Breaking

Friday, March 13, 2020

Friday, March 13, 2020

You Must Try These Restaurants In KL


Assalamualaikum! Walaupun aku lahir di Selangor, tapi Kuala Lumpur adalah tempat aku membesar. Kuala Lumpur ni kecil je tapi sekecil-kecil tu lah jadi syurga makanan untuk orang yang suka makan macam aku. Tapi kadang-kadang, tempat makan atau restoran yang kita suka tu tak berapa strategik. Lokasi sempit la, tiada parkir la, parkir tak cukup la. Tambah jalan selalu sesak di setiap ceruk jalan kat Kuala Lumpur ni, so setiap kali nak keluar makan tu kena fikir dua tiga jugak la.

Ya, memang begitulah keadaannya kalau nak makan kat luar. Kena survey dulu tempat makan atau restoran tu ada kemudahan parkir yang cukup atau tidak. Leceh gak la, tapi itu dulu. Sekarang dah ada apps Food Panda lagi senang nak cari makan hehe.

Tak perlu drive satu Kuala Lumpur untuk survey satu-satu, just survey 'restaurants near me' pun kita dah boleh tahu kat mana lokasi restoran tu dan makanan apa yang dijual. Eh senang sungguh la! 

Tapi alang-alang dah ada apps Food Panda ni, aku order terus untuk food delivery. Tak perlu start enjin kereta bagai pastu nak tempuh kesesakan di tengah bandaraya tu. Orang kata, pergi lapar balik lapar haha. Tak payah tempuh tu semua. Guna je apps Food Panda, makanan dihantar sampai ke depan pintu dan makan. Setel.

Kat Kuala Lumpur memang banyak kedai makan atau restoran yang jual makanan sedap-sedap, tapi aku just nak kongsi 5 restoran yang menjadi pilihanku.

Dah ready? jom 'cuci mata' ;)

Wednesday, March 11, 2020

Wednesday, March 11, 2020

Kek gula hangus dan kasih sayang mak


Assalamualaikum! Biasa kan kalu balik kampung mesti ada projek mak dengan anak. Kali ni kami berdua buat projek kek gula hangus bersama-sama. Kek ni antara kek kesukaan aku sejak kecil. Bentuknya pun lain dari yang lain kan, terutama lubang-lubang halus tu. Aku 'ketagih' tengok 'lubang semut' tu dan mesti tertanya macam mana boleh jadi macam ni ye?

Teksturnya pun kenyal dan lembut, dan antara kek paling senang buat sebab tak mudah hangus hehe. Projek kami bermula selepas Subuh hari tu. Memula nak buat sebiji je, tapi memandangkan kek ni mendapat sambutan oleh 'askar-askar' di rumah tu maka kali ni aku request buat dua biji. Sebiji untuk makan bersama mak dan abah, sebiji lagi bawa balik KL.



Monday, March 09, 2020

Monday, March 09, 2020

Kasut Baru Dari Shopee


Assalamualaikum! Sudah tiba masanya untuk tukar kasut baru. Sudah berbulan memasang hajat nak beli kasut baru, walaupun gajinya dapat tetiap bulan tapi dek nak memenuhi tuntutan keperluan keluarga maka kena la diutamakan yang itu dahulu.

Bila kali terakhir aku pakai kasut bertumit?? Entah la... lama sungguh sampai tak ingat! Sejak masuk '3 series' ni, aku lebih selesa pakai flat shoes atau sneakers atau yang seangkatan dengannya. Janji tapak rata dan bergetah. So, pilihan kasut aku kali ni pun dari kalangan keluarga yang sama lah. Takyah berangan nak pakai bertumit tinggi ye.


Friday, February 28, 2020

Friday, February 28, 2020

Bulan dukacita


Gambar takda kena mengena hehe 


Assalamualaikum! Terlalu banyak nak diluahkan disini tapi jari-jemariku kaku fikiran buntu. Menghilang bukan bererti tidak peduli, tapi sedang merawat hati yang sedikit terobek dengan ujian yang tidak pernah akan berhenti. Mengambil masa untuk pulihkan jiwa dan rohani.

Awal tahun dah macam-macam ujian Allah bagi, alhamdulillah. Luaran nampak normal, dalam hati aku berdoa ya Allah kuatkan hatiku ya Allah. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Masa takkan menunggu kita kalau kita berlengah dan bertangguh.

Tuesday, February 25, 2020

Tuesday, February 25, 2020

Isu ustazah merangkak dalam kelas


Assalamualaikum! lama daku 'berpuasa' di blog ni. Rasanya bulan ni paling sikit aku bercerita. Banyak benda yang terjadi disekeliling aku. Tapi nantilah aku cerita kalau mood tu datang hehe.

Dalam banyak-banyak isu panas yang viral dalam bulan ni, isu maknyah gi umrah, isu Covid-19, isu tiada adab ketika ziarah kerana kematian, isu faraid, isu politik dan isu nikah 1 free 1 (mahram), isu ustazah merangkak ni yang buat aku terpanggil nak berkongsi disini. Pasal cikgu ni aku memang sensitif sikit bukan sebab aku ni cikgu. Dalam family aku pun takda cikgu. Tapi lebih kepada sebab cikgu adalah seorang insan yang kita diajar wajib hormat dan sayang sejak dari alam persekolahan lagi. 

Apa kes?? Bukan tak pernah isu mak bapak datang 'serang' sekolah sebelum ni. Cikgu kena maki hamun sebab anak didenda tu 
dari dulu lagi dah ada. Tapi kes ustazah disuruh merangkak dalam kelas disaksikan oleh murid-murid lain, dan ibu itu merakamkan perlakuan tersebut...apekejadahnya ni???

Thursday, January 30, 2020

Thursday, January 30, 2020

Kenali Sekolah Anak Kita


Assalamualaikum! Hampir sepuluh hari daku tak menjengah blog kesayanganku ini. Macam-macam berlaku kebelakangan ni dari anak-anak demam, mamanya demam, terkejar sana terkejar sini. Dengan isu semasanya, Influenza A pastu sekarang Novel Coronavirus yang sedang menghantui kita. 

Ada pulak tu, baru-baru ni cuti Tahun Baru Cina, boleh si kakak tak tahu sekolah dia cuti sampai berapa haribulan. Sekolah rendah cuti ikut kalendar, tapi sekolah kakak extend satu hari lagi. Dia sedar pada hari kejadian, rupanya hari tu sekolahnya masih cuti! Maka melangukla dia di rumah pengasuh sampai ke petang.

Adehhh... ini kali pertama dalam hidup berlaku. Masa sekolah rendah tak pernah cuai macam ni. Tarikh cuti semua dalam tangan, semua dimaklumkan. Tapi bila masuk sekolah menengah, kita expect dia yang alert benda-benda begitu. Rupanya...hurmmmm idok la dia ambil tahu.

Natijahnya, daku membebel habis-habisan.

Tuesday, January 21, 2020

Tuesday, January 21, 2020

Musim Penyakit Influenza A


Assalamualaikum! Minggu lepas adalah minggu tak sihat sekeluarga. Bermula Khamis petang Jumaat, Mira dah start dedor dari rumah pengasuh lagi. Ayahnya citer, sampai je kat umah pengasuh terus Mira berlari peluk dan menangis sebab tak sihat. Minah bertuah tu kalau sakit sikit mula la jadi hati tisu.

Klinik KK tutup lebih kurang pukul 9 malam. Kami sampai dalam pukul 8 lebih, tapi sayang klinik dah ditutup. Terpaksa ayahnya beli ubat demam, batuk dan selsema dulu di farmasi. Malam tu elok sikit demamnya tapi badan masih lemah-lemah. Dah la sekarang ni tengah kecoh pasal wabak Influenza A, ditambah pula dengan ramai kawan-kawan sekolah Mira yang turut MC sebab demam, ibu pun naik takut juga.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.