Fasa 1 PKP
Friday, March 27, 2020
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Assalamualaikum! Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini berjumlah RM250 billion berikutan akibat penularan wabak Covid-19 yang telah memberi kesan kepada pendapatan dan kos hidup rakyat sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac yang lalu.
Pelbagai sektor mendapat perhatian sewajarnya melalui pakej rangsangan ekonomi ini, termasuk manfaat untuk golongan M40.