Breaking

Monday, March 23, 2020

Monday, March 23, 2020

Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Since roti sosej cheese mendapat sambutan hangat dari warga dalam rumah ni, aku ingat nak repeat buat hari ni. Tapi roti tak cukup, so salah sorang dari kami kena keluar pergi kedai cari roti gardenia.

So cik abg la kena pergi. Aku kirim beli bawang besar dan bawang merah sekali. Dalam tiga barang yang aku pesan, satu barang je yang betul sampai....bawang besar. Giler ah! bawang merah dan roti gardenia cukup susah nak jumpa sekarang ni yek.

Spesis terancam ke ape ni?? Diaorang cakap barang keperluan semua cukup, tak perlu panik. Dah tiga hari kitaorang mencari roti (apa-apa jenama) tapi rak roti kat semua kedai licin!


Sunday, March 22, 2020

Sunday, March 22, 2020

Hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Siapa keja hari Ahad? kalau ada kita senasib hehe. Semalam Menteri Pertahanan umumkan ATM akan turun beri bantuan kepada polis untuk buat sekatan jalanraya. Punya lah degil orang kita ni ye (bukan semua) masih juga tak nak dengar arahan Agong, PM dan polis supaya duduk di rumah sepanjang PKP ni.

Dia punya degil tu tak boleh dibawa bincang! Sekarang menteri dah umumkan akan dapatkan bantuan 3 cabang ATM untuk bantu polis. Kali ni kalau tak dengar cakap jugak tak tahu lah!


Saturday, March 21, 2020

Saturday, March 21, 2020

Hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Dah beberapa hari tekak ni tak merasa roti canai. Lalu bergerak la kaki ini ke kedai roti canai mamak 800 meter dari rumahku. Mujurlah ada kedai mamak tu jadi penyelamat. Sejak perintah kawalan pergerakan ni dijalankan, segala warung dan gerai tepi jalan tidak dibenarkan beroperasi. Hanya kedai mamak, restoran dan fast food je yang dibenarkan.

Sampai di kedai mamak, aku order 8 keping roti canai kosong. Kemudian aku bergerak cari ruang jarakkan diri dengan pelanggan lain yang juga sedang menunggu roti canai. Atas meja ada surat khabar hari ni.

Friday, March 20, 2020

Friday, March 20, 2020

Hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Jenuh juga duduk di rumah bagi orang yang tak biasa ni kan. Anak-anak terutama Mira hari-hari mengadu bosan bosan. Kita suruh melukis, mewarna dia tak nak. Kaki tu nak berjalan je kejanya. Tapi dia agak rajin la menolong kemas rumah. Kemas sikit-sikit la hehe.

Sekarang musim hujan waktu petang. Sejak perintah kawalan pergerakan ni, terasa malas yakmat nak ke kedai. Walaupun kedai makan, warung semua tutup tapi kedai runcit dan pasaraya ada masanya penuh dengan orang. Waktu pagi memang takkan keluar sebab tahu kedai runcit mesti ramai makcik-makcik berkerumun beli barang dapur. Terpaksa menunggu petang lepas hujan sebab time tu ramai orang.

Tapiiii bila sampai kedai, barang pulak habis! Ikan lembik, bawang besar bawang kecil tinggal yang kecut je. Mujur lah di rumah ada sikit lagi. Tapi syukur jugak, kedai runcit kat rumah ni masih ada barang dapur lagi. Tak macam dekat pasaraya yang habis sokmo.

Thursday, March 19, 2020

Thursday, March 19, 2020

Hari ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Hari ni aku keje siang dan anak-anak pun ikut sekali. Since diaorg pun dicutikan sampai hujung bulan ni, nampaknya hanya opis la tempat diaorg boleh lepak temankan aku bekerja.

Kalau ikutkan memang bernanah telinga aku dengar diaorg 'berzikir' bosan bosan duduk dirumah. Habis tu nak buek cemano layi? Hanya rumah-pejabat-rumah je yang dibenarkan buat masa ni. 

Staf yang office hour semua perlu work-from-home sehingga hujung bulan ni. Tinggallah geng-geng syif yang masih setia keluar masuk pejabat. 


Wednesday, March 18, 2020

Wednesday, March 18, 2020

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Hari ni bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. 

Kebimbangan wabak Covid-19 yang melanda negara dan dua kes kematian yang direkodkan semalam membuatkan kebanyakan orang semakin risau dan memaksa PM membuat pengumuman perintahkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Dan disebabkan tu juga la, kebanyakan orang kita buat panic buying di semua pasaraya dan kedai runcit sehari sebelum perlaksanaan PKP. 

Aku dah start ganti puasa kelmarin, so hari ni hari ketiga aku ganti puasa. Alhamdulillah dapat berbuka dengan lauk serba sederhana. Semalam aku ade gi Checkers kat PJ, nak cari buah kurma untuk buat berbuka dan sahur. 

Alhamdulillah ada pun tak berluak. Tapi orang punye la ramai berbaris di kaunter huhu. 


Tuesday, March 17, 2020

Tuesday, March 17, 2020

Aku tak termasuk dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)


Assalamualaikum! Wabak Covid-19 semakin 'mengganas' di 159 buah negara setakat ini. Kes terbaru di Malaysia pun meningkat dengan mendadak secara drastik menjadikan Malaysia negara mencatat kes tertinggi di Asia Tenggara! 

Allahuakbar .... bantulah kami ya Allah.

Walaupun tiada kematian dicatatkan (UPDATE 6.00PM : 2 kematian akibat Covid-19) tapi peningkatan mendadak kes-kes baru Covid-19 agak membimbangkan semua pihak. Dah la tu, fake news merata di media sosial menjadikan orang awam buat panic buying. Yang tak panik pun tetiba jadi panik! Aku je yang tak boleh nak panik, sebab belum gaji hehehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.