January 31, 2019

Thursday, January 31, 2019

Misi cari periuk nasi berjaya!


Assalamualaikum!

Sejak periuk nasi tak menyala lampunya.
Terpaksalah aku masak nasi guna gas dapur.
Berbulan lamanya bertahan.
Akhirnya aku tewas!

Start tahun 2019, aku ada resolusi.
Resolusi nak cukupkan kelengkapan rumah sedikit demi sedikit.
Ada 3 barangan elektrik yang aku perlukan dalam rumah tu.
Dua darinya berjaya dah berjaya aku beli.

Pertama, vakum dan kedua periuk nasi ni.
Kedua-duanya dari Shopee!
Adoiii ...'berhantu'lah online shopping ni hahaha!
Pantang bukak mesti membuak-buak hati tu nak klik beli.


Wednesday, January 30, 2019

Wednesday, January 30, 2019

Sepetang Bermain Badminton Dengan Anak-anak


Assalamualaikum!

Konsep bersukan ni luas sebenarnya.
Nak kata dah lama tak besukan dengan anak-anak tak betul juga.
Cuma sukannya bukan di taman permainan.
Tapi di shopping mall! haha.
Walaupun tak membeli, sekadar 'cuci mata'.
Tapi jalan kaki 'tawaf' satu kompleks tu pun kira bersukan gak la kan hehehehe.

Tapi takkan la tiap-tiap minggu nak pergi 'lapor diri' kat mall tu.
Tak tenteram hidup kalau dijadikan tabiat hehe.
So, minggu lepas kami buat sukan lain.
Ini sukan yang sebetul-betulnya sukan hehe.
Sukan yang mengeluarkan peluh!


Monday, January 28, 2019

Monday, January 28, 2019

Vakum beli di Shopee dah sampai!


Assalamualaikum!

Barang yang dinantikan telah tiba.
Demi kesenangan kerjaku di rumah.
Fikir punya fikir, akhirnya aku beli jua vakum ni.

Inilah kali pertama aku beli barangan elektrik secara online.
Sebelum ni agak bimbang juga, bimbang ditipu.
Walaupun harganya tak sampai beratus-ratus tapi kena berhati-hati juga.
Tapi alhamdulillah, terbuka hati nak membelinya.

Macam-macam jenis, macam-macam jenama ada.
Kena pandai pilih spek, survey harga dan lihat testimoni pengguna.
Tengok punya tengok, akhirnya aku pilih yang ini!

Friday, January 25, 2019

Friday, January 25, 2019

Bahan bacaan untuk Wani & Mira di hujung minggu



Assalamualaikum!

Kejap je dah Jumaat!
Esok Sabtu, lusa Ahad.
Selain homework yang berlambak nak kena siap.
Ibu sediakan bahan bacaan untuk kakak dan adik ngadap.

Mujur di opis ada perpustakaan.
Ibu boleh pinjamkan.
Nak pergi perpustakaan luar, entah kan bila masanya.
Setiap kali ada buku baru masuk, ibu akan pilih cerita-cerita yang menarik untuk dibaca.

Pilihan mereka?
Komik kartun.
Tapi sekarang ni, kakak dah boleh terima novel sikit-sikit.
Cuma dia cepat pening kalau baca buku tulisan yang kecil.
Yang Mira still 'melekat' dengan komik.

Takpe.
Janji baca.
Untuk release mind.
Untuk hiburan.
Untuk bagi minat membaca.



Thursday, January 24, 2019

Thursday, January 24, 2019

Awak ingat saya ada masa untuk pening kepala?


Assalamualaikum!

Bila aku cakap aku dah lain dari dulu.
Bila aku cakap aku dah tak kurus macam dulu.
Bila aku cakap baju kurung aku dah tak muat.
Kengkawan semua tak percaya!

Tapi semalam telah membuktikan ramalanku selama ini benar.
Masa nak tunggu anak-anak habis sekolah.

Aku terserempak dengan kawan meniaga.

Borak punya borak.
Dia tegur, "nampak berisi sikit dah Nim"

Aku sengih je la.
Dah memang betul pun haha.

Eh, bukankah itu yang aku mahukan selama ini?
Walaupun dulu aku pasang cita-cita.
Cita-cita nak naikkan sikit berat badan.
Dan bila akhirnya tercapai, rasa menyesal pulak haha!
Walaupun aku sedar dan perasan diri ini dah semakin memberat.
Tapi sebab aku ni tinggi sikit je.
Maka, ke-berisi-an itu tak nampak sangat.
Tapi percayalah, ia makin hampir huhu.

Takpelah.
Nanti kita eksais ye hehehehe.
Anak-anak pun dah bising.
Ibu dah malas nak bersenam.
Kita pun dah jarang pergi taman.
Heyyyy ibu bukan malas.
Tapi Isnin sampai Jumaat kita 'bersenam' juga kan.
Dari pagi sampai malam tak habis-habis bergerak sana sini.
Kira bersenam la tu :p

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.