Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Tuesday, March 24, 2020
Hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19
Assalamualaikum! Sudah tujuh hari kita semua (kecuali aku sebab kena pergi kerja) dibawah perlaksanaan PKP. Tinggal lagi seminggu je Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Samada ia akan dilanjutkan ke bulan April atau tidak tak tahu lagi.
Paling menyedihkan ada antara frontliners kita seperti doktor, jururawat dan polis turut disahkan positif Covid-19. Allahuakbar ... kalau barisan hadapan kita ni 'tumbang' bagaimanalah kita nak banteras wabak Covid-19 ni. Kita sangat sangat memerlukan khidmat mereka sekarang.
So please people, jangan menipu sekiranya korang betul pernah berhubung rapat dengan mana-mana kluster yang disahkan positif Covid-19. Jangan perjudikan nyawa frontliners kita demi kepentingan diri sendiri. Mereka juga ada keluarga, anak-anak yang mereka tak boleh sentuh dan peluk. Belum cerita lagi tentang keletihan mereka berbelas jam di hospital dengan pakaian PPE yang tidak selesa, semuanya demi untuk merawat pesakit Covid-19.