Breaking

Tuesday, June 25, 2019

Tuesday, June 25, 2019

Sambutan Aidifitri Di Ofis Meriah!


Assalamualaikum! Macam mana raya korang? Minggu ni last la pun kalau nak gi open house atau buat makan-makan raya kan. Minggu pertama dan kedua raya tak berapa nak meriah sangat jemputan open house kan. 

Tapi masuk minggu ketiga (minggu lepas) bapak punye jem jalan KL-SELANGOR ni hehe. Rupanya orang pakat gi open house sana sini. Masuk hiway pun jem...pacitaaa? hehe. Anyway, kita pun ada cerita raya nak kongsi, cerita di ofis jeeee hehe.

Alhamdulillah dah 7 tahun aku keje office hour, masih diberikan peluang dan nikmat meraikan Aidilfitri bersama kengkawan office. Dari segi makanan meriahnya jangan cakap la. Tak pernah tak havoc makanan bahagian aku ni hehe. Tapi yang penting bab kerjasama tu penting ye adik-adik. Kita ni tuan rumah, so buat cara tuan rumah. Gi la tolong apa yang patut, tunjuk muka dan sama-sama buat kerja. Jangan tau makan je hehe.


Friday, June 14, 2019

Friday, June 14, 2019

Aidilfitri satukan kami


Assalamualaikum! Hari raya selain berkumpul anak beranak, kunjungan sedara mara ke rumah juga memeriahkan sambutan aidilfitri. Namun, dalam kegembiraan menyambut lebaran, kami terima berita sedih pemergian bapa sedara, iaitu adik abah sehari sebelum raya.

Al fatihah buat bapa sedara, Idris Bin Ahad atau lebih dikenali dengan panggil Pakcik Zali. Tahun ni je dua orang adik abah kembali ke rahmatullah. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmatNya.


Wednesday, June 12, 2019

Wednesday, June 12, 2019

Indahnya Aidilfitri 2019


Hariii raaaya...hari yang mulia. Penuh bererti kepada kita. Tua muda miskin dan kaya, menyambutnya dengan gembiraaaaaaa! Berhati-hati di jalan raya...semoga anda selamat tiba. Ucapan selamat hari raya dari EON untuk semuaaaaa...!

Assalamualaikum! Haaa time nak mengarang ni la keluar lagu ni dalam kepala hehehe. Inilah lagu yang diaorang dok main dalam televisyen masa kita kecil-kecil dulu...ingat tak? Ah budak sekarang mana tauuuu, ni lagu raya retro untuk budak zaman 90-an je. Dah lebih 30 tahun pun boleh ingat lagi bait-bait lagu ni. Tapi tu la... lirik lagu cepat ingatnya sampai berpuluh tahun, surah al-Baqarah dari kecil mengaji tak lekat-lekat lagi dalam kepala aku ni. Haihh..

Monday, June 03, 2019

Monday, June 03, 2019

Biskut raya den siap!


Assalamualaikum! Dua hari lagi nak raya ha, persiapan raya macam mana? Kami biasa-biasa je, yang penting anak-anak punya mesti ada. Tapi selain anak-anak punya, ibu punya pun kena ada hehe. Apa lagi kalau bukan projek biskut raya!

Alhamdulillah aku masih berkesempatan meneruskan tradisi membuat biskut raya sendiri. Beli bahan dan buat sendiri terasa kepuasannya! 


Tahun ni aku sempat buat 4 jenis, dan tahun ni buat pertama kalinya biskut mama carey tak dapek den nak buat. Kito buek biskut tokap-tokap yo ha hehe. Sonang kojo sikit ha.

Biskut Dahlia

Biskut Nestum

Florentine @ Almond Crunchy

Simpul Kasih

Jadi la ha. Buat untuk sendiri dan mak. Campur ngan maruku sikit dapat la 5-6 jenis kesemuanya. Seronok tengok tetamu datang ke rumah makan biskut yang kita buat sendiri. Omak den pun ada projek kek dio sendiri. Duo jenis kek dok dalam oven tu ha. Kek gula hangus dan kek biasa vanilla. Ado orang panggil kek gula hangis tu kek sarang semut, ada yang kata kek span. Tak kisahla janji rupo eh samo! hehe.

Eh lupa nak bagitau, kakak dan adik pun ada menolong buat biskut ngan kek. Kiranya ni projek biskut raya kami 3 beranak la hehe.

Selamat Hari Raya!
Hanim

Friday, May 31, 2019

Friday, May 31, 2019

Concealer Pilihan Hati Untuk Hari Raya


Assalamualaikum! Hadoiii tajuk...tak boleh blah yek. Macam la dia sorang je pakai concealer selama ni hahaha. Anyway, nak cerita jugak la dalam blog ni. Benda baik kita share betul tak. Sebagai salah seorang dari #AltheaAngels tak salah kalau kita kongsi produk kosmetik yang sesuai dan berbaloi untuk dimiliki.

Anyway, hari tu aku dapat parcel dari Althea dan salah satu produk yang sampai adalah set Flawless Creamy Concealer yang mempunyai 4 warna untuk kesesuaian tona kulit. Secara jujurnya, ini kali pertama aku guna concealer sebagai foundation hehe. 



Thursday, May 30, 2019

Thursday, May 30, 2019

[Recommended] Skin Relief Spot Film Gel Untuk Masalah Jerawatku!


Assalamualaikum! Punya la lama dok mencari ubat apa nak kasi hilang jerawat ni, akhirnya aku ketemu juga. Walaupun sejak dah masuk 3 series ni, jerawat pun keluar seketul-seketul, tak macam muda remaja dulu (hehe) tapi bila dia keluar dekat tempat yang tak sepatutnya iaitu di mukaku, haaaa haru kejap la jadinya hahaha.

Pertama kali aku diperkenalkan dengan produk Skin Relief Spt Film Gel dari Althea, aku macam skeptikal sikit pun ada. Maklumla, dah banyak kali kecewa kan hehe. Tapi rupanya ada beza ketara produk ni dengan yang lain-lain yang pernah aku guna.


Wednesday, May 29, 2019

Wednesday, May 29, 2019

[Watercolor Cream Tint] 4 Rona Warna Menarik Untuk Dipakai Di Pagi Raya


Assalamualaikum! Tinggal lagi kurang seminggu je kita nak sambut Hari Raya. Mesti semua orang sibuk buat persiapan raya kan. Tapi jangan lupa juga tambahkan ibadah kita di 10 malam terakhir ni ok. 

Anyway, cakap pasal persiapan mak-mak mesti ada plan setiap tahun betul tak. Baju apa, design macam mana, kasut apa, biskut raya beli mana semuanya demi keluarga. Tapi mak-mak mesti nak kelihatan cantik berseri di pagi raya jugak kan.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.