Sanah Helwah
Tuesday, November 05, 2019
Sanah helwah abah!
Assalamualaikum! Dari zaman muda dia dah berkelana mencari rezeki. Walau sekolah hanya setakat darjah enam, tapi dengan kudrat tulang empat kerat itulah dia menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.
Hidup di bandar pada zaman tu bukanlah senang. Dengan hanya dia seorang bekerja pada masa tu dan anak-anak yang masih kecil, kami hanya mampu berteduh dibawah bumbung rumah setinggan. Tak banyak yang aku dapat ingat tentang kehidupan dirumah setinggan sebab masa tu aku masih kecil. Tapi yang aku ingat, walaupun rumah kami rumah setinggan tapi sangat kemas sangat cantik dengan pokok bunga gantung dihadapan beranda rumah dan tepi tangga. Aku masih ingat abah belikan basikal pertamaku basikal BMX berwarna merah lepas tengok aku terkial-kial menolak basikal kawan dari belakang. Walaupun kami serba kekurangan masa tu tapi abah tak sampai hati tengok anak hanya mampu menolak basikal kawan dari belakang.