Breaking

Thursday, December 19, 2019

Thursday, December 19, 2019

Sarapan pagi kat Bukit Lintang


Assalamualaikum! Atok baru tunjuk satu port yang dia biasa lepak minum dengan kawan. Kalau kawan dia ajak gi minum, di kedai ni lah diaorang akan pergi. So, satu hari atok bawa ibu dulu datang sini dengan motor. Ikut jalan dalam kampung memang ibu tak pro lah. Menyelok-nyelok atok bawa. 

Tapi kalau ikut jalan besar, ibu tau la. Oohh senang je nak cari kedai dia. Arah nak gi ke Bukit lintang je. Sepanjang jalan tu ada beberapa gerai makan, tapi yang ni dekat dengan surau. Surau ape lupa dah namanya.

Tuesday, December 17, 2019

Tuesday, December 17, 2019

Pantai Klebang 2.0


Assalamualaikum! Masuk ni baru dua kali kami datang ke Pantai Klebang. Kesian kan? haha. First time datang kami lepak kat port lain. Tak banyak aktiviti kami buat masa tu, hanya main air tepi pantai je. Tapi port yang kami pergi kali ni best juga aktivitinya. 

Port yang depan sekali ni dekat dengan Food Truck, so senang la nak order makanan ke ape. Bukan makanan je, barang mainan pun sempat dirembat dua orang budak bertuah tu! 

Port depan ni rupanya ada kandang arnab tau! Adehh kami baru tau haha, apa lagi ke sana dulu kami tuju. Comelnya la arnab-arnab ni, kita hulur je lobak merah terus dingapnya! Satu cawan dijual cuma RM1, kira puas la kita bagi makan kat geng arnab tu. Tapi arnab-arnab tu je yang tak pernah kenal erti lapar. Dah habis tiga cawan pun diaorang datang dekat nak lagi haha.






Dekat enam cawan juga kami 'jamu' arnab-arnab ni, tapi diaorang masih lapar lagi hehe. Bulunya lembut dan comellll sangat! Bukan ada arnab je kat sini, ada juga guinea pig (atau hamster?) juga. Sama cutenya!






Dah puas main arnab, si kecil bertuah tu nak main pasir pulakkkk. Beli pulak mainan kat situ. Kakak yang dah nak masuk umur remaja pun kena jadi kanak-kanak balik sebab nak layankan adik tu hehehe. Takpela, bukan selalu pun korang main pasir pantai kan. Main la...




Ingat dah puas main ngan arnab, main pasir boleh balik ke? Eh takkkkk....ado layi diaorang nak main! Kami main layang-layang pulakkkkk! haha. 'Terbang' sepuluh ringgit beli layang-layang lima ringgit setiap satu. 

Cuaca tepi pantai elok panas dan berangin kuat, jadi seronok juga main layang-layang kan. Apo layi, demi anak-anak...daku layankan jua dua anak bertuah tu! Hilang terus imej seorang mak, timbul imej sorang budak remaja purba main layang-layang tengah pantai. Mujur time tu tak ramai orang sangat! Kami bantai gelak sakan! :p




Terer kan kami main layang-layang? hahaha. Atok ngan Wan tersengih-sengih tengok kami dari jauh. Ape la dari anak sampai ke cucu tak reti main layang-layang haha. Yang penting anak-anak happy! Ibunya pun dah lama tak enjoy macam ni kat tepi pantai. 

Dah puas main layang-layang, baaaaru Atok ngan Wan panggil balik hehe. Itu pun si kenit tu takmo balik, nak main lagi katanya. Ehhh kita nak gi tempat lain pulak. Next time kalau ada rezeki kita repeat datang lagi k sayang.

Love,

Ibu

Monday, December 16, 2019

Monday, December 16, 2019

Masjid Selat


Assalamualaikum! Cuti sekolah kemana tu? Kitaorang macam biasa balik kampung la. Tapi kali ni, kitaorang jalan jauh sikit tapi still dalam Melaka hehe. Cuaca di Melaka awal bulan ni sangat baik sekali, walaupun panas tapi berangin kuat. Tu yang best kalau ke tepi pantai kan.

Minggu tu kami jalan-jalan ke Masjid Selat, salah satu tempat pelancongan terkenal di Melaka. Uniknya Masjid Selat ni terletak betul-betul di tepi perairan Selat Melaka. Ramai dah tahu kan, Selat Melaka adalah jalan laluan sutera bagi perdagangan suatu masa dulu. Ia merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia!



Friday, December 13, 2019

Friday, December 13, 2019

Nak diet kena ada mood!


Assalamualaikum! Ada masa dan ketikanya aku ni tak nak 'sentuh' nasi langsung! Nak kata sedang berdiet mungkin betul juga, nak kata tidak tu pun betul juga haha. Tapi itulah, bagi aku nak diet kena ada semangat yang kental dan mood yang baik. Mood tak baik, memang tak menjadi diet aku. Tapi kebanyakan masanya memang mood tak baik, so melantak la selagi boleh! haha.

Tapiiiii kalau mood baik datang, selera nak ke nasi tu pun kurang maka lauk se-simple ini pun aku mampu ulang dua kali makan!

Thursday, December 12, 2019

Thursday, December 12, 2019

Keputusan UPSR Hazwani


Assalamualaikum! Hampir terlupa ibu nak masukkan cerita tentang keputusan UPSR kakak yang diperolehinya bulan lepas huhu. Takpe, hari ini ibu kasi cerita sikit tentang itu ya. Cerita ini adalah perkongsian tentang kegembiraan seorang ibu terhadap keputusan anak dalam UPSR. Satu benda yang semua ibubapa akan lalui bilamana anak mereka telah melepasi ujian UPSR. So, ibu abadikan coretan kegembiraan ini dalam blog ibu. 


Wednesday, December 11, 2019

Wednesday, December 11, 2019

Contact Me

 




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan entri yang dikongsikan atau anda ingin berkolaborasi dengan penulis blog, sila tinggalkan mesej di ruangan yang disediakan.


Sebarang mesej berbentuk spam tidak akan dilayan sama sekali. Anda juga boleh menghubungi penulis di email : wanimira737@gmail.com dan penulis akan membalas email anda sepantas yang boleh. Jika anda ingin bertanya tentang pengiklanan, sila nyatakan dalam mesej tersebut dan penulis akan menghantar sebutharga iklan kepada anda.

Terima kasih.


Thursday, November 28, 2019

Thursday, November 28, 2019

Selamat hari lahirku yang ke....


Assalamualaikum! Dah tua-tua ni, takda apa yang lebih bermakna dari meluangkan masa dengan keluarga. Walaupun takda perancangan nak ambil cuti untuk sambut birthday, tapi simple celebration pun ok dah. 

Keinginan untuk celebrate pun tak berapa nak ada, tapi hajat tu nak bawa anak-anak pergi tengok wayang dan jalan-jalan. Cuma belum ada kesempatan lagi. Harapnya bulan 12 nanti, bolehlah tunaikan hajat diaorang. Itu pun dah cukup bahagia bagiku.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.