Melaka
Friday, June 14, 2019
Aidilfitri satukan kami
Assalamualaikum! Hari raya selain berkumpul anak beranak, kunjungan sedara mara ke rumah juga memeriahkan sambutan aidilfitri. Namun, dalam kegembiraan menyambut lebaran, kami terima berita sedih pemergian bapa sedara, iaitu adik abah sehari sebelum raya.
Al fatihah buat bapa sedara, Idris Bin Ahad atau lebih dikenali dengan panggil Pakcik Zali. Tahun ni je dua orang adik abah kembali ke rahmatullah. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmatNya.