Story Kenit
Monday, March 18, 2019
Beza datang mesyuarat PIBG waktu siang dengan waktu malam!
Assalamualaikum!
Dalam tempoh 6 tahun kakak bersekolah agama, ini kali pertama aku pergi mesyuarat PIBG sekolah dia. Sekolah pagi memang setiap tahun pergi, tapi sekolah agama ini yang pertama kalinya. Kenapa? sebab mesyuarat PIBG dia buat malam.
Kenapa malam? sebab kebanyakan ibubapa duduk di luar kawasan jadi kalau buat hari cuti waktu siang mungkin takkan dapat sambutan. Tapi memang ada betulnya. Sekolah kebangsaan punya mesyuarat PIBG mana pernah cukup korum walaupun dibuat pada hari Sabtu dan waktu siang.
Jadi, sekolah agama diaorang buat pada waktu malam. Tapi bagi aku pula, agak susah nak stay back sebab kami duduk jauh nuuu di Kolumpo! Kang balik umah dah pukul berapa! Tapi tahun ni kita buat pengecualian sikit. Nak merasa juga suasana mesyuarat PIBG waktu malam ni hehehe.